“Timang Anak Kelima”- Suara Jamal Abdillah Azankn Anak Jadi Perhatian, Kalau Azan Mesti Merdu!

SELEPAS penyanyi Kaka Azraff dan Aurel Hermansyah, seorang lagi bayi selebriti lahir pada tarikh yang cukup istimewa iaitu 22.02.2022.

Penyanyi yang juga digelar raja pop Malaysia, Datuk Jamal Abdillah menimang cahaya mata kelima yang diberi nama Iskandar Rayyan Yamani pada Selasa.

Bayi seberat 2.84 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di Shah Alam.

Berita gembira itu dikongsi anak sulung Jamal iaitu Yamani Abdillah yang memberitahu adik dan ibu tirinya berada dalam keadaan baik.

“Syukur dan seronok dapat adik lagi.

“Tak sangka sebenarnya akan ada adik-beradik yang ramai.

“Ini merupakan satu tanggungjawab besar buat saya suatu hari nanti untuk menjaga mereka,” ucap Yamani ketika dihubungi mStar.

Sementara itu Jamal dalam satu hantaran di Instagram turut meluahkan rasa syukur dan berkongsi perasaan gementar sehingga tersasul saat melafazkan azan di telingan bayinya.

“Alhamdulillah, telah lahir anak lelaki saya. Mohon doa semoga menjadi anak yang soleh.

“Selesai sudah gementar sehingga azan pun tersasul,” tulis Jamal.

Iskandar Rayyan Yamani merupakan anak ketiga hasil perkongsian hidup Jamal dengan isteri, Datin Zai Izzati.

Jamal dan Zai mendirikan rumah tangga pada 6 April 2017.

Ini merupakan perkahwinan keempat buat Jamal.

Selain Iskandar Rayyan Yamani, mereka juga mempunyai dua anak lain iaitu Nur Azura Yamani, 3, dan El Isaac Yamani, 2.

Sementara itu Yamani atau nama sebenanya Osama Yamani, 21, merupakan anak Jamal bersama bekas isteri Noraina Mohd Yusof.

Jamal juga mempunyai seorang lagi anak lain iaitu Zaki Yamani, 16, menerusi perkahwinan ketiga.

Jamal sebelum ini pernah memberitahu sengaja memilih tarikh 22.02.2022 bagi menyambut kelahiran Iskandar namun ia bergantung kepada nasihat doktor dan kesihatan isteri.

Datuk Jamal Abdillah Azankan anak baru lahir dapat perhatian

Kelahiran anak adalah merupakan suatu kebahagiaan tersendiri bagi ibu bapa. Namun di sebalik kegembiraan, ia juga merupakan amanah yang harus di jaga dan dijalankan sesuai dengan kewajipan.

Cara azan bayi baru lahir adalah pada telinga kanan bayi lelaki dan perempuan secara sederhana laungannya. Antara manfaat azan adalah menanamkan benih keimanan dalam hati bayi sejak kecil lagi.

SUNNAH MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI DALAM ISLAM
MENGAZANKAN BAYI

Cara azan bayi baru lahir adalah pada telinga kanan bayi lelaki dan perempuan secara sederhana laungannya. Antara manfaat azan adalah menanamkan benih keimanan dalam hati bayi sejak kecil lagi.

Menurut Ustaz Muhammad Noor melalui Majalah Al-Ustaz, adapun amalan ini sebenarnya dinilai sebagai hadis dhoif, para fuqaha mazhab Syafie, Hambali, dan Hanafi menggalakkan atas dasar sebuah hadis sahih yang menyebutkan bahawa syaitan lari apabila mendengar suara azan.

Sumber: mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*