“Last Minute’ Bagitahu Tak Boleh Lupa Kekasih Lama”- Lelaki Tinggalkan Bakal Isteri Di Hari Pernikahan

Sering kali kita dengari sejak kebelakangan ini kisah duka bakal suami mahupun isteri ditinggalkan oleh pasangan mereka walhal lagi beberapa jam bakal diijabkabul.

Apabila sudah diperlakukan seperti itu, siapa saja yang tidak berasa sedih serta kecewa malah, ada juga yang sanggup mengakhiri hidup mereka akibat tidak tahan untuk menanggung sakitnya.

Seperti seorang wanita di TikTok ini, beliau berkongsikan kisah tragis ditinggalkan oleh bakal suami di pagi hari pernikahan mereka.

Melalui video terbabit, wanita itu memberitahu bakal suami secara tiba-tiba menghantar mesej bahawa dirinya tidak dapat teruskan majlis pernikahan mereka akibat masih tidak dapat lupakan bekas kekasih, lalu membuat keputusan lari di hari bersejarah itu.

Tragedi itu telah membuat wanita tersebut melalui fasa depresi, hingga pernah membuat keputusan untuk menamatkan riwayatnya serta akui hidupnya jadi bertambah sedih, namun kembali bangkit dengan dorongan keluarga dan rakan-rakan.

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata orang ramai meninggalkan kata-kata semangat buat wanita tersebut serta memberitahu dirinya berhak untuk dapat yang lebih baik dari itu.

PUTUS TUNANG: SIAPA NAK BAYAR GANTI RUGI?

Biasa dengar pasangan yang sudah bertunang tetapi bila hampir waktu perkahwinan salah seorang minta putus tunang?

Ilustrasi Kes

Ahmad telah bertunang dengan Aminah pada bulan 13 Februari 2019. Kedua-dua belah keluarga telah bersetuju menetapkan tarikh perkahwinan pada 13 Mei 2019. Persiapan perkahwinan telah

dibuat bersama. Dewan perkahwinan, catering, jurugambar dan lain-lain persiapan telah dibuat oleh kedua-dua belah pihak yang mana kebanyakan perbelanjaan telah dikeluarkan oleh Ahmad.

Seminggu sebelum tarikh perkahwinan, Aminah telah menyedari bahawa beliau sebenarnya masih belum bersedia untuk memberikan komitmen terhadap perkahwinan yang bakal berlangsung.

Kemudian, Aminah memaklumkan ingin memutuskan ikatan pertunangannya kepada Ahmad dan keluarganya. Ahmad terkedu dan dalam masa yang sama rasa terkilan kerana majlis

perkahwinan yang telah dirancang terpaksa dibatalkan.

Rentetan rasa kekecewaannya, Ahmad merasa tidak adil kerana kebanyakan perbelanjaan deposit perkahwinan tersebut telah dibayar olehnya. Persoalannya, bolehkah Ahmad menuntut ganti

rugi perbelanjaan persediaan majlis perkahwinannya di Mahkamah?

Seksyen 15. Pertunangan [Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah-wilayah Persekutuan 1984] [AKTA 303]

Jika seseorang telah mengikat suatu pertunangan mengikut Hukum Syarak, sama ada secara lisan atau secara bertulis, dan sama ada secara bersendirian atau melalui seorang perantaraan,

dan kemudiannya enggan berkahwin dengan pihak yang satu lagi itu tanpa apa-apa sebab yang sah manakala pihak yang satu lagi bersetuju berkahwin dengannya, maka pihak yang mungkir

adalah bertanggungan memulangkan pemberian pertunangan, jika ada, atau nilainya dan membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan dengan suci hati oleh atau untuk pihak yang satu lagi

untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu, dan yang demikian boleh dituntut melalui tindakan dalam Mahkamah.

Berdasarkan peruntukan Seksyen 15 Akta 303, Ahmad boleh membawa perkara tersebut ke Mahkamah Syariah bagi menuntut ganti rugi perbelanjaan perkahwinan yang telah dibayar olehnya.

Tambahan lagi, membatalkan perkahwinan seminggu sebelum tarikh majlis boleh mendatangkan aib kepada keluarga Ahmad.

Sumber: beautifulnara.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*