“Bayi Diberi Ubat Tidur Tanpa Kebenaran”- Ini Tndakan Ibu Bapa Kpda Pihak H0spital Selepas Bayi Mninggal

Kota Bharu: Keluarga bayi lelaki yang meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II) yang didakwa akibat kecuaian, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap hospital berkenaan.

Ibu mangsa, Rosilawati Ismail, 26, ia sebagai pembelaan terhadap kematian anak tunggalnya, Muhammad Hilman Firdaus Muhammad Hilmi yang berusia dua bulan pada Jumaat minggu lalu.

Beliau berkata, pihaknya sudah melantik peguam dan menyerahkan kepada pihak berkenaan untuk tindakan lanjut.

“Terdapat beberapa perkara yang kami tidak berpuas hati ketika anak menerima rawatan termasuk isu susu yang diberikan hampir tamat tempoh selain diberi ubat tidur tanpa kebenaran.

“Apa yang saya lakukan ini adalah demi pembelaan kepada kematian anak dan ketidakpuasan hati terhadap pihak hospital yang merawat anak.

“Walaupun pihak hospital sendiri sudah bertemu dengan kami untuk menjelaskan apa yang berlaku, namun kami tidak berpuas hati terhadap penjelasan yang diberikan.

“Malah, sehingga kini punca kematian anak belum dimaklumkan kepada kami dan pihak hospital memaklumkan perlu menunggu sehingga dua bulan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menceritakan apa yang berlaku terhadap anaknya, Rosilawati mendakwa, anaknya mengalami cirit birit pada 5 Februari dan dibawa ke ke HRPZ II sebelum ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU).

“Anak saya kemudiannya semakin sembuh pada 8 Februari menyebabkan dia dipindahkan ke wad biasa. Ketika berada di wad berkenaan, doktor meminta saya menukar susu anak yang dibekalkan pihak hospital dengan alasan anak saya mengalami alahan.

“Saya dapati tarikh luput pada tin susu berkenaan bertarikh 12 Februari iaitu hampir tamat. Malah, ketika saya membancuh susu berkenaan, ia meragukan seolah-olah sudah basi.

“Apabila saya bertanyakan kepada doktor yang merawat anak berkaitan isu itu, doktor memaklumkan susu itu masih boleh digunakan sekiranya ia belum berkulat,” katanya yang tampil membuat laporan polis pada Sabtu lalu.

Beliau berkata, anaknya kembali tidak sihat selepas beberapa hari sebelum diberi ubat tidur tanpa kebenaran.

“Pada masa sama, anaknya perlu berpuasa selama lima hari bermula 15 Februari dengan alasan perut anak perlu direhatkan sehingga menyebabkan anaknya sering menangis kelaparan.

“Disebabkan tidak berpuas hati, saya berurusan dengan pihak hospital untuk memindahkan anak ke hospital lain, namun tidak dibenarkan sebelum anaknya mengalami demam panas.

“Pada tengahari 18 Februari, saya sempat membuat panggilan video dengan kakak yang menjaga anak dan ketika itu saya melihat anak menangis dengan muka yang lemah sebelum disahkan meninggal dunia jam 4.30 petang pada hari berkenaan,” katanya.

Video:

Beliau berkata, hancur luluh hatinya mengenangkan apa yang terjadi terhadap anaknya yang baru berusia dua bulan dengan luka pembedahan yang dia alami ketika bersalin pun belum lagi sembuh.

Media sebelum ini melaporkan, Jabatan Kesihatan Kelantan akan menjalankan siasatan menyeluruh dan terperinci terhadap semua pihak yang terbabit berhubung kematian bayi berusia dua bulan Jumaat lalu, yang didakwa berlaku kecuaian ketika menerima rawatan.

JKNK siasat dengan terperinci kematian bayi berusia 2 bulan

Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) akan menjalankan siasatan terperinci berhubung kematian bayi berusia dua bulan Jumaat lalu, yang didakwa akibat kecuaian ketika dirawat.

Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, pihaknya prihatin terhadap insiden yang berlaku dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bayi.

“Pengurusan hospital sudah menjalankan siasatan awal dan mendapati, pesakit dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ Il) pada 5 Februari akibat cirit-birit melampau selama beberapa hari yang mengakibatkan pelbagai komplikasi.

“Jabatan Kesihatan Negeri memandang serius insiden ini dan akan melakukan siasatan terperinci terhadap semua pihak yang terbabit,” katanya pada kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, wakil HRPZ II mengadakan pertemuan dengan waris keluarga bayi.

Pengarah HRPZ II Datuk Dr Selasawati Ghazali dipetik berkata, pihaknya sudah mengadakan siasatan membabitkan pakar perubatan, doktor serta jururawat yang bertanggungjawab merawat bayi itu.

Terdahulu, tular rakaman video menerusi Facebook ‘Ola Ola’ yang mendakwa bayinya berusia dua bulan meninggal dunia akibat kecuaian doktor di HRPZ II ketika memberikan rawatan.

Menerusi video yang meraih tontonan melebihi 60,000 itu, individu terbabit mendakwa anaknya dipaksa berpuasa selama lima hari, diberikan susu sudah tamat tempoh dan diberikan ubat tidur tanpa keizinannya.

Sumber: Metro

Rujukan:

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/02/813699/keluarga-bayi-tetap-saman-hrpz-ii-metrotv?fbclid=IwAR033Zrpp5jbOvGH5CxCq8X6HxnLzucPlQ31HAWyZ2Eag_FEp6O_e4_E_FE

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/02/812913/jknk-siasat-dengan-terperinci-kematian-bayi-berusia-2-bulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*