Connect with us

Terkini

Dibayar untuk `tidak melakukan apa-apa’

Published

on

TOKYO: Seorang lelaki Jepun berjaya membina kerjaya dengan menyediakan perkhidmatan menyewakan dirinya kepada sesiapa yang kesunyian atau memerlukan teman.

Lapor Oddity Central, Shoji Marimoto, 37 berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Fizik dari Universiti Osaka mengambil keputusan itu selepas melepaskan pekerjaannya sebagai pengarang buku di sebuah syarikat penerbitan.

Tahun lalu, dia memberitahu portal, Toyokeizai Online bahawa keputusannya dipengaruhi selepas membaca buku ahli falsafah Jerman, Nietzsche, sebuah karya yang benar-benar mengubah perspektifnya mengenai kehidupan.

“Saya melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti kerana orang di sekeliling melakukan demikian, jadi saya mengikut tanpa berfikir, saya jarang hidup atas inisiatif saya sendiri,” kata Shoji.

Perkhidmatan menyewakan diri itu memakan perbelanjaan yang sedikit kerana pelanggan hanya perlu membayar kos pengangkutan, makanan dan minuman.

Namun, dia memberitahu sebahagian besar pelanggannya sering bertegas untuk membayar lebih untuk masa tambahan.

Pada mulanya, Shoji mengakui berasa agak malu untuk menerima wang mereka namun kini sudah biasa dengan bayaran tersebut.

Walaupun nampak mudah, Shoji menjelaskan tugasnya mempunyai cabaran tersendiri.

Jumlah pengikut Shoji di laman Twitter semakin bertambah sehingga kini mempunyai lebih 270,000 orang.

Dengan populariti itu, Shoji mula mendapat permintaan daripada rangkaian televisyen, majalah sekali gus perniagaannya juga semakin maju.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Trending