“Kalau Beri Laluan, Berisiko Kpda VVIP..”- Akhirnya Polis Jelaskn Knpa Utamakn VVIP Brbanding Ambulans

Kalau Beri Laluan, Berisiko Kpd  konvoi VVIP dan ambulans terbabit.

Tindakan dua anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Johor Bahru Utara (JBU) menahan ambulans Sabtu lalu bukan untuk memberi laluan utama kepada konvoi orang kenamaan (VVIP), tetapi bagi mengelakkan pertembungan antara dua kenderaan terbabit.

Ketua Polis Daerah JBU Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid berkata, dua anggota itu menjalankan penugasan kawalan lalu lintas sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia yang diadakan di Plaza Angsana Johor Bahru.

Beliau berkata, anggota terbabit ditugaskan membuat cut off/point duty di persempadanan daerah Johor Bahru Selatan – JBU dari Jalan Danga Bay menghala ke Skudai ketika kejadian.

Katanya, ketika itu ambulans yang datang dari arah susur Jalan Danga Bay tetap diberikan keutamaan laluan apabila anggota bertugas memberikan ruang laluan antara kenderaan lain untuk maju ke hadapan.

“Anggota yang bertugas juga membuat penilaian dari setiap sudut keselamatan, pada masa yang sama konvoi berkenaan sudah melalui jalan utama yang berada 100 meter di hadapan lebih awal untuk ke lokasi.

“Sekiranya diberikan laluan hijau kepada ambulans yang datang dari susur jalan itu, ia akan memberi risiko yang besar kepada konvoi dan ambulans terbabit.

“Selepas konvoi itu berlepas, anggota yang bertugas memberi laluan hijau kepada ambulans untuk meneruskan perjalanan. Durasi video menunjukkan penahanan ambulans oleh anggota itu sangat minimum iaitu sekitar 30 saat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Rupiah berkata, tindakan drastik dan strategik diambil anggota yang bertugas selepas membuat penilaian dari setiap sudut keselamatan kerana ia membabitkan beberapa faktor, antaranya jalan utama laluan konvoi adalah menurun bukit dan laluan ambulans adalah dari jalan susur.

“Malah konvoi itu melepasi laluan lebih awal dari ambulans dan penahanan ambulans berdurasi 30 saat sahaja adalah bagi mengelakkan risiko pertembungan antara konvoi dan ambulans berkenaan.

“Satu laporan polis dibuat berhubung kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan.

“Polis menasihatkan orang ramai agar tidak mengeluarkan komen dan maklumat yang tidak benar serta tidak bertanggungjawab melalui kaedah tular di media sosial bagi mengelakkan kegusaran dalam kalangan ,”katanya.

Dalam video berdurasi 46 saat itu memaparkan dua anggota polis trafik yang menahan sebuah ambulans dipercayai dalam perjalanan membawa pesakit ke hospital.

Menerusi video itu, anggota trafik terbabit menahan ambulans berkenaan bagi memberi laluan kepada konvoi VVIP.

Tindakan itu mendapat kecaman warga maya terhadap anggota polis terbabit yang dilihat mendahului VVIP berbanding nyawa rakyat.

Kecoh polis trafik dituduh halang ambulans sebab utamakan konvoi VVIP, betul ke nyawa rakyat dah tak bernilai?… apa kata saksi, petugas medik

KECOH di media sosial apabila rakaman video menunjukkan ambulans yang sedang membawa pesakit disekat daripada meneruskan perjalanan kerana dipercayai bagi memberi laluan kepada konvoi orang kenamaan (VVIP).

Menerusi video rakaman dashcam ambulans terbabit, kejadian berkenaan berlaku di jejambat Jalan Skudai Kiri, Johor Bahru, Johor kira-kira pukul 2.15 petang, Sabtu.

Pada ketika itu, ambulans berada di laluan bawah yang mempunyai tiga lorong, manakala konvoi VVIP bergerak dari atas jejambat dan melalui susur keluar di sebelah kiri.

Difahamkan, tindakan polis trafik berkenaan adalah bagi mengelak berlakunya kemalangan jalan raya serta membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Bagaimanapun, netizen menyelar tindakan tersebut dan menyifatkan ia sebagai tidak wajar kerana terdapat pesakit di dalam ambulans.

Difahamkan, video tular itu dimuat naik sekali lagi dan dikongsi netizen bermula petang Ahad selepas video pertamanya dipadam.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mula memberi komen negatif dan mengecam tindakan dua anggota polis trafik di lokasi kejadian.

Seorang lagi netizen yang mengakui sebagai pemandu medik Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan bahawa, undang-undang perlu dipatuhi walau dalam apa jua situasi.

“Aku pilot medik KKM, bagi aku kes macam ni biasa… pesakit tu tagging apa? Ingat, undang-undang kena ikuit walaupun kita dalam apa jua situasi.

“Andai kata berlaku pertembungan bila ambulans lintas macam tu, lebih besar bencana menanti.

“Setakat nak kondem, siapa pun boleh tapi kena tahu anggota bertugas tak boleh sewenang-wenangnya lepas ambulans lalu dan dia kena minta kebenaran di point utama paling hadapan sebelum nak lepaskan ambulans supaya tidak berlaku pertembungan. Ini untuk mengelak terjadinya bencana,” jelasnya.

Sumber: metro dan mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*