“Kak Long dan Anak Tak Sihat”- Tak Sangka Ada Ustad Sudi Doakan Dan Solat Hajat Depan Kaabah

NAMA Wan Nor Baizura atau Kak Long yang terlibat dalam insiden amukan di sebuah kedai serbaneka pada minggu lalu masih hangat diperkatakan netizen.

Di sebalik kecaman yang diterima, ibu kepada dua cahaya mata ini berkata, banyak hikmah yang diterima sejak namanya menjadi perbualan masyarakat.

Ketika dihubungi mStar pada Ahad, Kak Long akui terharu apabila ada individu yang sanggup melakukan solat hajat serta mendoakan dia sekeluarga dari kota suci Makkah.

“Saya yakin, selepas Allah turunkan ujian besar, ada rezeki lain yang Allah akan bagi untuk keluarga saya. Saya terkejut, ada dua individu yang sedang buat umrah di Makkah hubungi saya.

“Mereka kata nak tolong doakan saya sekeluarga di hadapan Kaabah ketika umrah pada Jumaat lepas. Selain itu, ada juga ustaz yang hubungi dan beritahu dia buat solat hajat untuk anak saya,” dedah Kak Long.

Menurut peniaga kosmetik dan keropok itu, dia bersyukur apabila kecaman yang hadir bertalu-talu sejak minggu lalu muda reda perlahan-lahan.

“Saya tak berhenti dikecam. Ada orang sebar WhatsApp saya, edit muka saya buat video dan sebagainya. Tapi sejak semalam, mesej-mesej itu dah mula tiada, dah berhenti.

“Kalau nak tegur saya, tegurlah dengan kebaikan. Jangan tegur sampai menghina. Allah dah jentik saya untuk berubah. Begitu juga anak saya, kalau Allah nak angkat darjatnya, sekelip mata dia boleh berubah,” ujar Kak Long lagi..

Apa yang berlaku biarlah jadi pengajaran untuk saya dan juga semua orang di luar sana. KAK LONG

Menurut Kak Long, dia kini kurang sihat dan mengalami demam serta sakit kepala akibat memikirkan kontroversi yang melanda.

Selain Kak Long, anak sulungnya iaitu Adam, 8, turut mengalami demam dan terkesan akan kes tular tersebut sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi.

“Saya kena teruskan hidup untuk cari rezeki. Tapi sekarang bibir saya bengkak, tangan banyak naik merah-merah sampai jadi gatal. Saya alami alergi sebab makan ubat kerana sakit kepala.

Ada jemaah umrah di Makkah yang menitipkan doa di hadapan Kaabah untuk Kak Long.

“Adam pun demam. Dia sampai mengigau kata tak nak buat dah macam hari tu. Dalam live semalam pun anak saya dah minta maaf. Saya sendiri pun dah berulang kali minta maaf. Saya berdua dengan anak, yang komen beribu-ribu orang.

“Apa yang berlaku biarlah jadi pengajaran untuk saya dan juga semua orang di luar sana. InsyaAllah ada rahmat atas apa yang terjadi,” ujarnya yang menyesali tindakannya menyerang staf 7Eleven pada minggu lalu.

Selain isu 7Eleven, Kak Long juga berharap isu dia dengan staf restoran makanan segera KFC akan reda dan tidak diperkatakan lagi.

Sumber: mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*