“Dah Warning Tapi Redah Juga, Kan Dah Hanyut..”- Abg Bomba Kcewa Dgn Sikap Pemandu Degil

Banjir kil4t yang meland4 beberapa buah kawasan di sekitar KL, Selangor nampak p4rah ketika ramai mang$a memuat naik $tatus keadaan terkini yang mengalami pelbagai kero$akan harta benda.

“Tak dengar cakap bomba, habis kereta hanyut, haaa terapung…”

Dalam satu video perkongsian @fire fighter forever di Tiktok yang tular, dapat didengari luahan lelaki yang merakam, menyatakan rasa kecewa kerana amaran dari pihak mereka (bomba) yang langsung tak didengari penduduk.

Rakaman itu menunjukkan sebuah kereta jenis Wira dan sebuah van yang hanyut terapung difahamkan kerana ingkar arahan bomba yang tidak membenarkan mereka melaui kawasan tersebut, namun kerana kedegilan, akhirnya kenderaan masing-masing hanyut dibawa arus banjir.

Tak dengar arahan, kan dah rugi…”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong penuh kenyataan pihak bomba yang telah awal memberi amaran, namun tidak diendahkan empunya kereta hingga akhirnya ianya terapung sedemikian.

Malahan, ramai yang menasihati agar ikutlah arahan kerana jika tidak, pasti akan menyesal apabila kerosakan telah berlaku seperti situasi dalam video.

“Tu makan dia, tak pasal2 terapung…”

Arahan untuk siap sedia terlibat operasi banjir diterima sejak dua bulan lepas

arahan bersiap siaga kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk terlibat dalam operasi banjir telah diterima daripada peringkat atasan sejak dua bulan lepas, kata Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang.

“Pengarahan dari atas sejak dua bulan lepas, kata siap siaga, kalau dah air naik saya tidak tunggu lagi jika saya ada anggota dan aset sedia, saya akan selamatkan orang awam dahulu nak tunggu apa lagi,” katanya pada sidang media Ops Banjir Taman Sri Muda di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan bahawa ATM turun membantu mangsa banjir tanpa kelulusan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan memaklumkan pihaknya bersiap siaga untuk terlibat dalam operasi banjir, sekiranya ada kenaikan air di mana-mana kawasan.

“Kalau di Amerika Syarikat pun, ketika taufan berlaku mereka juga menghadapi masalah yang sama tetapi itu tidak semestinya menjadi titik noktah, kita perlu perbaiki dari situ.

“Sudah tentu pada hari pertama, keadaan kelam-kabut tetapi sekiranya semua orang berusaha bersama-sama dan memainkan peranan mereka, kita boleh selesaikannya dan kurang orang yang menderita,” katanya sambil menambah waktu darurat ketika ini, semua pihak perlu bekerjasama.

Affendi berkata pada waktu bencana, tidak ada satu sistem pun yang betul untuk memenuhi semua jenis musibah dan satu-satunya cara adalah semua orang bekerjasama dan menyelesaikannya.

“Memang pada mulanya kita akan kelam-kabut tetapi selepas menempuhnya semua akan diselesaikan,” kata Affendi.

Beliau berkata ATM kini bersedia untuk menghadapi musim monsun yang biasanya akan mengakibatkan banjir di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

“Ingin saya ingatkan bahawa untuk bencana banjir ini, saya fikir kita harus bersedia, (situasi) terburuk belum berakhir. Monsun ini belum sampai lagi di kawasan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor yang merupakan kawasan tradisi. Jadi anggota kami semua berada di sana untuk memastikan jika apa-apa berlaku mereka akan berada di tempatnya,” kata beliau.

Sumber: viralkini.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*