‘Sunyi’ Lepas Kem4tian Tangmo, Kratik Kongsi Foto Bersama Tangmo Di IG, Akui Sngt Rindu-“Maaf Tak Jaga Awak Sebaiknya”

Upacara pemakaman mendiang Tangmo Nida berlangsung selama tiga hari bermula semalam hingga hari Ahad. Upacara yang diadakan di Gereja Liberty Bangkok juga boleh ditonton secara live stream di Youtube CJConnect pada jam 6:30 petang hingga 8:30 malam.

Pengurus Tangmo Nida iaitu Kratik juga telah hadir semalam untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang majikannya itu.

‘Kami sayang awak’

Kehadiran Kratik di upacara tersebut dengan membawa jambangan bunga telah mendapat perhatian ramai terutamanya pihak media. Kratik juga dikatakan menangis saat menatap foto Tangmo Nida di upacara pemakaman tersebut. Tetapi apa yang meruntun hati apabila media menemui kad yang ditulis Kratik tentang luahan hatinya terhadap mendiang.

Terbaru di Instagram, Kratik sekali lagi meluahkan rasa rindu terhadap mendiang rakan baiknya yang juga sudah dianggap sebagai keluarga. Menurut Kratik lagi, dia akan mengingati dan menyimpan segala kenangan bersama mendiang untuk selama-lamanya. Dia juga sempat memohon maaf kerana tidak menjaga mendiang dengan sebaik-baiknya.

Hampir 20 tahun kita berkawan dan hidup bahagia bersama-sama. Saya bersyukur kerana menjadi sebahagian daripada hidup awak dan awak juga adalah sebahagian daripada hidup saya.

Tidak terhenti di situ, Kratik memaklumkan bahawa dia akan menjaga Easter (anak angkat mendiang merangkap anak kandung Kratik) dengan baik dan penuh dengan kasih sayang.

Awak boleh tengok betapa ramai yang rindu dan menyayangi awak. Jangan risau tentang Easter, saya akan menjaga dia sebaik mungkin seperti awak menjaganya. Saya dan Easter sayang awak sangat-sangat.

Gambar Kratik kongsi di IG

Hari pertama bagi upacara pemakaman pelakon terkenal Thailand iaitu Tangmo Nida atau nama sebenarnya Nida Patcharawirapong telah berlangsung sebentar tadi iaitu bermula jam 6:30 petang hingga 8:30 malam.

Upacara tersebut kemudian akan bersambung esok (Sabtu) dan Ahad di Gereja Liberty Bangkok.

Tetapi apa yang mencuri tumpuan ramai apabila mereka melihat kelibat pengurus mendiang iaitu Kratik turut hadir ke upacara sebentar tadi.

Kratik menangis depan gambar Tangmo

Memetik laporan media Thailand, Kratik yang mengenakan busana berwarna putih telah hadir ke upacara tersebut sambil membawa jambangan bunga.

Menerusi klip video tersebut, kelihatan Kratik dengan wajah yang sedih telah memberi penghormatan terakhir kepada mendiang majikan yang juga merangkap rakan baiknya.

Kratik dikatakan tidak dapat menahan sebak dan menangis saat menatap gambar mendiang sebelum ditenangkan oleh rakan-rakan yang lain.

Kratik juga ada menulis satu nota buat mendiang yang diselitkan pada jambangan bunga tersebut.

Menurut sumber daripada wartawan yang bertugas, hasil pemerhatian jambangan bunga yang diberikan Kratik, mereka menemui sepucuk surat yang bertulis:

Mo, saya rindu awak. Rindu sangat-sangat. Syukur kerana Tuhan mempertemukan kita.

Hampir 20 tahun kita berkawan dan hidup bahagia bersama-sama. Saya syukur kerana hadir dalam hidup awak.

Awak juga sentiasa ada dalam hidup saya, kita berkongsi suka, duka, gelak tawa bersama-sama. Hubungan kita berdua lebih daripada seorang sahabat dan kita sudah menjadi satu keluarga.

Awak akan kembali kepada Tuhan hari ini. Senyuman dan gelak tawa awak sentiasa ada dalam hati saya. Maaf kerana tak dapat jaga awak dengan sebaiknya.

Ibu mendiang hadir, kesihatan kembali stabil

 

Menurut sumber, Kratik telah hadir ke upacara pemakaman tersebut lebih awal daripada waktu yang dijadualkan. Dia berada di upacara tersebut hampir 15 minit sebelum beredar.

Difahamkan, pihak media cuba untuk menemu bual Kratik dengan mengajukan soalan sama ada Por dan rakan-rakannya (individu di dalam bot) akan datang ke upacara ini atau tidak.

Tetapi wanita itu langsung tidak memberikan apa-apa respon dan terus meninggalkan perkarangan gereja tersebut.

Selain Kratik, ibu mendiang iaitu Panida Siriyudthayothin turut hadir ke upacara pemakaman yang berlangsung sebentar tadi.

Panida juga merupakan salah seorang individu yang akan membacakan ucapan penghormatan terakhir kepada anak perempuannya itu.

Panida juga mendakwa keadaan kesihatannya sudah beransur pulih.

Sumber: ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*