Tak Sangka Gadis Ini Boleh VIRAL Satu Dunia Hanya Disebabkan Oleh Gambar Ini

“My boyfriend and I colour-coordinated our outfits today.”

Disebabkan 7 perkataan tersebut yang ditaip seorang pelajar perempuan Melayu di Twitter, dia menjadi tular bukannya seluruh Malaysia tetapi seluruh dunia dalam masa satu malam.

Sempena 14 Februari 2018 lalu yang juga disambut sebagai Hari Kekasih di seluruh dunia, pelajar adiiilaaa telah berkongsi satu foto di Twitter yang menunjukkan dia berdiri bersebelahan dengan tong sampah berwarna biru.

Kebetulan pula, dia sedang memakai baju kurung dan selendang yang sama warnanya dengan tong sampah dan plastik sampah itu.Obviously, tweet tersebut berbaur gurauan, kononnya dia Adila kekal single pada tarikh tersebut tanpa seorang boyfriend.

Ada juga yang mengandaikan Adila berkata semua lelaki sebenarnya bersifat ‘tr4shy‘ dan tak berguna apabila dia berdiri di sebelah ‘tr4sh bin’.

Hhm, we can totally relate with you girl!

Tanpa disangka, selepas bangun pada hari ini, Adila mendapati tweet-nya itu sudah dikongsi semula sebanyak 23,000 kali dan mendapat 64,000 like. Bukan itu saja, Adila juga didapati cuba untuk membalas semula komen yang diterima.

Ia terus bertukar tular apabila portal popular dunia seperti teenvogue.com dan instagram buzzfeed turut memuat naik artikel dan posting mengenai tweet Adila tersebut.

Dan apabila ada followers Adila yang memberitahunya tentang hal tersebut, dia terkejut dan memuat naik, “This is it, this is the peak of my existence. Mom I made it.”

Sumber: Kualalumpur Viral

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*