“Dikelilingi Musvh Tapi Berlakon Jadi Kawan Rapat”- Lelaki Ini Jelaskan Kronologi Kem4tian Tangmo Nida

Kes melibatkan seorang pelakon terkenal, Tangmo memberi kesan yang mendalam pada orang ramai. Pemergian nya pada malam tersebut buat ramai berfikir yang kes tersebut seperti dirancang dan tidak logik. Namun, kali ini seorang pemuda ceritakan kronologi kejadian yang berlaku pada Tangmo meraih tontonan lebih 200 ribu di Tiktok nya.

Mendiang merupakan artis berbakat yang kerap mendapat watak utama dalam Channel 7. Antara drama lakonannya iaitu Benja Keta Kwarm Ruk pada 2003, Oun I Ruk (2004), Sai Ruk Sai Sawaat (2018), Bai Mai Tee Plid Plew (2019) dan terbaru, Nuer Nai (2020).

Lihat video dibawah:

https://www.instagram.com/tv/Can9vY7pm04/?utm_source=ig_web_copy_link

@Siti Nor:3 jam tu tempoh yg terlalu lama untuk dorng cari sendiri.. sepatutnya bila dh xnmpk terus call mintak bantuan terus.Something fishy betul..

@Aqua Girl: susah jadi orang hebat. sekeliling penuh musuh tapi berlakon sbg rakan dekat. semoga ada keadilan utk Tangmo.

@iSyazaSahrin:Buat kerja tak clean dohh, possible giler dia hilang kat belakang bot . Nampak sangat kes bunuh yg dirancang

@Ainur Riena:fakta dia terjatuh dalam air pun pelik jugak .. sampai dia jatuh pun kawan x dengar ke…. takkan dia jerit bila terjatuh tu..

@itik biru:cari x jumpa..tapi ckp paha kena kipas bot..apa ke benda alasan…dh kena kipas bot xkan xde bunyi or mcm rasa terlanggar sesuatu

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

 

Lima Rakan Bot Pelakon Thailand Mati Lemas Diarah Jalani Ujian Pengesanan Penipuan

Berikutan kes kematian pelakon Thailand baru-baru ini, polis Nonthaburi bersedia untuk memanggil lima rakan pelakon mendiang, Nida “Tangmo” Patcharaveerapong, untuk disoal siasat dengan menggunakan ujian pengesan penipuan, lapor Thai PBS World.

Usaha yang dilakukan ini adalah untuk menghilangkan keraguan tentang perkara yang berlaku dalam kemalangan bot maut di Sungai Chao Phraya malam Khamis lalu.

Kata penguasa polis daerah Muang Nonthaburi kepada media Isnin lalu, polis perlu menyoal mereka dengan lebih lanjut walaupun sebelum ini sudah disoal siasat.

Menurut laporan, mayat Nida ditemui pada hari Sabtu kira-kira 300 meter dari Jeti Pibulsingkram di wilayah Nonthaburi.

Penguasa polis turut mengatakan bahawa pihaknya akan bertemu dengan ibu Nida untuk  menyerahkan bukti rantaian mesej yang berlaku antara beberapa rakan mangsa sejurus kejadian.

Katanya lagi, keterangan yang diberikan oleh kelima-lima rakan tersebut sepadan, tetapi kurang terperinci.

Walau bagaimanapun, perbincangan di media sosial menunjukkan netizen seolah-olah percaya bahawa mereka berlima termasuk pemilik bot masih belum memberitahu keseluruhannya kepada polis.

Sementara itu, klip video yang diambil daripada sistem CCTV menunjukkan kelima-lima rakan mangsa tiba di limbungan kapal kira-kira jam 1 pagi Jumaat, dua jam setengah selepas kejadian.

Menerusi laporan, tiada seorang pun daripada mereka berada di jeti tersebut semasa pekerja penyelamat tiba untuk memulakan pencarian.

Jelas penguasa polis, mereka masih menunggu laporan bedah siasat Nida dari Institut Perubatan Forensik di Hospital Besar Polis dan keputusan ujian toksikologi untuk kelima-lima rakannya.

Mahkamah wilayaj Nonthaburi didakwa telah mengeluarkan waran tangkap akibat kecuaian yang dilakukan oleh tekong dan seorang rakan yang mengemudikan bot.

Tanupat, pemilik bot berkenaan, turut berdepan pertudungan tambahan menggunakan bot tamat tempoh lesen dan  telah dibebaskan melalui ikat jamin.

Memetik laporan Bangkok Post, kesemua lima orang yang berkemungkinan akan menghadapi pertuduhan kecuaian yang membawa kepada kematian dan memberi kenyataan palsu kepada polis, menurut sumber polis.

Sumber: Rotikaya dan Siakap Keli

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*