Bapa Akan Bawa Saksi Ke Mahkamah, Nak Buktikan Arwah Vanessa Angel Hamil Luar Nikah

KES perbicaraan hak penjagaan anak kepada Allahyarham Vanessa Angel iaitu Gala Sky, terus mendapat perhatian ramai.

Terbaharu, bapa kepada Vanessa iaitu Doddy Sudrajat membawa saksi ke mahkamah bagi membuktikan dakwaannya mengatakan Vanessa hamil anak luar nikah adalah benar.

Justeru hak penjagaan Gala sepatutnya diberikan kepada waris keluarga Vanessa.

Peguam yang mewakili Doddy menjelaskan perkara itu dan turut memberitahu terdapat dua saksi iaitu bekas pembantu Vanessa bagi mengesahkan kenyataan tersebut.

“Kedua saksi telah menjelaskan kepada mahkamah dan tidak ada sebarang pembohongan.

“Mereka bercerita tentang kerja, kehamilan dan pernikahan Vanessa,” jelas Tegar selaku peguam Doddy seperti dipetik dari KapanLagi.

Tegar turut memberitahu pendedahan tersebut bukanlah mahu membuka aib kisah silam Vanessa.

“Ini adalah fakta dalam undang-undang.

“Semua keterangan, saksi dan bahan bukti harus berkaitan.

“Jika ia dibincangkan di luar mahkamah, itu baru aib,” katanya.

Doddy sebelum ini pernah mendedahkan hal tersebut menerusi satu temu bual di saluran Youtube Uya Kuya TV.

Dia memberitahu terpaksa merestui perkahwinan Vanessa dan Bibi Andriansyah kerana ketika itu anaknya sudah hamil dua bulan.

Vanessa dan Bibi berkahwin pada Januari 2020. Kedua-duanya meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya pada November tahun lalu.

Tuduh Vanessa Angel hamil sebelum kahwin, bapa mentua bengang Doddy sanggup buka aib anak sendiri

BAPA kepada Allahyarham Bibi Andriansyah iaitu Haji Faisal meluahkan rasa kecewa dengan kenyataan besannya iaitu Doddy Sudrajat yang mendakwa Vanessa Angel telah hamil sebelum berkahwin dengan anaknya.

Menurut laporan Liputan6, Faisal berkata dia terkilan apabila menantunya itu dituduh dengan kenyataan tidak benar oleh ayahnya sendiri.

“Tak ada itu (Vanessa sudah hamil sebelum kahwin),” katanya ketika ditemui media di Pejabat Agama Jakarta Barat, Indonesia pada Rabu.

Dalam pada itu, Faisal mengakui hairan apabila besannya seolah-olah lebih mengetahui mengenai kehamilan berkenaan sedangkan Doddy dan Vanessa terputus hubungan ketika itu.

“Saya nak tanya, sebelum bernikah itu sudah berapa lama dia tak berjumpa dengan anaknya… dari mana dia tahu (Vanessa hamil),” soal Faisal.

Pada Rabu lalu, Doddy mendedahkan anaknya itu hamil sebelum berkahwin dengan Bibi.

Justeru itu, dia terpaksa merestui perkahwinan pasangan itu walaupun pada awalnya dia melarang.

“Vanessa ketika itu sedang mengandung dahulu. Kalau misalnya Vanessa belum hamil, ya daddy tak akan bersetuju,” kata Doddy menerusi YouTube Uya Kuya TV.

Sumber: mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*