DJ Radio Tak Pandai Sebut Perkataan ‘Ringgit’. Sekali Adibah Noor Sound Jangan Mengada-Ngada

MENGADA-NGADA! Itu yang disifatkan penyanyi Adibah Noor ketika menegur penyampai radio berbahasa Inggeris yang menyebut perkataan ringgit dengan slang Inggeris.

Menurut Adibah, 52, cara sebutan tersebut keterlaluan sedangkan penyampai itu dibesarkan di Malaysia dan sudah menggunakan perkataan itu sejak kecil.

“Kadang-kadang tak faham apabila dengar stesen radio berbahasa Inggeris.

“Jika anda orang Malaysia dan bukan berasal dari luar negara, jangan nak mengada-ngada sebut ‘ring it’ sedangkan sebutan sebenar ‘ringgit’.

“Daripada kecil lagi dah sebut ringgit, hanya kerana jadi penyampai radio bahasa Inggeris tak boleh sebut ringgit,” ujar Adibah dalam satu video di Instagram miliknya.

Sebelum ini, bekas peserta Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) ini juga pernah menegur ucapan seorang menteri kerana tersalah menyebut beberapa perkataan dalam bahasa Inggeris.

Selain itu, Adibah juga pernah membetulkan kesalahan sama yang dilakukan oleh penyampai berita sebelum ini.

Biarpun pernah dikritik, Adibah memberitahu ia tidak pernah patahkan semangatnya untuk terus berkongsi ilmu dengan orang ramai.

“Tujuan dan niat saya adalah untuk berkongsi apa yang sya tahu, memperbetulkan sebutan dan bukan nak jatuhkan sesiapa,” ujar Adibah dalam temubual bersama mStar sebelum ini.

Pembaca berita TV3 salah sebutan bahasa Inggeris, Adibah Noor ajar ‘pronunciation’ yang betul – “No offence… jangan marah okay!”

MENYEDARI kesilapan bahasa Inggeris seorang pembaca berita TV3 iaitu Ramzan Mohd Saufi, pelakon Adibah Noor mengambil inisiatif memperbetulkan semula cara sebutan bagi perkataan itu.

Menerusi Twitter, Adibah memuat naik video cara sebutan atau pronunciation yang betul bertujuan untuk berkongsi ilmu dengan pengikutnya di laman tersebut.

“Maaf Buletin Utama TV3, saya ambil potongan (berita) daripada anda, no offence (bukan maksud menyinggung)… tapi ini adalah semata-mata untuk pembelajaran.

“Memang perkataan wild yang bermaksud liar disebut wild. Tetapi wilderness yang membawa maksud tempat hidupan liar atau belantara kita sebut wil-der-ness sama macam ejaannya.

“Jangan marah okay!” katanya sambil menyertakan tanda pagar (hashtag) betulkan yang biasa, biasakan yang betul.

Video yang dikongsi Adibah itu dihasilkan menerusi aplikasi TikTok sebelum dimuat naik semula di Twitter.

Perkongsian Adibah itu menerima komen positif dan mendapat lebih 1,000 retweet dan hampir 4,000 tanda suka daripada pengikut.

Sementara itu, rata-rata pengikut berharap penyanyi lagu Terlalu Istimewa ini terus menghasilkan kandungan video sedemikian bagi memantapkan lagi penguasaan bahasa Inggeris orang ramai.

“Terima kasih pengetua Oh My English, sejak anak tengok YouTube kartun orang putih saya pun kena banyak belajar bahasa Inggeris… banyak ayat-ayat dia yang saya pun tak tahu.

“Tak pandai tak apa tapi kena ada keinginan untuk belajar. Dah tahu tak pandai, kena ulang kaji dulu. Part pronunciation, past tense, present tense dan future tense banyak yang gagal.

“Teruskan buat content macam ni, dapat kita ilmu baharu… kalaulah cikgu bahasa Inggeris saya macam ni masa sekolah dulu, mesti dapat markah baik,” antara komen pengikut.

Sebelum ini, Adibah Noor yang merupakan guru bahasa Inggeris kerap berkongsi cara sebutan dan ejaan yang betul di laman sosial miliknya.

Malah, penyanyi Haqiem Rusli juga pernah menerima teguran apabila sebutan bahasa Inggeris dalam lagu yang dinyanyikan berjudul, Jatuh Bangun tidak jelas dan kurang difahami.

Sumber: mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*