“Anak Saya Nour Rania Asyifaa Tidak Pernah Tidur Dalam Buaian” – Bapa

SEREMBAN, 23 Feb (Bernama) – Kanak-kanak perempuan berusia setahun tiga bulan, Nour Rania Asyifaa Yuseri yang meninggal dunia selepas kepalanya dipercayai tersangkut pada kain buaian di pusat jagaan kanak-kanak di Bandar Sri Sendayan, di sini semalam tidak pernah ditidurkan dalam buaian.

Bapanya, Yuseri Yusoff, 39, berkata semalam merupakan kali pertama anaknya diletakkan di dalam buaian oleh pengasuh malah ketika di rumah, anaknya juga tidak pernah diletakkan di dalam buaian.

“Ketika dimaklumkan isteri mengenai kejadian, saya berada di rumah bersama anak sulung perempuan berusia tujuh tahun. Saya kemudian bergegas ke Klinik Kesihatan (KK) Sendayan dan melihat doktor sedang berusaha memberi bantuan pernafasan.

“Pengasuh memaklumkan anak saya sukar tidur, jadi dia letakkan dalam buaian. Malam sebelum kejadian, anak saya kelihatan biasa sahaja, sudah setahun saya hantar dia ke pusat jagaan itu dan anak sulung juga pernah dihantar ke situ sewaktu kecil,” katanya kepada pemberita di Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar di sini hari ini.

Bapa kepada tiga anak yang pernah diuji dengan kehilangan anak kedua pada 2020 akibat k0mplikasi kesihatan itu bagaimanapun reda dengan kejadian men1mpa Nour Rania Asyifaa dan menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Nour Rania Asyifaa disahkan meninggal dunia di KK Sendayan pada 4.30 petang selepas seorang wanita yang juga pengasuhnya membawanya ke klinik berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof dilaporkan berkata kanak-kanak itu diberikan susu dan dibawa ke sebuah bilik di pusat jagaan itu untuk ditidurkan dalam buaian bersama dua kanak-kanak lain pada 12.30 tengah hari sebelum pengasuhnya keluar dari bilik itu untuk tugasan lain pada 2 petang.

Nanda berkata kematian kanak-kanak itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut sehingga keputusan bed4h sia$at diperoleh dan kes di$iasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

semua bayi suka dibuai kerana rasanya sama seperti berada di dalam rahim ibu mereka.

Lebih-lebih lagi apabila rasa seperti dibalut apabila ditidurkan dalam buaian. Bayi akan lebih tenang, cepat tidur and tidur dengan lebih nyenyak.

Tetapi ibu bapa perlu berhati-hati apabila menggunakan buaian kerana ia boleh memudaratkan dan menjadi punca kecederaan!

Berikut adalah antara bahaya menggunakan buaian bayi:

Buaian boleh mengakibatkan kerosakan pada otak bayi
Bayi boleh terjatuh dari buaian apabila tidak dijaga
Bayi boleh lemas

Cabaran untuk menidurkan anak tanpa buaian
Saya akur menidurkan anak tanpa buaian memang susah sikit.

Ada sesetengah hari, saya akan meluangkan sampai berjam lamanya untuk mendukung dan mendodoi sampai anak saya tidur.

Memang mencabar masa berpantang kerana terpaksa bangun malam-malam buta untuk menyusukan anak.

Tetapi setiap kali anak habis menyusu, saya akan letakkan dia ke dalam kot semula.

Bulan-bulan pertama tu, memang taklah susah sangat, kerana kerja bayi kecil pun tidur sahaja.

Kalau tak pun, dia pasti akan tidur selepas mabuk susu. Inilah satu-satunya kelebihan penyusuan

Sumber: Siakap Keli

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*