Dulu Ramai Kcewa Dengan Ibu, Kini Abang Tangmo Pula Tarik Diri Dari Tuntut Keadilan

SIASATAN berkaitan kes kematian membabitkan pelakon Thailand, Tangmo Nida terus dijalankan oleh pihak berkuasa.

Insiden kematian tragis pelakon berusia 38 tahun itu menjadi perhatian dan menyebabkan ramai tersentuh.

Lebih-lebih lagi apabila melihat ibunya, Panida Siriyudthayothin yang seolah tidak dapat menerima kenyataan anaknya sudah tiada lagi.

Sebelum ini, pernah kecoh mengenai kes kematian Tangmo Nida yang akan ditutup susulan ibunya, Panida yang menerima wang bernilai 30 juta sebagai pampasan.

“Saya akan tuntut keadilan untukmu adikku, Tangmo!…” – Abang

Malang sekali, Peguam Tumm kembali mendapat khabar duka apabila Khun Dayos tiba-tiba sahaja menarik diri dan enggan terlibat lagi buat masa sekarang. Difahamkan juga, Panida

Panida pula kirim surat suruh jangan masuk campur!

Dalam masa sama, Panida pula telah mengirimkan sepucuk surat dengan amaran dan peringatan untuk peguam Tumm agar menjauhkan diri dari kes siasatan Tangmo. Nampak macam sesuatu sangat kan?

Katanya abang Tangmo lebih hargai nilai keluarga, jadi hormat keputusan ibu taknak ganggu kes…

Sebelum ini, difahamkan Khun Dayos dan Panida bercanggahan pendapat dan melantik 2 peguam berbeza bagi kes Tangmo. Namun, umum mengetahui peguam tumm Sittra lebih ‘tense’ dan ‘pressure’ pihak berkuasa demi merungkai kebenaran sebenar dengan lebih cepat.

Memutuskan untuk menghormati keputusan ibu dan tak mahu hubungan kekeluargaan terjejas, Khun Dayos akhirnya mengundur diri dan mengikut perancangan ibunya..

“Sekarang, saya cuma ada 1 peguam sahaja iaitu K’Gritsana. Saya tak izinkan peguam lain masuk campur. Lagipun, siasatan polis sudah berjalan. General polis juga dah berikan saya nasihat &

saranan. Saya letakkan kepercayaan pada ketelusan pihak polis melaksanakan kerja mereka. Saya tidak mempertikaikan atau berikan tekanan kepada siasatan yang sedang berjalan. Saya biarkan

mereka buat kerja mereka. Saya merayu pada Peguam Tumm, jangan terlibat lagi dalam mana-mana hal berkaitan isu Mo. Saya tak lantik Tumm sebagai peguam”

Akibat perbezaaan pendapat, sebelum ini Khus Dayos dan Panida telah melantik 2 orang peguam yang berbeza. Namun untuk Peguam Tumm Sittra, sejak awal lagi beliau memang sangat tegas dan banyak memberikan tekanan kepada pihak berkuasa supaya kebenaran cepat terungkai. Memahami ikatan kekeluargaan adalah segala-galanya, sebab itulah abang mendiang mengundur diri dan mengikut perancangan ibunya.

Polis sahkan Tangmo Nida mati lema

Thai PBS World melaporkan, Pesuruhjaya Polis Wilayah 1, Jirapat Phumichit, berkongsi perkembangan kes kematian pelakon itu menerusi sidang media, Selasa lalu.

Menurut Jirapat, Nida mengalami luka dalam pada kaki kiri mangsa mungkin disebabkan oleh kipas bot tetapi forensik tidak memberikan sebarang petunjuk sama ada pelakon itu terjatuh dari bot, atau ditolak.

Beliau turut mendedahkan polis meneliti kenyataan lima rakan yang berada di atas bot yang sama dengan Nida.

“Setakat ini, mereka menyerahkan pakaian yang mereka pakai pada malam itu, sudah menjalani pemeriksaan fizikal dan menyediakan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) untuk analisis forensik,”katanya.

Berhubung luka dan lebam yang ditemui pada lengan dan bahu salah seorang daripada lima rakan Nida di dalam bot bersamanya, dikenali sebagai Job, doktor yang menjalankan pemeriksaan memberitahu media bahawa ia berlaku dalam tempoh lima hingga tujuh hari dan bukan disebabkan cakaran kuku jari.

Seorang doktor pada sidang media berkata bahawa dia tidak bertanya bagaimana lelaki itu mendapat kecederaan, namun percaya bahawa ia disebabkan oleh objek keras dan bukan pergaduhan.

Jirapat berkata bahawa penyiasat polis sudah memeriksa sistem navigasi GPS pada bot dan mendapatkan butiran perjalanan kapal termasuk kelajuan pelayarannya pada malam tragedi Khamis minggu lalu itu.

Pakar patologi di Institut Perubatan Forensik Hospital Besar Polis memberitahu media bahawa mereka tidak dapat mengesahkan sama ada Nida sudah membuang air kecil sebelum dia lemas, seperti yang didakwa rakan-rakannya, kerana mayat sudah di dalam air untuk waktu yang lama.

Pakar forensik, Prof Madya Dr Werasak Charaschaisri memberitahu PBS Thai bahawa luka dalam pada kaki mangsa mungkin disebabkan oleh kipas bot, tetapi masih belum didedahkan sama ada luka itu, sebelum atau selepas bedah siasat.

Mengenai pasir yang terdapat di dalam paru-paru Nida, Dr Werasak menjelaskan dia masih bernafas ketika terjatuh ke dalam sungai .

Katanya, ia kerana pasir boleh masuk ke dalam paru-paru ketika lemas, dan arus di Sungai Chao Phraya menyebabkan pasir boleh terampai di dalam air.

Oleh itu, mangsa tidak perlu tenggelam ke dasar sungai untuk pasir masuk ke dalam paru-parunya.

Sementara itu, ramai penduduk tempatan meletakkan bunga di Jeti Pibulsongkram di wilayah Nonthaburi, hari ini, bagi penghormatan terakhir kepada mendiang pelakon berkenaan.

Sumber: viralmediakin.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*