Baru Je PM Benarkan Rapatkan ‘Saf’ Solat Di Masjid, Tak Sangka Ini Respon Menteri Agama

Bermula 1 April ini, aktiviti solat jemaah di masjid, surau atau upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan berkenaan diambil susulan keputusan Malaysia beralih ke Fasa Peralihan Ke Endemik’bermula April ini.

Bagaimanapun katanya, pelaksanaan dan SOP akhir untuk masjid dan surau tertakluk kepada ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri dan untuk Rumah Ibadat Selain Islam tertakluk kepada Kementerian Perpaduan Malaysia serta Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).

“Ini bermakna selepas ini imam sudah boleh cakap rapatkan saf kerana tiada lagi penjarakan satu meter. Namun, oleh kerana Perlembagaan Persekutuan berkaitan kuasa agama tertakluk kepada kuasa negeri dan juga sultan-Sultan perlu ikut keputusan negeri.

“Walaupun saya maklumkan tiada penjarakan sosial itu cadangan Kerajaan Persekutuan, ketetapan akhir akan diputuskan kerajaan negeri. Kalau negeri cakap ada penjarakan sosial, itu hak setiap negeri,” kata Perdana Menteri dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen, hari ini

Respon Menteri Agama

Kebenaran solat jemaah di masjid dan surau tanpa penjarakan sosial yang diumumkan kerajaan semalam adalah sesuatu yang amat dinantikan umat Islam di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, ia juga berita gembira buat umat Islam untuk menyambut bulan Ramadan nanti.

“Bagaimanapun, pelaksanaan perkara ini dan prosedur operasi standard (SOP) akhir untuk masjid dan surau tertakluk kepada ketetapan pihak berkuasa agama negeri-negeri.

“Semoga institusi masjid dan surau terus dimakmurkan dengan aktiviti ibadah, majlis dan halaqah ilmu serta lain-lain program pembinaan modal insan dan kemasyarakatan,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, pihaknya juga ingin menyeru kepada umat Islam untuk terus berdoa serta bermunajat agar rakyat dan negara terus dipelihara daripada sebarang kemudaratan dan bencana.

Idris berkata, beliau juga mencadangkan kepada masjid dan surau untuk terus mengadakan Solat Hajat bagi memohon kesejahteraan dan keselamatan buat rakyat dan negara.

“Pengumuman fasa peralihan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam adalah terjemahan kepada kejayaan usaha-usaha kerajaan bagi menangani krisis kesihatan Covid-19 selain kerjasama erat daripada Keluarga Malaysia.

“Pengumuman ini dibuat berasaskan fakta dan data, juga setelah mengambil kira pelbagai faktor termasuk penilaian risiko daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pandangan yang dikemukakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” katanya.

Kekalkan pemakaian pelitup muka dan sanitasi tangan di masjid dan surau sebagai langkah pencegahan berterusan.

Itu saranan dikemukakan bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berhubung pengumuman SOP baharu aktiviti solat jemaah di masjid dan surau oleh kerajaan hari ini.

Zulkifli berkata, beliau mahu pihak berkuasa agama negeri terus mengekalkan SOP berkenaan bagi mengawal penularan Cvid-19 di masjid dan surau.

“Kita perlu terus menjadikan masjid dan surau sebagai contoh terbaik pelaksanaan dan pematuhan SOP,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan, aktiviti solat jemaah di masjid dan surau boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal bermula 1 April ini.

Zulkifli berkata, beliau juga pasti pihak berkuasa agama negeri sedang meneliti usul dan pengumuman baharu oleh kerajaan itu.

“Sebagaimana yang telah saya tegaskan ketika masih menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), hukum penjarakan ketika solat berasaskan kepada sebab (‘illah) iaitu wabak Covid-19 yang memuncak sebelum ini dan kadar vaksinasi yang masih rendah.

“Apabila keadaan sebaliknya berlaku, maka wajarlah hukum penjarakan ketika solat disemak semula dan dipertimbangkan untuk dimansuhkan,” katanya.

Katanya, jika diteliti apa yang telah diamalkan di negara-negara dunia dalam kalangan negara umat Islam, usaha merapatkan saf telah pun dijalankan sebagaimana yang dilaksanakan di Arab Saudi baru-baru ini.

Sumber: Utusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*