“Menanti Bantuan Pihak Penyelamat”- Ramai Sebak Lihat Penduduk Terper4ngkap Atas Bumbung

Kuala Terengganu: Anggota bomba yang sedang dalam operasi menyelamat dan memindahkan mang$a terpaksa berlindung bersama penduduk di atas bumbung di Kampung Lubuk Pait, Hulu Terengganu.

Kenaikan air secara mendadak dan deras selain keadaan semasa yang masih hujan ketika ini menyebabkan pasukan penyelamat tidak dapat keluar bersama penduduk kampung dari kawasan berkenaan.

Ketika ini, pasukan penyelamat bersama 25 mang$a yang sebelum ini diselamatkan dari beberapa kampung seperti Kampung Tapah dan Kampung Cheting berada di atas bumbung kediaman penduduk sementara menunggu bantuan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang Hanaffi Mohd berkata, pihaknya menerima maklumat daripada penduduk di Kampung Tapah 4 pagi tadi sebelum sepasukan anggota ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, pasukan penyelamat sekali lagi menerima panggilan daripada penduduk di Kampung Cheting, Kampung Peneh dan Kampung Sekayu pada 5.15 pagi.

“Usaha menyelamatkan dilakukan dalam keadaan gelap dengan keadaan air yang semakin tinggi dan deras dengan bantuan daripada penduduk kampung.

“Semua mang$a berjaya diselamatkan namun kita berdepan kesukaran untuk membawa keluarmang$a kerana air semakin tinggi.

“Pada masa sama, kita turut terserempak dengan beberapa penduduk yang mahu keluar sebelum mereka ini kita letakkan di lokasi yang selamat sementara menunggu ketibaan bot penyelamat,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Hanaffi berkata, pihaknya tidak berani mengambil risiko meredah banjir berikutan keadaan arus yang deras selain hujan lebat.

Katanya, pihaknya turut menenangkan mang$a yang panik berikutan keadaan air yang naik dengan cepat.

“Setakat ini, jumlah sebenar mang$sa yang terperangkap masih belum diketahui dan kita juga sudah menghubungi ibu pejabat untuk mendapatkan bantuan termasuk helikopter,” katanya.

“Sedang menanti bantuan pihak penyelamat” – Mangsa banjir akui bencana terburuk berbanding 2014

KEADAAN banjir yang melanda pantai timur khususnya Kelantan semakin buruk apabila lebih banyak kawasan penempatan ditenggelami air sejak awal pagi Ahad.

Menerusi beberapa hantaran di Facebook, kebanyakan mangsa banjir menyatakan bencana yang melanda ketika ini merupakan banjir terburuk yang pernah dialami.

Situasi semasa juga mencemaskan mangsa terlibat yang kini sedang menanti kehadiran pasukan penyelamat supaya mereka dapat berpindah ke pusat penempatan sementara (PPS) berhampiran.

Fatihah Ridzuan yang turut memuat naik status di laman sosial itu menyatakan, banjir di Kampung Serongga Repek, Pasir Mas adalah yang berlaku pada masa ini adalah paling buruk berbanding tahun 2014.

“Anak beranak kita dalam 20 orang, kecil besar tua muda berkumpul di rumah Kamariah Dollah dan sedang menanti bantuan pihak penyelamat untuk pindah ke PPS Sekolah Sri Kiambang.

“Paras air banjir kali ni lebih tinggi dari banjir 2014. Jika berdasarkan pengalaman banjir 2014, anak-beranak yang minta bantuan pindah ke PPS terpaksa menunggu lama disebabkan terlampau ramai yang perlu pindah sedangkan jentera penyelamat tidak cukup.

“Dulu ada yang terpaksa menunggu lima hingga enam jam,” coretnya di Facebook.

Hantaran Facebook yang dibuat Muhammad Lokman Ibrahim pula, menyatakan Madrasah Addiniah Azzakiah (Pondok Lubuk Periuk) turut dilanda banjir besar akibat hujan berterusan sejak malam Sabtu.

Dia juga turut memohon doa daripada seluruh rakyat Malaysia supaya mangsa terlibat dapat diselamatkan.

“Dukacita dimaklumkan pada hari ini Madrasah Addiniah Azzakiah (Pondok Lubuk Periuk) telah dilanda musibah banjir besar akibat hujan berterusan malam tadi lagi.

“Allahuakhbar… Kami dengan rendah hati memohon jasa baik tuan-puan untuk berdoa atas keselamatan kami di sini dan sesiapa ingin menyalurkan segala bentuk bantuan apa sahaja kepada warga Pondok Lubuk Periuk boleh melalui Cimb bank madrasah addiniah azzakiah (no akaun 8603126019),” katanya.

Seorang lagi netizen yang berkongsi situasi semasa banjir, Jam Sit memaklumkan, tragedi banjir kali ini adalah di luar kebiasaan.

Jelasnya, bencana tersebut berlaku pada bulan Disember tetapi kali ini terjadi pada penghujung Februari.

“Warga Hulu Terengganu dilanda banjir. Dari Kampung (Kg) Kua menghala Kg Pengkala Ajal, Kg Gunung, Kg Menerong, Kg Lubuk Periuk, Kg Peneh, Kg Sekayu, Kg Padang Setar, Kg Durian Bador, Kg Lubuk Pait dan beberapa kawasan sekitar Kuala Berang dinaiki air.

“Memang besar ujian Allah. Semuanya menuntut kesabaran dan keikhlasan hambaNya. Banyak kerosakan berlaku. Paras air naik dengan mengejut.

“Angin bertiup kencang. Diselang seli bunyi guruh di langit. Pokok- pokok tumbang di beberapa tempat. Tenaga elektrik terputus.

“Jika diamati kejadian yang menimpa warga Hulu Terengganu hari ini (Ahad) seolah-olah menyamai kejadian banjir di Cukai, Kemaman pada tahun 2014. Paras air naik dengan cepat.

“Fenomena yang sedang dialami ini di luar dugaan. Baru-baru ini, negara digemparkan dengan kejadian banjir besar di Shah Alam, Selangor. Kejadian ini juga di luar jangkaan. Banjir berlaku pada bulan Disember di sebelah negeri Pantai Barat.

Perubahan fenomena cuaca ini tiada sesiapa yang tahu. Semuanya dalam pengetahuan Allah SWT.

Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Semoga warga hulu tabah dan redha di atas ujian Allah ini,” coretnya di laman Facebook.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi akaun Twitter rasminya meminta mangsa banjir berpindah ke lokasi selamat demi keselamatan diri dan keluarga.

Beliau turut menyeru rakyat Malaysia untuk sama-sama berdoa supaya keadaan banjir segera pulih.

“Beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu terutamanya di Hulu Terengganu banjir teruk.

“Jabatan Bomda dan Penyelamat sedang melakukan kerja-kerja menyelamat bagi memastikan proses evakuasi mangsa dilaksanakan dengan lancar.

“Saya minta mangsa berpindah ke PPS atau tempat yang selamat untuk keselamtan diri dan keluarga.

“Sama-sama kita doakan keadaan banjir segera pulih dan mangsa dapat pulang ke kediaman masing-masing,” ciapnya pada Ahad.

Sumber: Harian Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*