“Datanglh Klau Ber4ni Ckap”- Beng4ng Digelar ‘Datuk Low Class’ Aishah Cabar Netizen Bersemuka

“Ada juga yg masih tak puas hati ek. Setakat baling batu sembunyi tangan apa barang babe…berdepanlah kalau berani cakap apa yg tak puas hati dgn I.So many sickos nowadays,” tulis penyanyi Aishah yang bengang apabila digelar ‘Datuk low class’.

Umum mengetahui, Januari lalu, Aishah yang dikecam teruk apabila apabila berkongsikan pengalamannya menjadi isteri yang membeli beras dan tidak pernah dimanjakan suami itu telah menerima Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang membawa gelaran Datuk.

Bagaimanapun, baru-baru ini, perkongsian Datuk Aishah menjadi perhatian ramai apabila memuat naik paparan skrin komen netizen yang tidak berpuas hati dengannya serta menggelarnya Datuk low classs.

Kesal dengan komen ditinggalkan itu, Aishah mencabar individu berkenaan untuk bersemuka dengannya. Ujarnya, jika berani cakap berdepan dengannya jika ada perkara yang tidak puas hati.

Aishah juga turut menghantar DM kepada individu berkenaan dengan mengatakan tindakan netizen itu disifatkan tidak berfaedah dan seolah tiada benda lain untuk dilakukan.

Ramai DM Maki Hamun, Aishah Nafi Buka Aib Suami Kongsi Kisah Beli Beras

Baru-baru ini perkongsian penyanyi Aishah menjadi perhatian ramai apabila berkongsikan pengalamannya sebagai isteri yang bertanggungjawab membeli beras.

Bagaimanapun, pendedahan Aishah itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang menghantar mesej makian mendakwa penyanyi itu membuka aib bekas suami.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Aishah berkata kenyataannya itu benar-benar terjadi dan baginya bukan membuka aib.

“Hadoiii marah betul setengah orang bila saya menceritakan pengalaman saya sebagai ‘isteri yang beli beras”…Relax, saya sebut itu kerana itu betul-betul terjadi dan

bagi saya ia tak aib apa pun. Itu realiti pengalaman saya dan saya percaya ianya realiti ramai juga kaum wanita lain,” tulisnya.

Dalam pada itu, Aishah turut meminta netizen supaya bertenang dan tidak perlu menghantar mesej kepadanya memaki hamun kerana jika tidak suka akan perkongsiannya tak perlu ambil tahu tentang beritanya itu.

“So chill, tak payah nak bertubi-tubi DM saya nak maki hamun saya. Saya tulis dalam IG saya, saya tak cari wartawan untuk bercerita hal itu pun. Kalau tak suka tak payah follow atau skip je cerita saya ok,” katanya.

Terdahulu, Aishah berkongsikan rasa gembira apabila menerima hadiah gelang tangan daripada anaknya sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-57.

Menerusi entri tersebut, Aishah berkata dia tidak pernah merasa kehidupan sebagai seorang isteri yang dimanjakan dengan hadiah sebaliknya dia yang memikul tanggungjawab besar.

Sumber: my artis

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*