Aliff Syukri Tunjuk Cara Betul Bawa Motor Harley Davidson. Sekali Lain Pula Yg Terjadi Di Akhir Video

Dato Aliff Syukri, satu nama yang agak besar dalam industri kosmetik Malaysia. Nama beliau juga dikatakan lebih popular dari selebriti selebriti lain dalam Malaysia.

Beliau sering dikaitkan dengan bermacam macam kontroversi dan 2018 adalah tahun yang paling banyak kontroversi untuk Aliff Syukri. Pada tahun 2019, kelihatan Dato Aliff Syukri sudah lebih berhati hati dan setakat ini tiada apa apa kontroversi yang akan buat netizen mengecam.

Aliff Syukri Tunggang Motor Harley Davidson

Baru baru ini Dato Aliff Syukri memuat naik satu video di instagram rasmi beliau menunjukkan beliau sedang cuba untuk menunggang motorsikal berkuasa besar Harley Davidson. Motorsikal tersebut memang antara motor yang mahal harganya dalam pasaran.

Dengan hanya pakai baju tidur (jubah) dan pakai helmet membuat ramai netizen terhibur. Menurut kapsyen yang dimuat naik oleh Aliff Syukri.

“Jom sy ajar korang bawa herly utk mereka yg baru nak belajar..,tag siapa punya motor besar”

Dengan bunyi yang kuat dan mimik muka Aliff Syukri, dia mula menolak motor tersebut. Netizen gelihati rupa rupanya mana ada Aliff Syukri bawa motor pun. Rupa rupanya di belakang Coach Yin yang tolak motor tersebut. Haha!

Video Penuh

Respond Netizen ..

malam_kamis “Hahaha ngekeh kali liat dato,padahal lagi galau liat vdio ini hahaha hilang stres,terimakasih dato”

faradeeana “Dato @aliffsyukriterlajaklaris…post cenggini baru best dato.. Tak yah bwk harley dato.. Bwk skuter lg hellok… Manizz sikit.. ”

anizajohari “@shun_jamal dato mengayuh ke mcm mana tu. kau byg dia press moto tu. Dgn berjubahnya. aduhhh aku penat lh repeat ”

‘Saya start ada RM5 juta ketika usia 23 tahun’ – Aliff Syukri

JUTAWAN kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan mempunyai wang simpanan sebanyak RM5 Juta ketika usianya baru 23 tahun.

Aliff Syukri mendedahkan perkara tersebut selepas menjawab salah satu soalan menerusi ruangan Ask Me Question di Instagram (IG) Story peribadinya.

Soalannya seperti “Umur Berapa Mula Kaya?”

Aliff yang mendedahkan jawapan tersebut di entri IGnya memberitahu bukan mudah untuk capai apa yang dia ada sekarang.

“Bukan senang nak senang,” tulisnya

Rata-rata pengikut laman sosialnya kagum dengan pencapaian Aliff kerana tidak ramai anak muda yang boleh berjaya sepertinya.

Dato Aliff Syukri Inginkan Kehidupan Sebelum Bergelar Jutawan

Jutawan kosmetik terkenal Malaysia, Dato’ Aliff Syukri tampil menyatakan hasrat untuk kembali menjalani kehidupan lamanya sebelum bergelar seorang jutawan.

Ujarnya, kemewahan dan populariti yang dimilikinya kini tidak seindah yang disangka.Memetik laporan daripada portal hiburan tempatan,

beliau turut menyatakan hanya mahukan gaji seperti pekerja biasa, tinggal di rumah teres dan hanya memandu kereta jenis Proton Exora seperti yang pernah dilaluinya 15 tahun lalu.

Meskipun sering dihimpit kontroversi dan dikecam, Dato Aliff Syukri berkata setiap apa yang ditempuhi itu menjadikan dirinya seorang yang lebih matang.

Artikel By: KL Viral

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*