“Pakai Kereta Baru..”- Abang Viva Kini Menuju Ke Terengganu Bantu Mngsa Banjir. Digelar Hero Banjir

Banjir yang melanda Pantai Timur nampaknya semakin memburuk dan berada di paras membimbangkan.

Kemas kini dari mangsa menunjukkan banyak tempat yang telah dinaiki air hingga mangsa terpaksa memanjat tempat tinggi untuk menyelamatkan diri.

“Abang Viva tolong kami.”

Susulan banjir yang semakin memburuk, ramai mangsa dari Pantai Timur mula menyeru nama Unsung Hero Malaysia, Abang Viva yang sebelum ini bergiat aktif membantu mangsa banjir di Selangor.

“Abang Viva taknak tolong ke?…”

“Abang Viva diseru untuk membantu…”

“Tq info, saya tengah bersiap…”

Susulan banyak video yang menyeru Abang Viva, seorang individu memuat naik tangkap layar perbualan bersama Abang Viva yang mendakwa dirinya bakal datang menhantar pertolongan pada mangsa-mangsa banjir yang terkesan.

Namun begitu, sehingga kini belum ada lagi kemas kini terbaru dari empunya badan, memberitahu tentang status pertolongan tersebut.

Sama-sama kita doakan agar semua mangsa selamat dan dipermudahkan segala urusan.

‘Abang Viva’ rancang berhenti kerja tumpu kerja sukarelawan

Selepas menerima pelbagai hadiah dan anugerah daripada banyak pihak, Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar, 30, hari ini, menerima sijil penghargaan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) atas keprihatinannya membantu mangsa banjir pada Disember tahun lalu.

Azwan menerima sijil penghargaan yang disampaikan Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid pada Majlis Perbarisan Tahunan 2022 JBPM di sini.

Azwan berkata, beliau gembira dan bersyukur apabila menerima sijil penghargaan yang tidak dijangka itu.

Katanya, penghargaan itu kali kedua diterima daripada pasukan keselamatan selepas dipilih menjadi anggota sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka.

Ketika ini, katanya, beliau masih bercuti dan bercadang menamatkan perkhidmatan dalam masa terdekat bagi menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sukarelawan.

“Kerja-kerja sukarelawan yang diceburi sekarang memberi kepuasan kepada diri dan ketika ini saya lebih selesa membuat kerja kebajikan bagi membantu golongan memerlukan,” katanya ketika ditemui.

Azwan berkata, dalam masa terdekat beliau bercadang menjalankan kerja-kerja pembersihan sisa banjir di pusat tahfiz di Pahang.

Katanya, beliau juga sudah menjalankan kutipan dana sejak dua hari lalu melalui laman sosial Facebook bagi membantu menyediakan peralatan di pusat tahfiz yang terjejas banjir.

“Saya enggan mendedahkan jumlah sumbangan yang terkumpul setakat ini dan berharap akan bertambah sebelum meneruskan misi baharu ini,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 15 individu dianugerahkan Sijil Penghargaan Wira Bomba terdiri daripada orang awam, enam menerima Sijil Penghargaan Agensi dan 15 menerima Sijil Penghargaan Pengamal Media.

Sumber: redaksi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*