“Suami Suruh Tidur Sekali Dgn Madu, Di Luar Dilayan Mcm Bibik”- Wanita Ini Tak Tahan Jadi Isteri Kedua

Foto sekadar hiasan. TANYALAH mana-mana wanita, kebanyakan daripada mereka pasti benci dengan perkataan ‘madu’.

Mungkin terdapat sesetengah kes kehidupan wanita bermadu atau berpoligami indah sebagai sebuah keluarga yang besar, namun tidak bagi wanita ini.

Perkahwinannya dengan lelaki pilihan hanya manis pada peringkat permulaan, namun akhirnya membibitkan penderitaan.

Kisah wanita yang hanya dikenali sebagai Maya ini dikongsikan oleh seorang aktivis kebajikan, Natipah Abu, selepas wanita itu sendiri mengadu masalah mengenai perkahwinannya dan meminta bantuan.

“Maya bukan sehari dua Kakpah kenal. Sudah lebih 10 tahun… walaupun tinggal jauh namun sesekali Maya akan datang bertemu Kakpah.

“Sahabat yang juga ibarat seorang adik buat Kakpah ini dibesarkan di rumah anak yatim. Tiada abang, tiada kakak… Maya sebatang kara setelah neneknya meninggal dunia.

“Maya mengadu tak tahan hidup dengan Amir, suaminya. Dan dia dihalau oleh lelaki itu. Terkejut Kakpah mendengar ayat itu. Sedangkan kerap kali gambar-gambar Maya yang dikongsi di

media sosial mempertontonkan kebahagiaannya dengan Amir.

“Itu semua Amir yang tulis, kak. Amir yang letak gambar-gambar tu. Dia nak tunjuk kat orang saja. Benarlah kata-kata yang sering Kakpah dengar. Media sosial ini,

dunia tipu-tipu bagi sesetengah orang,” kata Natipah yang senang membahasakan dirinya sebagai Kakpah.

Menurut Natipah, Maya mendirikan rumah tangga dengan Amir yang juga berstatus suami orang lebih setahun yang lalu.

“Maya mengadu tak tahan hidup dengan Amir, suaminya. Dan dia dihalau oleh lelaki itu. Terkejut Kakpah mendengar ayat itu. Sedangkan kerap kali gambar-gambar Maya yang dikongsi di

media sosial mempertontonkan kebahagiaannya dengan Amir.

“Itu semua Amir yang tulis, kak. Amir yang letak gambar-gambar tu. Dia nak tunjuk kat orang saja. Benarlah kata-kata yang sering Kakpah dengar. Media sosial ini,

dunia tipu-tipu bagi sesetengah orang,” kata Natipah yang senang membahasakan dirinya sebagai Kakpah.

Menurut Natipah, Maya mendirikan rumah tangga dengan Amir yang juga berstatus suami orang lebih setahun yang lalu.

Malah ketika Maya menyampaikan berita mengenai hasratnya mahu mendirikan rumah tangga dengan lelaki tersebut sebagai isteri kedua, Natipah berkata dia agak keberatan namun wanita

tersebut meyakinkannya dan menegaskan perkahwinan tersebut direstui isteri pertama.

“Sekali lagi Maya membuat keputusan drastik, berpindah dan tinggal sebumbung dengan madu. Sejak itu, dia jarang menelefon Kakpah, bertemu pula boleh dibilang dengan jari berapa kali.

“Wanita yang dulunya seorang yang berkarisma itu meninggalkan kerjaya yang sangat diminatinya demi ketaatannya kepada seorang suami.

“Maya bukan saja sebumbung dengan madu malah dipaksa sekatil dengan madunya. Tidak terjangkau dek akal maka bertalu-talu soalan Kakpah lontarkan tentang bagaimana semua itu berlaku,”

kongsi Natipah yang sudah lebih 10 tahun aktif sebagai aktivis kebajikan dan kemasyarakatan.

Bukan sahaja diperlakukan sewenang-wenangnya di kamar tidur, Maya juga dilayan umpama seorang pembantu rumah di kediaman yang dihuninya bersama suami dan madunya itu.

Dek kerana tidak tahan, Natipah berkata Maya akhirnya menghubunginya untuk mencurahkan rahsia yang dipendam dan meminta bantuan untuk keluar daripada masalah yang membelenggunya.

“Otak Kak Pah pula ligat berfikir tentang apa yang harus dilakukan. Menyokong Maya bermakna kemungkinan akan meruntuhkan sebuah masjid. Bukan suatu hal yang mudah.

“Jadi Kakpah minta Maya rujuk dengan peguam yang arif terlebih dahulu untuk guide dia. Buat masa ini, Maya dah pun berhubung dengan dengan peguamnya,” kata Natipah lagi.

Sumber: mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*