Terkini
Hanya satu persinggahan?

KUALA LUMPUR: Apakah kelab Thailand, Police Tero FC sekadar persinggahan buat Mohamadou Sumareh?
Perkara tersebut menjadi tanda tanya selepas portal sukan tempatan, Goal.com Thailand mendedahkan pemain kelahiran Gambia itu tidak lagi bersama kelab tersebut dalam baki kempen Liga Thailand musim ini.
Menurut portal berkenaan, Sumareh, 26, yang menyertai Police Tero secara kontroversi dari Pahang pada September lalu kini dalam perjalanan pulang ke Malaysia, negara di mana dia menerima status naturalisasi, dua tahun lalu.
“Sumareh tidak akan bersama Police Tero lagi selepas tidak ditawarkan kontrak lanjutan.
“Bintang Gambia itu dilaporkan sedang menjalani persiapan untuk kembali ke Malaysia. Dia hanya beraksi dalam empat perlawanan bersama Police Tero.
“Sumareh cuma diturunkan dalam kesebelasan utama untuk satu perlawanan. Secara keseluruhan, dia beraksi selama 111 minit tanpa sebarang gol,” tulis Goal.com Thailand.
-
Terkini1 week ago
Sesi persekolahan di negeri PKP ditangguh
-
Terkini4 days ago
Tak kecil hati tapi dia kurang bijak kot” – Nabil Mahir
-
Terkini1 week ago
Tindakan lebih tegas ingkar PKP – KPN
-
Terkini2 weeks ago
Kereta milik Md. Rajihan ditemui, mangsa masih hilang
-
Terkini2 weeks ago
JPJ umum 4 inisiatif bantu mangsa banjir
-
Terkini3 weeks ago
Lelaki Ini Dikv tuk Kerana Mempunyai Isteri Yang Sangat Cantik
-
Terkini3 weeks ago
Pawi dah sampai Malaysia
-
Terkini4 weeks ago
Promosi penerbangan serendah RM49 ke Pulau Pinang
You must be logged in to post a comment Login