“4 Jam Tnggu Giliran, Last2 Suru Balik Sbb Tak Ckup Staff”- Sekali Lelaki Ini Meng4muk, Semua Terdiam

Baru-baru ini tular di laman Twitter, video memaparkan seorang lelaki yang mengamuk ketika berurusan di sebuah kaunter kerajaan telah mendapat perhatian daripada orang ramai.

Menerusi video tersebut, dilihat lelaki berbangsa india itu menjerit-jerit memarahi staf di kaunter berkenaan dan menepuk-nepuk meja sambil cuba ditenangkan oleh rakannya.

Difahamkan, dia sudah lama menunggu nombor gilirannya namun apabila sampai di kaunter, dia tidak dapat menyelesaikan urusannya akibat masalah system down dan kekurangan staf pekerja.

Ramai datang pukul 2, pukul 10 30 ambik nombor, you kena tambah orang la! Bukan masalah saya, saya bayar.

Malah, lelaki itu turut sudah berulang kali datang ke pejabat tersebut untuk menjelaskan pembayaran bil namun disuruh pulang.

Berapa kali saya nak pergi balik pergi balik? Saya manusia bukan binatang! Jangan buat saya macam binatang! Bukan dekat rumah saya!

https://twitter.com/i/status/1499431825470464003

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen seperti memahami perasaan lelaki berkenaan dan malah berterima kasih kepadanya kerana menyuarakan perkara tersebut yang sering dilalui oleh rakyat Malaysia.

“Dah kena marah baru semua staf keluar, tadi kata tak cukup,” tulis seorang netizen.

“Bagus brother ni.. dia bersuara untuk kita semua yang menunggu macam tak ada kerja lain nak buat.. tu belum yang duduk jauh semata-mata nak pergi menunggu dekat kaunter,” tulis seorang pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

SUMBER : Twitter, beautifulnara.com.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*