“Emak Terlantar Str0k”- Video Tular Kak Yana, Pihak JKM Akhirnya Luluskan Bantuan Bulanan Ini

JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) meluluskan bantuan bulanan penjagaan Orang Kelainan Upaya (OKU) Terlantar dan Pesakit Kronik Terlantar berjumlah RM500 mulai bulan depan kepada ibu Diwiyana Mohammed yang terlantar sakit dan lumpuh.

Kisah tentang ibu Diwiyana itu tular di media sosial baru-baru ini.

Menurut Unit Perhubungan Awam JKM dalam satu kenyataan berkata, Diwiyana selaku pengadu diberi kelulusan serta merta di bawah skim Tabung Bantuan Segera RM300 sekali gus untuk ibunya.

“Merujuk kepada rekod penerima bantuan JKM, pengadu pernah menerima bantuan di bawah Skim Bantuan Penjagaan Pesakit Terlantar RM300 sebulan mulai April 2017 daripada JKM

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur namun bantuan ditamatkan kerana pengadu tidak ditemui semasa proses kaji semula kes oleh JKM.

“Proses kaji semula dilaksanakan kepada semua penerima bantuan dalam tempoh 12 bulan selepas menerima bantuan bagi tujuan menilai semula kelayakan penerima,” ujar kenyataan berkenaan.

Majoriti pada Rabu melaporkan Diwiyana sudah membuat permohonan berkenaan sejak dua tahun lalu.

“Sebelum ini saya tinggal di Kuala Lumpur dan membuat permohonan di sana sebelum berpindah ke Teluk Intan, Perak.

“Saya jangkakan permohonan saya sudah diproses tetapi sudah dua tahun tidak ada sebarang maklum balas daripada mereka,” katanya.

Kenyataan itu memaklumkan, hasil siasatan segera mendapati pengadu yang kini menetap di Teluk Intan, Perak hanya berpendapatan terhad serta perlu menanggung kos penjagaan ibunya berusia 75 tahun yang lumpuh dan terlantar.

Berkongsi video di TikTok, Kak Yana nama sebenar Dayana Mohammed meluahkan realiti yang berlaku pada dirinya yang berdepan kesukaran untuk mendapat bantuan buat ibunya yang lumpuh berstatus OKU terlantar.

Katanya ketika dihubungi Majoriti, dia sudah membuat permohonan berkenaan sejak dua tahun lalu.

“Sebelum ini saya tinggal di Kuala Lumpur dan membuat permohonan di sana sebelum berpindah ke Teluk Intan, Perak.

“Saya jangkakan permohonan saya sudah diproses tetapi sudah dua tahun tidak ada sebarang maklum balas daripada mereka,” katanya.

Dalam video berkenaan juga, Dayana turut menceritakan bahawa dia sudah turun naik pejabat JKM dan PLZ Perak, namun pelbagai alasan yang diterimanya termasuk borang hilang.

Selepas video tersebut menjadi tular, Dayana memberitahu pihak JKM sudah datang ke rumahnya dan memaklumkan bahawa mereka akan segera menguruskan permohonan tersebut.

Bagi permohonan LPZ pula Dayana memberitahu, dia sudah dihubungi dan dimaklumkan bahawa berlaku kesilapan teknikal yang menyebabkan permohonannya masih belum diproses.

“LPZ Perak memberitahu bahawa berlaku salah faham yang mana mereka sebenarnya tidak menerima sebarang borang prmohonan daripada pihak LPZ Kuala Lumpur.

“Oleh yang demikian, mereka tidak dapat berbuat apa-apa tentang perkara tersebut dan akan menguruskan permohonan saya secepat mungkin,” ujar ibu kepada enam cahaya mata itu.

Katanya lagi, dia berterima kasih kepada orang ramai yang membantu berkongsi videonya kerana jika ia tidak tular belum tentu pihak berkaitan akan memberi respon dengan segera

Dicemuh minta bantuan JKM untuk ibu terlantar, ‘Kak Yana’ rayu warganet henti kecaman

Diwiyana Mohammed yang meluahkan rasa kecewa terhadap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak kerana sekian lama enggan meluluskan bantuan untuk ibunya yang terlantar,

meminta warganet menghentikan serangan ke atasnya, selepas video itu viral.

Beliau yang menyara enam anak dengan menjual burger bersama suaminya berkata, dia terpaksa menggunakan media sosial untuk mengangkat masalahnya kerana buntu mencari wang untuk penjagaan ibunya.

Selasa lalu, video Tik Tok Diwiyana tular dan meraih tontonan sehingga 1 juta. Dalam video itu dia menyatakan rasa terkilan apabila permohonan untuk bantuan JKM bagi ibunya yang lumpuh

separuh badan akibat strok mengambil masa begitu lama untuk diluluskan, kerana kerenah birokrasi keterlaluan.

Kira-kira 24 jam selepas video itu tular, Diwiyana, 37, terkejut apabila pegawai JKM memaklumkan bantuan bulanan RM500 diluluskan mulai Mac untuk ibunya, Selamah Hamid, 73.

Lembaga Zakat Perak turut mengesahkan ia akan memberikan bantuan, namun jumlahnya belum diketahui.

Menurut Diwiyana, yang lebih dikenali dengan nama ‘Kak Yana’, selepas videonya tersebar, ramai menyatakan rasa simpati tetapi tidak kurang yang mencemuh dan mempersoalkan tindakannya.

“Kak Yana buat video itu untuk mak Kak Yana saja. Kak Yana sudah tak mampu dah waktu itu. Berniaga pun teruk sebab hujan ribut kat Perak. Gerai kecil Kak Yana sudah berapa kali rosak. Jadi dalam keadaan terdesak, kita sanggup buat apa sahaja untuk orang yang kita sayang,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata akibat pandemik Covid-19 berpanjangan, dia dan suami meraih pendapatan yang tidak menentu dan pernah mendapat hanya RM20 sahaja sehari.

Beliau berkata komen kalangan netizen seolah-olah beliau tidak bercakap benar atau tidak patut meluahkan rasa kesal dengan JKM memberi kesan mendalam kepadanya, lebih-lebih lagi kerana dia menghidap ‘anxiety disorder’ (kecelaruan keresahan).

“(Ada yang tanya) betul ke awak ini macam ini? (Ada yang soal) Ini betul ke? Saya sekarang takut nak tengok media sosial kerana ia akan ‘trigger anxiety disorder’ dan membuat saya tertanya-tanya diri sendiri, salah ke aku buat macam ini?,” katanya.

Justeru, beliau berharap warganet tidak bersangka buruk terhadapnya kerana mereka tidak tahu beban harian yang dipikul oleh beliau dan orang senasib.

“Sejujurnya dari hati Kak Yana, Kak Yana buat video ini untuk orang lain juga. Mudah-mudahan dengan cara Kak Yana keluar bercerita pasal masalah birokrasi ini, mungkin memudahkan urusan orang lain juga untuk minta (bantuan),” katanya.

Diwiyana berkata dia tidak menjangkakan permohonan bantuan di JKM di Perak akan tertangguh begitu lama setelah beliau sekeluarga berpindah daripada Kuala Lumpur ke Ipoh dua tahun lalu.

Sumber: mejoriti.com

https://majoriti.com.my/berita/2022/02/23/039borang-hilang-antara-alasan039-video-kak-yana-dah-tular-baru-jkm-dan-ppz-bertindak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*