“Ramai Yg Cakap Muka Serra Ada Iras-Iras Tangmo”- Patutlah Shuk Nak Berbaik Semula- Netizen

Isteri pelawak Shuk Sahar, Rossalennah Natassyiah Asshaferah mencuri perhatian ramai apabila mendakwa ramai orang menyatakan wajahnya mirip mendiang aktres Thailand Tangmo Nida.

Menerusi plaftorm TikTok, Rossalennah atau lebih mesra disapa sebagai Serra berkongsi sebuah video penampilan terbaharunya yang kelihatan langsing berjubah untuk tatapan umum.

“Ramai cakap muka saya ada iras-iras Tangmo. Yeke?” tulis Serra di ruangan kapsyen.

Pada perkongsian itu lagi, Serra tampil jelita setelah berjaya menurunkan berat badan lebih 11 kilogram (kg) sekali gus membuatkan dia semakin berkeyakinan di khalayak ramai.

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya yang kurang bersetuju dengan dakwaan yang menyatakan wajah ibu beranak dua itu ada mirip Tangmo.

Selain menerima usikan daripada wargamaya, ada yang berpendapat wajah Serra lebih mirip dengan aktres Farah Nabila.

“@Ringgoalbero:kau lebih la.. iras Syuk je dah cukup la…”

“@Suprisegift_foryou:Ni bukan Tangmo kak, ni tang mano.”

“@idabasir767:maaf ya tadak langsung macam Tangmo. Kalau Nasha Aziz sungguh macam Tangmo sebiji.”

“@mea_damia:saya tengok macam iras Farah Nabila.”

“@:kalau ada kawan ajak makan naik speed boat hati-hati ya kak.”

“@Nurul Najwa:Confident sangat tinggi kak lepas lawa bagus bagus. Luv you.”

“@Nor Hasliza:Yelah kak iras sangat dengan Tangmo. Tapi akak dah bersedia ke nak dibayangi Tangmo ada di setiap penjuru rumah akak.”

Video Player

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 550,000 tontonan daripada warga TikTok.

Sekadar into, kemelut rumah tangga Serra dan Shuk masih belum menemui nokhtah walaupun sudah beberapa bulan mereka hidup berjauhan.

Pada November tahun lalu, Serra mendedahkan dia bakal memfailkan perceraian selepas lima tahun berdepan konflik rumah tangga.

Dia juga memberitahu sudah tidak tinggal sebumbung dengan pelawak itu sejak Oktober. Serra dan Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Shar berkahwin pada 2015.

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 2.

Video Player

Shuk Sahar Masih Cuba Pujuk Isteri?

Rumah tangga pelawak Shuk Sahar sering menjadi perhatian ramai apabila isterinya, Rossa Serra sering berkongikan luahan hati serta mendedahkan wujudnya orang ketiga.

Sejak minggu lalu, penampilan Serra menjadi perhatian ramai apabila dilihat tampil langsing selepas berjaya menurunkan berat badan lebih 10 kilogram.

Terbaru, perkongsian Serra di Insta Story mencetus tanda tanya apabila Serra dilihat sempat mengucapkan terima kasih kepada Shuk berserta emoji love serta mengatakan anak-anak mereka turut gembira.

Sementara itu, Serra turut berkongsikan beberapa paparan mesej daripada seorang individu dipercayai daripada suaminya.

Mesej tersebut seolah memberi gambaran individu tersebut memohon maaf di atas apa yang terjadi serta meminta peluang untuk bersatu semula.

Dalam pada itu, individu berkenaan turut memintanya supaya tidak terlalu cantik sangat serta tidak melayan mesej di Instagram daripada orang yang tidak dikenali.

November tahun lalu, Serra mendedahkan sudah sebulan tidak tinggal sebumbung dengan suaminya dan kini dalam proses untuk failkan cerai selepas lima tahun berdepan konflik rumah tangga.

Sumber :Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*