Rakaman Video Anggota Polis Ini Tolak Kereta Dalam Hujan Mendapat Pujian Netizen

Keprihatinan anggota Unit Kereta Peronda (MPV) menolak sebuah kereta rosak dalam keadaan hujan lebat di Nilai di sini mendapat pujian netizen.

Perkongsian video di Instagram Daniel Zamri itu memaparkan dua anggota polis berada di persimpangan lampu isyarat membantu menolak sebuah kereta dipercayai rosak ketika mahu meneruskan perjalanan.

Anggota berkenaan menolak kereta itu sehingga ke tepi jalan dalam keadaan hujan lebat demi menggelakkan berlaku kesesakan trafik di kawasan terbabit.

Daniel turut memuji tindakan anggota polis itu kerana menjalankan tanggungjawab meskipun dalam apa jua situasi.

“Ingat aku je yang mandi hujan hari ini sebab hantar stok @ainadtaste di agen sekitar Nilai tadi.

“Rupanya ada lagi yang mulia dalam menjalankan tanggungjawab dalam bekerja. Dalam pemerhatian aku tadi, pemilik kereta ‘breakdown’ tu orang Cina. Siap berpayung lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Daniel juga berhasrat untuk belanja anggota polis kek yang diusahakan isterinya sekiranya video yang dimuat naik itu tular di laman sosial.

“Semoga abang polis dilimpahkan rahmat oleh-Nya. Amin. Kalau ada rezeki video ni viral, aku teringin nak jumpa abam polis ni sebab nak belanja kek dari @ainadtaste, lokasi kejadian sekitar Nilai – KLIA,” tulisnya.

Lihat Video:

Dua anggota polis membantu menolak sebuah kereta dipercayai rosak dalam keadaan hujan lebat di Nilai. Video: Instagram Daniel Zamri

Tindakan anggota polis undang pujian ramai

Tindakan seorang anggota polis berpangkat Sub Inspektor menutup tumpahan minyak akibat kemalangan yang berlaku di Lebuh Raya Pantai Baru (NPE) berdekatan bangunan Angkasapuri mendapat pujian orang ramai.

Beliau ketika dihubungi Kosmo! berkata, tindakannya itu bertujuan mengelakkan pengguna jalan raya lain terdedah dengan bahaya berikutan tumpahan minyak tersebut.

“Kejadian berlaku pada Jumaat lalu kira-kira pukul 9 pagi, saya telah diarahkan untuk ke kawasan tersebut kerana terdapat kemalangan yang berlaku membabitkan tiga buah kenderaan.

“Kemalangan terbabit berlaku kerana terdapat seekor ular sawa yang melintas menyebabkan seorang pemandu wanita terkejut dan brek secara mengejut. Ia menyebabkan dua buah kenderaan dibelakang kenderaan wanita terbabit berlanggar,” katanya di sini hari ini.

Tambah anggota dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur itu, akibat kemalangan terbabit, minyak enjin dari salah sebuah kenderaan yang terbabit kemalangan tersebut telah tertumpah di atas jalan raya.

“Saya bimbang sekiranya pengguna jalan raya lain seperti penunggang motosikal terbabit kemalangan. Jadi, saya mencari alternatif lain dengan menabur tanah di kawasan berminyak tersebut.

“Saya juga ingin memaklumkan, saya menggunakan tanah disebabkan bantuan dari petugas lebuh raya lambat tiba disebabkan kesesakan yang berlaku sejauh kira-kira 10 kilometer akibat kemalangan tersebut.

“Walaupun ia hanya bersifat sementara namun saya berharap tiada pengguna lain yang tergelincir akibat tumpahan minyak tersebut,” kata anggota polis yang telah berkhidmat kira-kira 35 tahun dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 32 saat di media sosial yang memaparkan keprihatinan Azman Shah Ishak, 57, yang menutup tumpahan minyak dengan menabur tanah di kawasan tersebut.

Video tersebut turut menerima pujian orang ramai yang berterima kasih dan menghargai jasa Azman Shah bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya.

“Sungguh mulia hati anggota polis trafik ini demi menjaga keselamatan pengguna jalan raya. Semoga segala amal ibadah dan kerja tuan mendapat keberkatan,” kata @Hatimin TtR.

“Tahniah dan terbaik, semoga dengan tindakan tuan ini dapat balasan yang baik-baik di akhirat kelak,” ujar Manbye

Sumber: viralkini.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*