“Jika JDT Kalah Esok Saya Akan Tinggalkan Bola Sepak”- Ini Kata-Kata TMJ Yang Buat Ramai Terkejut

Perang psikologi perlawanan Piala Sumbangsih antara pendahulu Liga Super 2021, Johor Darul Takzim (JDT) dan juara Piala Malaysia 2021, Kuala Lumpur (KL) City FC malam esok memasuki babak seterusnya apabila pemilik skuad Harimau Selatan Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) mahu bersara jika pasukannya tewas kepada skuad The City Boys.

Hal ini bermakna, jika langkah JDT sumbang pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor seterusnya tewas kepada KL City FC menyebabkan skuad Harimau Selatan bakal kehilangan ‘bos besar’ mereka.

“Jikalau kalah esok, saya tinggalkan bola sepak sepenuhnya dan tidak akan terbabit lagi dengan apa-apa aktiviti bola sepak dalam negara,” kata Tunku Ismail menerusi akaun Instagram miliknya.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh pemilik JDT itu sekali gus membuktikan mereka seolah-olah begitu yakin mampu menewaskan KL City FC malam esok.

Terdahulu, Tunku Ismail menerusi satu temubual bersama stesen televisyen swasta sebelum ini juga pernah memberi jaminan bahawa peristiwa pahit pasukan itu kalah 0-2 di tangan KL City pada final Piala Malaysia musim lalu tidak akan berulang lagi.

“Masa lawan Kuala Lumpur, kita kalah di (final) Piala Malaysia 2-0 bukan kerana Kuala Lumpur lebih baik daripada kami, saya boleh jamin. Kalau esok itu juga awak suruh lawan Kuala Lumpur, benda itu tidak akan berlaku dan benda itu tidak akan berlaku lagi.

“Tapi kita buat kesilapan individu, mungkin hilang fokus atau sebagainya dan kita kalah. Memang hari itu orang kata tak ada nasib, empat lima peluang di depan gol masa babak pertama tak masuk, kena tiang dan sebagainya.

“Jadi tiada nasib. Tapi saya tahu yang benda itu tidak akan berlaku lagi dan saya boleh jamin. Ia kerana saya yakin dengan pemain yang ada dalam pasukan ini, bukan nak cakap besar,” katanya.

Selepas kalah, TMJ tidak jadi berehat

“Saya baru ingat hendak berehat dari bola sepak tahun hadapan tetapi apa yang berlaku membuatkan saya tidak jadi berehat.

“Seperti yang saya pernah katakan, a wounded Tiger is always eager to bounce back (harimau yang cedera sentiasa bersemangat untuk bangkit semula).”

Demikian tekad pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mahu memastikan JDT kembali meraih lebih banyak kejayaan selepas ini susulan kegagalan mempertahankan Piala Malaysia apabila tewas 0-2 kepada Kuala Lumpur City FC (KL City) di pentas final, Selasa lalu.

Jelas Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ), faktor terlalu selesa dan yakin menyebabkan JDT mengalami kegagalan itu namun menegaskan kelab itu akan kembali berbelanja semula.

“Saya ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi perkembangan kelab dan juga beberapa maklumat yang lain. Maklumlah orang jarang kalah ini, sekali sekala bila kalah jadi rajin pula buat kerja.

“Ada hikmah di sebaliknya, bagus juga ada wake-up call. Buat apa pun jikalau Allah tidak mengizinkan, rezeki tersebut bukan kita punya.

“Saya rasa untuk tiga musim terakhir ini, kami menjadi terlalu selesa, terlalu yakin dan kami tidak mengeluarkan belanja untuk skuad. Tetapi kini selepas apa yang terjadi, kami akan mula berbelanja semula kerana kami sudah dicabar,” katanya menerusi satu kenyataan di laman sosial kelab.

Jelas Tunku Ismail, kekalahan itu menjadikan JDT lebih bermotivasi untuk bertanding pada tahun hadapan selain menganggap ia sesuatu yang positif untuk kelab itu.

“Kami akan menjadi lebih obses untuk memperbaiki kesilapan kami dan menguatkan lagi pasukan ini.

“Kami akan menjalani latihan pramusim di Dubai dan Abu Dhabi untuk bermain dengan beberapa kelab tempatan di sana dan juga kelab-kelab Eropah untuk persiapan kami.

“Ada beberapa pemain akan dikekalkan, ada yang akan dipinjamkan keluar dan ada pemain yang akan dilepaskan. Pengarah Teknikal JDT akan membuat pengumuman kepada penyokong dengan lebih mendalam lagi nanti,” katanya.

Sumber: metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*