Detik Cem4s Tanah Runtuh Petang Tadi. Lima Mngsa Kini Tertimbus, Penduduk Jelaskan Detik Kejadian

Polis mengesahkan terdapat lima mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Teratai 1/2 J, Taman Bukit Permai di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, terdapat lima mangsa membabitkan empat lelaki serta empat wanita.

“Seorang lelaki berusia 84 tahun berjaya diselamatkan pada 6.54 petang, manakala seorang lagi mangsa wanita baru sahaja ditemui sebentar tadi dipercayai isteri kepada mangsa pertama.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang dijalankan bagi mencari tiga lagi mangsa termasuk seorang pekerja penyelenggaraan syarikat utiliti,” katanya ketika sidang media di lokasi kejadian.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan kejadian itu turut menyebabkan 15 rumah tertimbus di lokasi berkenaan.

runtuhan tanah hempap rumah

5individu dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh membabitkan 15 rumah di Taman Bukit Permai 2, di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, seorang mangsa berjaya ditemukan jam 6.54 petang manakala tiga masih tertimbus.

“Mangsa yang ditemukan dalam keadaan selamat dan hanya alami cedera ringan manakala tiga lagi status tidak pasti.

“Pergerakan tanah masih berlaku di kawasan runtuhan dan dua rumah didapati tertimbus secara keseluruhan,” katanya.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.54 petang dan tiba di lokasi enam minit kemudian.

“Mengikut laporan komander operasi, kejadian tanah runtuh menyebabkan 15 rumah dan dua rumah tertimbus secara keseluruhan dan 10 kenderaan,” katanya.

Mangsa kedua tertimbus disahkan meninggal dunia

Mangsa kedua yang ditemukan selepas tertimbus dalam runtuhan tanah di Taman Bukit Permai 2 di sini, hari ini meninggal dunia.

Pasukan penyelamat berjaya membawa keluar mayat wanita warga emas berkenaan pada 9.15 malam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, mayat mangsa wanita berusia 80-an itu ditemukan dalam rumahnya.

Menurutnya, pihaknya juga sedang mengenal pasti identiti tiga lagi mangsa yang dipercayai tertimbus dalam kejadian itu.

“Dalam kejadian ini, ada dua rumah yang tertimbus. Kami masih belum mengetahui sama ada terdapat penghuni di sebuah lagi rumah yang dipercayai dihuni dua individu.

“Pada masa sama, kami sedang berusaha mengesan lokasi pekerja syarikat penyelenggaraan utiliti yang tertimbus di lokasi kejadian.

“Kami juga menyediakan pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Taman Megah Jaya bagi penghuni rumah yang berada dalam lingkungan 100 meter dari lokasi kejadian.

“Ini kerana kita masih belum mengetahui keadaan sebenar sama ada lokasi ini benar-benar selamat atau sebaliknya.

“Penghuni boleh tinggal sementara di pusat pemindahan itu atau menginap di rumah saudara mereka,” katanya ketika sidang media di lokasi kejadian.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan diteruskan bagi mencari tiga lagi mangsa.

“Setakat ini, kita akan teruskan operasi menyelamat kecuali hujan serta pergerakan tanah yang besar,” katanya.

Operasi terbabit membabitkan 100 pegawai dan anggota polis, bomba, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

‘Sama-sama kita berdoa…’ – PM 

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluahkan perasaan sedih dengan kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang menyebabkan empat mangsa tertimbus.

“Saya mendapat berita sedih mengenai kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai yang mengakibatkan empat mangsa dipercayai tertimbus.

“Sama-sama kita berdoa semoga mangsa yang masih dilaporkan hilang ditemui dalam keadaan selamat,” katanya menerusi Facebook rasminya hari ini.

Ismail Sabri berkata, kejadian tanah runtuh itu menyebabkan 15 rumah dan 10 kenderaan turut tertimbus.

“Pasukan bomba sedang melakukan kerja menyelamat dan berusaha mengeluarkan semua mangsa yang tertimbus,” katanya.

‘Berlaku 2 kali runtuhan’ – Penduduk

“Saya dengar bunyi dentuman kuat dan melihat tanah runtuh berhampiran rumah saya,” kata penghuni di kawasan perumahan Taman Bukit Permai 2 di sini, yang mengalami tanah runtuh hari ini.

Azril Sham Mohamed, 50, berkata, dia baharu saja tiba di rumahnya dari tempat kerjanya di Bangi ketika kejadian pada 6 petang itu.

“Saya terus memanggil isteri dan anak supaya keluar untuk menyelamatkan diri ke kawasan selamat.

“Ketika kejadian, saya melihat dua kali runtuhan tanah berlaku disertai dengan hujan gerimis,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, dia menetap di taman perumahan terbabit sejak 13 tahun lalu dan insiden tanah runtuh itu adalah kali pertama berlaku di kawasan berkenaan.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan lima individu dipercayai tertimbus dalam kejadian membabitkan 15 rumah di lokasi berkenaan.

Bagaimanapun, dua mangsa yang juga pasangan suami isteri berusia lingkungan 80-an berjaya dibawa keluar dengan mangsa wanita disahkan meninggal dunia pada 9.15 malam.

Sumber: Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*