Timbul Spekulasi Baharu, Tangmo Dipaksa Layan Keinginan Lelaki VVIP Sebelum Dibiarkan Jatuh Bot.

MISTERI kematian pelakon Tangmo Nida terus menjadi perbualan hangat netizen di media sosial.

Pelbagai spekulasi muncul membicarakan mengenai kematian aktres itu yang didakwa merupakan satu pembunuhan terancang.

Antara yang menjadi suspek adalah sahabat baik yang juga merupakan pengurusnya iaitu Kratik.

Selain itu dua lagi individu iaitu pemilik bot laju, Tanupat “Por” Lerttaweewit dan Phaiboon “Robert” Trikanjananu.

Menurut laporan portal Fame, sebuah akaun Instagram mendedahkan Tangmo meninggal dunia kerana dicekik oleh salah seorang lelaki yang turut berada di atas bot.

Lelaki berkenaan mencekik Tangmo kerana aktres berusia 38 tahun itu menolak untuk melakukan hubungan seks.

Ketika pergelutan itu berlaku, Tangmo dikatakan melawan dan terjatuh daripada bot.

Lelaki berkenaan dikatakan sudah membayar sejumlah wang kepada pengurus Tangmo.

Spekulasi kematian Tangmo menjadi lebih hangat apabila ibunya iaitu Panida didakwa menerima bayaran pampasan sebanyak RM3.8 juta bagi menutup mulut berhubung insiden itu.

Bahkan ibunya juga mengakui dia tidak membesarkan Tangmo dan aktres itu lebih akrab dengan ayah kandungnya.

Tangmo kembali ke pangkuan Panida selepas ayahnya itu meninggal dunia.

Untuk rekod, mayat Tangmo Nida dijumpai oleh pasukan penyelamat tempatan selepas tiga hari hilang dipercayai lemas.

Mayatnya ditemui terapung di sungai sekitar 300 meter dari Pibulsongkram Pier, Nonthaburi, Bangkok, kira-kira 1 kilometer dari lokasinya terjatuh.

Pegawai bahagian Forensik Hospital Umum Polis, Kol Pol Naphat Natthasumon mengesahkan kematian Tangmo akibat lemas kerana terdapat lumpur pada bahagian paru-paru.

Pada Isnin, Ketua Polis Thailand iaitu Suwat Jangyodsuk membuat andaian awal kematian aktres itu disebabkan kemalangan.

Ini berdasarkan bukti-bukti seperti rakaman telefon bimbit, kelajuan bot dan data pada GPS.

Polis sahkan Tangmo Nida mati lema

Thai PBS World melaporkan, Pesuruhjaya Polis Wilayah 1, Jirapat Phumichit, berkongsi perkembangan kes kematian pelakon itu menerusi sidang media, Selasa lalu.

Menurut Jirapat, Nida mengalami luka dalam pada kaki kiri mangsa mungkin disebabkan oleh kipas bot tetapi forensik tidak memberikan sebarang petunjuk sama ada pelakon itu terjatuh dari bot, atau ditolak.

Beliau turut mendedahkan polis meneliti kenyataan lima rakan yang berada di atas bot yang sama dengan Nida.

“Setakat ini, mereka menyerahkan pakaian yang mereka pakai pada malam itu, sudah menjalani pemeriksaan fizikal dan menyediakan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) untuk analisis forensik,”katanya.

Berhubung luka dan lebam yang ditemui pada lengan dan bahu salah seorang daripada lima rakan Nida di dalam bot bersamanya, dikenali sebagai Job, doktor yang menjalankan pemeriksaan memberitahu media bahawa ia berlaku dalam tempoh lima hingga tujuh hari dan bukan disebabkan cakaran kuku jari.

Seorang doktor pada sidang media berkata bahawa dia tidak bertanya bagaimana lelaki itu mendapat kecederaan, namun percaya bahawa ia disebabkan oleh objek keras dan bukan pergaduhan.

Jirapat berkata bahawa penyiasat polis sudah memeriksa sistem navigasi GPS pada bot dan mendapatkan butiran perjalanan kapal termasuk kelajuan pelayarannya pada malam tragedi Khamis minggu lalu itu.

Pakar patologi di Institut Perubatan Forensik Hospital Besar Polis memberitahu media bahawa mereka tidak dapat mengesahkan sama ada Nida sudah membuang air kecil sebelum dia lemas, seperti yang didakwa rakan-rakannya, kerana mayat sudah di dalam air untuk waktu yang lama.

Pakar forensik, Prof Madya Dr Werasak Charaschaisri memberitahu PBS Thai bahawa luka dalam pada kaki mangsa mungkin disebabkan oleh kipas bot, tetapi masih belum didedahkan sama ada luka itu, sebelum atau selepas bedah siasat.

Mengenai pasir yang terdapat di dalam paru-paru Nida, Dr Werasak menjelaskan dia masih bernafas ketika terjatuh ke dalam sungai .

Katanya, ia kerana pasir boleh masuk ke dalam paru-paru ketika lemas, dan arus di Sungai Chao Phraya menyebabkan pasir boleh terampai di dalam air.

Oleh itu, mangsa tidak perlu tenggelam ke dasar sungai untuk pasir masuk ke dalam paru-parunya.

Sementara itu, ramai penduduk tempatan meletakkan bunga di Jeti Pibulsongkram di wilayah Nonthaburi, hari ini, bagi penghormatan terakhir kepada mendiang pelakon berkenaan.

Sumber: Metro dan mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*