Tiga Kali Jiran Pasang Paip Airc0nd Dekat Rumah Org -“Masih Ada Lagi Ke Perangai Jiran Mcm Ni…?”

Hidup berjiran memang memerlukan seseorang itu bersikap bertimbang rasa dan saling hormat-menghormati. Namun, terdapat senario di mana jiran bertlndak sesuka hati di luar batasan,

secara tldak langsung menyebabkan kedua-dua pihak bermasamMuka.

Jiran buat haI?

Seperti perkongsian seorang pengguna TlkTok, dikenali sebagai Siti Zura Jamal tampil menceritakan kerenah jirannya yang melampau batas. Kisahnya bermula apabila wanita ini dan suaminya datang ke rumah mereka bagi membersihkan halaman setelah sekian lama ditinggalkan.

2022 masih lagi otak jiran sebelah ini tak berfungsi dengan baik.

Namun, apa yang menjadi persoalan apabila jirannya dipercayai meletakkan paip pendingin hawa di bahagian rumahnya dan menafikan melakukan perkara tersebut.

Difahamkan paip tersebut mengeluarkan air setiap setiap kali pendingin hawa dibuka.

Kali ketiga guys. Dia letak semula ke tempat asal. Suami dah bengang sangat dah tu sebab dia tolak hempas je. Tak tau la nak kata apa dengan jiran sebelah ini.

Tak betul ke apa yang kami buat tolak semula saluran paip aircond tu ke rumah dia.

Dah jumpa owner sebelah rumah itu dia kata dia tak tahu punya lama macam itu.

Susulan daripada itu, wanita ini bertindak berjumpa dengan jirannya dan meminta supaya paip tersebut dialihkan serta berharap perkara sebegini tidak lagi berulang.

Lama saya ada depan rumah dia. Last-last saya pergi jumpa wife dan cakap elok-elok dia jawab tak tahu guys. Saya minta dia alihkan dan jangan tala ke rumah saya lagi saluran paip aircond itu.

Minta jiran alihkan

Sentiasa berbuat baik dengan jiran tetangga

PADA zaman nenek moyang kita dahulu, keseronokan dan keindahan hidup berjiran menjadi satu perkara yang sangat penting. Mereka hidup aman damai tanpa pergaduhan.

Boleh dikatakan kemesraan antara jiran tetangga amat erat. Jika ada kenduri atau kematian, pasti berduyun-duyun orang kampung akan hadir.

Namun, pada zaman milenia ini, adab dan kemesraan dalam berjiran tidak sama seperti dahulu, malah kian pudar dan bertukar 100 peratus.

Mungkin sekarang ini konsep berjiran sudah tidak membawa sebarang makna atau sudah ketinggalan zaman.

Semangat hidup berjiran yang kita warisi sejak turun temurun, kini jelas semakin terpinggir.

Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan semangat kejiranan semakin luntur, antaranya perubahan gaya hidup masyarakat yang terlalu sibuk dengan hal sendiri serta sibuk mencari rezeki masing-masing.

Kerana kesibukan juga menyebabkan masyarakat tiada masa untuk berbual atau saling tegur menegur antara satu sama lain.

Malah ada yang tidak kenal dengan jiran sebelah walaupun sudah tinggal di kawasan perumahan yang sama sejak 10 tahun!

Islam sangat mementingkan hubungan persaudaraan dan sentiasa menganjurkan umatnya untuk sentiasa hidup bersatu-padu bagi mengelakkan perselisihan.

Kita hidup di dunia ini saling memerlukan di antara satu sama lain dan tiada siapa boleh hidup bersendirian. Jiran bukan sahaja merujuk kepada orang yang tinggal berdekatan dengan rumah atau tinggal setempat tetapi juga rakan sekerja di meja sebelah.

Seorang pendakwah, Ahmad Fuad Mohamad Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Da‘i Fuad berkata, mengikut ulama, terdapat tiga elemen yang perlu kita ketahui mengenai adab hidup berjiran.

Pertama, jangan sesekali menyakiti hati jiran.

Kedua, bersabar apabila disakiti dan ketiga, menghormati dan berbuat baiklah dengan jiran.

Jelas Da‘i Fuad lagi, seandainya kita memiliki jiran yang menguji kesabaran dan menyakiti kita, beliau menyarankan agar kita tetap menunjukkan perwatakan dan keperibadian yang baik.

“Namun jika mereka (jiran) telah melampaui batas dan melibatkan hal-hal keselamatan setelah melakukan perbincangan, maka lanjutkanlah kepada pihak berkuasa,” kata Da’i Fuad lagi.

Untuk berbuat baik kepada jiran, masing-masing ada kemampuan tersendiri.

Tanggungjawab itu juga boleh dilaksanakan melalui pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat secara zahir seperti saling bertukar-tukar juadah makanan, menghulur bantuan kewangan jika dalam kesusahan, ziarah-menziarahi, bertanya khabar, tolong-menolong dan bergotong-royong jika ada sesuatu majlis keraian dan sebagainya.

Dalam konteks menjaga hubungan silaturahim sesama jiran, janganlah sekali-kali menyakiti hati jiran dan ahli keluarga mereka, sama ada dengan perkataan, perbuatan mahupun tingkah laku yang boleh menyinggung perasaan mereka.

Sumber/Kredit: ohbulan, Siti Zura Jamal

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*