Pengurus Enggan Ditemu Bual Media, Netizen Pula Tak Puas Hati Tngok Ibu Senyum Ketika Pem4kaman Tangmo

 

kehadiran pengurus Tangmo Nida iaitu Kratik di majlis pem4kaman dan memperingati kem4tian aktres itu mengundang rasa kvrang senang netizen di laman sosial.

Menerusi laman Twitter, seorang pengguna memuat naik beberapa keping foto memperlihatkan Kratik muncul di majlis berkenaan untuk memberikan penghormatan terakhir.

Kratik berada di Gereja Liberty Bangkok itu kira-kira 15 minit dan kemudiannya berlalu pergi tanpa mahu ditemu bual media.

“Dia datang bawa bunga, men4ngis di depan pentas selama 15 minit dan terus pulang. Dia enggan ditemu bual kerana mahu privasi.

“Ada ramai wartawan di sana, kalau tak nak ditemi bual dan mahu privasi, saya cadangkan awak duduk rumah sahaja,” tulis pengguna Twitter berkenaan.

Netizen kurang senang kehadiran Kratik atau Gatick di majlis berkenaan.

Dalam foto yang dikongsi itu, Kratik yang mengenakan baju berwarna putih dilihat seb4k sambil mengusung jambangan bunga.

Dia diiringi beberapa individu menolak untuk ditemu bual oleh sekumpulan wartawan yang menunggu di luar gereja.

Selain Kratik, dua lagi svspek yang dikaitkan menjadi punca kemat1an Tangmo iaitu Robert dan Por turut menghadiri majlis berkenaan.

Kratik enggan ditemu bual media.

Bukan itu sahaja, sekeping foto memperlihatkan ibu Tangmo iaitu Panida tersenyum turut menerima kritikan netizen.

Upacara pem4kaman itu hanya dihadiri oleh tetamu membabitkan keluarga dan teman rapat.

Manakala peminat boleh menyaksikan secara langsung menerusi laman YouTube.

Foto Panida dengan wajah tersenyum turut dikecam.

Ia diadakan selama tiga hari bermula Jumaat hingga Ahad ini.

Untuk rekod, m4yat Tangmo Nida dijumpai oleh pasukan penyelamat tempatan pada 26 Februari lalu selepas tiga hari hilang dipercayai lemas.

May4tnya ditemui terapung di sungai sekitar 300 meter dari Pibulsongkram Pier, Nonthaburi, Bangkok, kira-kira satu kilometer dari lokasinya terjatuh.

Pegawai bahagian Forensik Hospital Umum Polis, Kol Pol Naphat Natthasumon mengesahkan kem4tian Tangmo akibat lemas kerana terdapat lumpur pada bahagian paru-paru.

Kematian Tangmo satu kemalangan – Ketua Polis

Kematian pelakon popular Thailand Nida Tangmo Patcharaveerapong yang mayatnya ditemukan terapung dalam Sungai Chao Phraya adalah satu kemalangan kata Ketua Polis Thailand, Suwat Jangyodsuk.

Memetik Bangkok Post, Suwat berkata, polis menjangkakan untuk mengetahui lebih lanjut tentang kes itu dalam beberapa hari lagi apabila keputusan pemeriksaan forensik keluar.

Beliau juga telah mengarahkan penyiasat untuk meneliti kenyataan saksi dan bukti berkaitan seperti rekod telefon dan kelajuan pemanduan serta data GPS bot laju itu.

Mayat aktres berusia 37 tahun itu ditemui pada 26 Februari lalu hampir dua hari selepas mangsa didakwa terjatuh ke dalam Sungai Chao Phraya ketika menaiki bot laju bersama lima yang lain.

Dua lelaki Tanupat Por Lerttaweewit dan Phaiboon Robert Trikanjananun, didakwa mengendalikan bot tidak berlesen secara cuai hingga menyebabkan kematian mangsa.

Ketika kejadian terdapat tiga lagi penumpang dalam bot itu, iaitu Idsarin Gatick Juthasuksawat iaitu pengurus Tangmo; Wisapat Pasir Manomairat dan Nitas Job Kiratisoothisathorn.

Dilaporkan bahawa kelima-lima mereka telah dipanggil untuk disoal siasat pada Ahad.

Mereka telah dikecam hebat oleh netizen berhubung insiden dengan ibu Tangmo turut terlibat dalam perdebatan mengenai pampasan yang diterima ekoran kematian anak perempuannya itu.

Sekurang-kurangnya 29 saksi kini telah disoal siasat dalam siasatan kematian aktres itu.

Pesuruhjaya Polis Wilayah 1 Bangkok,  Jirapat Phumijit, berkata pada hari Ahad polis masih mengumpul bukti dan siasatan akan mengambil sedikit masa.

Sumber: mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*