Baru Je Selesai Kes 7-Eleven, Tular Pula Video Sound Pekerja KFC Kerana Tiada Ais Buat Ramai Beng4ng

Sebelum ini tular berkenaan dengan seorang wanita yang mengamuk dan menengking pekerja 7 Eleven kerana anaknya dituduh mencuri. Wanita yang memanggil dirinya Kak Long itu telah mendapat perhatian ramai kerana tindakannya yang melebih-lebih.

Ramai warganet yang tidak berpuas hati dan meminta wanita ini menjaga adab. Walaubagaimanapun, dia telah pun meminta maaf dengan pekerja 7 Eleven tersebut dan sudah pun dianggap selesai oleh kedua belah pihak.

Wanita ini marah pekerja KFC pula

Namun terbaharu, viral pula sebuah video di aplikasi TikTok yang dikongsikan oleh GGanG_ berkenaan dengan wanita dari Dungun, Terengganu ini memarahi pekerja KFC. Amukan itu berlaku dipercayai gara-gara KFC yang dikunjungi tersebut kehabisan ais. Menerusi video yang diambil dari live wanita tersebut, dia juga kelihatan merungut berkenaan dengan sikap pekerja KFC yang masam mencuka sewaktu membuat pembelian.

Sambil makan KFC bersama anak-anaknya dia juga sempat membebel beberapa perkara yang lain. Turut kedengaran juga suara anaknya yang sempat memanaskan situasi. Lebih teruk lagi, kedengaran juga suara anaknya yang sempat menengking meminta pekerja KFC menghantar ais secepatnya.

Tak payah la bising-bising..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai situasi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton. Namun rata-ratanya bengang dengan perangai wanita ini yang dianggap tiada kesabaran dalam diri. Malah ramai juga mempersoalkan kenapa nak marah sampai sebegitu rupa memandangkan tiada ais bukanlah isu yang besar.

Tidak kurang juga ada yang meninggalkan komen mengatakan nanti minta maaf pula dan ada juga yang sempat berkata sekiranya selepas ini nampak akak ini nak masuk kedai, terus tutup.

Sepatutnya dalam masyarakat kita yang sangat menitik beratkan soal adab tidak sepatutnya berlaku kejadian seperti ini. Jika ada tidak berpuas hati dengan mana-mana pihak sekalipun, tidak perlu untuk mengamuk, menengking atau meninggi suara. Cuba bincang dan beritahu baik-baik. Bukankah itu lebih baik?

“Pengajaran buat kak long” – Wanita Menangis Minta Maaf Pada Cashier Lepas Video Mengamuk Dikecam

Ramai yang mengecam tindakan wanita tersebut yang dilihat gagal mengawal emosinya ditambah pula dengan reaksi anaknya yang memberontak sehingga membaling barang-barang di kedai serbaneka tersebut dan menendang kaunter.

Ekoran ini, wanita yang memanggil dirinya Kak Long ini telah pun pergi semula ke kedai serbaneka tersebut untuk menjernihkan keadaan dan meminta maaf atas keterlanjurannya semalam.

“Pengajaran buat kak long”

Wanita bernama Wan Nor Baizura ini turut membuat siaran langsung di Facebook menunjukkan yang dia telah datang semula ke kedai serbaneka tersebut untuk melihat CCTV serta meminta maaf kepada pekerja-pekerja di sana.

Dalam video tersebut, pekerja kedai serbaneka itu turut memberitahu bahawa anaknya itu memang tidak mencuri dan bersedia memaafkan wanita tersebut.

Kalau korang tengok video dekat bawah ni, wanita ini turut menangis ketika minta maaf kerana sedar akan kekhilafan dirinya.

Tak cukup dengan itu, Kak Long ini juga turut menyatakan kesudiannya untuk membayar segala kerosakan yang dibuat oleh anaknya namun pekerja tersebut menolak dan mengatakan tiada barang rosak dek tindakan anaknya itu.

“Berhentilah sebarkan”

Selain mengakui kesilapannya, wanita ini turut meminta agar orang ramai berhenti sebarkan videonya kerana dia tak mahu memanjangkan perkara ini.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihati wanita ini untuk berhati-hati selepas ini dan belajar untuk selidik dulu sebelum melenting.

Benda pun dah settle… Harapnya perkara ni jadi pengajaran bukan je untuk Kak Long ni tapi juga untuk ibu bapa lain…

Kredit: TikTok GGanG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*