“Lelaki Miliki Suara Persis Sudirman”- Ajai Nasihat Jgn Sia-Siakan Bakat, Smpai N4ngis Pak Nil

Komposer, Ajai teruja selepas berkesempatan bertemu dengan anak muda yang baru-baru ini tular kerana memiliki suara persis penyanyi lagenda, Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad.

Menurut Ajai atau nama sebenarnya, Mohd Faizal Maas, anak muda bernama Arish Mikael ini mempunyai bakat terpendam dan kualiti suara yang baik.

Katanya lagi, dia juga sempat berkongsi ilmu bersama Arish sewaktu anak muda tersebut datang ke studionya.

Video:

Menerusi entri Instagram (IG), penyanyi lagu Keliru itu memuat naik beberapa hantaran selepas berkesempatan bertemu dengan pemuda berkenaan di studionya.

Menurut Ajai, Arish mempunyai bakat sebagai seorang penyanyi kerana memiliki kualiti suara yang baik.

“Arish namanya. Berumur 19 tahun. Saya terima banyak pesanan langsung (DM) di IG menyuruh saya mendengar nyanyian dia.

“Rezeki Allah menentukan segalanya. Dapat saya mendengar dan mencungkil apa yang ada padanya. Dia memang berbakat.

“Pemberian dariNya… dan dia ada barang,” coretnya di Instagram.

Dalam pada itu, Ajai sempat menitipkan kata nasihat buat anak muda tersebut agar tidak persiakan bakat yang dikurniakan Tuhan.

“Insya-Allah, kalau ada rezeki kita ketemu lagi. Jangan persiakan bakat yang ada,” ujarnya.

Video:

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan artis turut teruja melihat perkongsian tersebut selain memberi penghargaan buat Ajai kerana mengetengahkan bakat pemuda itu.

“Wah, bagus. Saya suka cara Ajai menghargai bakat orang. Kalau orang itu betul boleh menyanyi,” komen seorang warganet.

“Terbaik abang Ajai! Besar pahala ketengahkan bakat yang benar-benar bagus dan memerlukan,” komen juga seorang pengguna.

“Allahuakbar, terkenang kembali arwah Sudirman. Jejaka ini telah mengimbau ingatanku terhadap lagu Hujan yang membuai-buai alunan iramanya…” komen lagi seorang warganet.

Terdahulu, satu video tular di seluruh platform media sosial yang memaparkan nyanyian anak muda berasal dari negeri Johor itu, sewaktu melakukan persembahan busking di sebuah kedai makan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Rived.me

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*