“Macam Lah Korang Ni Hakim”- Damian Mikael Beri Teguran Padu Kepada “Pentaksub Ebit Liew”

Baru baru ini pendakwah terkenal, Ebit Lew didakwa di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom, terhadap 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual. Ebit, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.

Korang Ni Memang ‘Double Standard.

Pertuduhan tersebut telah mendapat perhatian dari Damian Mikhail. Dalam perkongsian di laman Instagram, Damian seolah-olah tujukan kepada taksubits yang dilihat ‘double standard’ dengan pertuduhan yang dikenakan terhadap Hanapi dan juga Ebit Lew.

Mentang-mentang Hanapi sikat tepi, saat dia curang dengan seorang korang kecam gila-gila. Mana hilang ceramah jaga aib, mana hilang sangka baik korang, mana hilang adab dan keislaman korang semua?

Itu baru satu tuduhan. Bukan 11.

Kalau Hanapi seorang dermawan yang berjubah, berkopiah dan berbicara baik-baik, manja-manja pelat budak-budak sikit-sikit, sebak sana sini. Dah tentu lain kan.

Korang ini memang double standard. Mencik!

Taksubits Tukar Skrip.

Damian juga turut tujukan kepada taksubits yang sebelum ini mereka menyatakan biar segala urusan diserahkan kepada pihak polis, tetapi setelah sudah cukup bukti taksubit berkata Ebit Liew difitnah. Ini sekaligus menunjukkan taksubit yang solah-olah menukar pendirian.

Macam Korang Hakim.

Bagi Damian, biarlah pihak mangsa untuk mengemukakan bukti dan membela diri. Bagi pihaknya tidak perlu untuk semua membuat sebarang komen dan juga kesimpulan seolah-olah mereka adalah hakim.

Tambahnya, inilah masa untuk mangsa membersihkan namanya dan netizen sepatutnya duduk diam sahaja selagi kes belum selesai.

Untuk makluman, mahkamah menetapkan 20 hingga 23 April depan sebagai tarikh penyerahan dokumen, manakala tarikh perbicaraan ditetapkan pada Jun depan. Ebit dibebaskan dengan jaminan RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin.

Ebit Lew didakwa dengan 11 tuduhan di mahkamah

Pendakwah terkenal Ebit Lew didakwa di Mahkamah Litar Tenom hari ini (18 Feb) atas 11 tuduhan, termasuk berhubung gangguan seksual.

Bagaimanapun, Ebit Lew mengaku tidak bersalah atas 11 tuduhan berkaitan gangguan seksual itu sejurus dihadapkan di mahkamah tersebut, seperti dipetik menerusi laporan Utusan Malaysia.

Ebit, 37 tahun, didakwa atas semua tuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bercakap kepada Kosmo! Online, Ebit berkata tuduhan itu merupakan bentuk dakwaan yang “tidak berasas serta dirancang pihak tertentu” bagi menghentikan usahanya dalam melakukan aktiviti kebajikan untuk mereka yang memerlukan.

“Saya yakin dan percaya, tuduhan itu dibuat oleh satu kumpulan yang merancang untuk mengenakan saya.

“Saya baru tahu beberapa hari lalu ketika membuat kerja amal di Sabah, agak terkejut juga. Saya bukannya datang ke Sabah untuk hal itu (didakwa di mahkamah).

“Saya yakin tidak bersalah dan akan lalui ujian ini sebaiknya. Saya serahkan semua hal kepada peguam dan gembira lalui situasi ini di mahkamah,” ujar beliau, dalam petikan laporan Kosmo! Online.

Pendakwaan itu dilakukan Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah, Muhammad Ilmami Ahmad dengan dibantu Timbalan Pendakwa Raya Azreen Yas Mohamad Ramli.

Ebit pula diwakili peguam, Mohamed Zairi Zainal Abidin.

Majistret Nur Asyraf Zolhani menetapkan 20 hingga 23 April ini sebagai tarikh penyerahan dokumen.

Tarikh perbicaraan secara tentatif pula ditetapkan pada Jun ini.

Dalam nukilan Utusan Malaysia, Ebit dibebaskan dengan ikat jamin RM1,000 (S$320) bagi setiap tuduhan dengan dua penjamin.

Sebelas tuduhan yang dibuat terhadap Ebit terdiri daripada membuat penghantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seseorang melalui aplikasi WhatsApp.

Mengesahkan perkara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Encik Abd. Jalil Hassan ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, kesemua tuduhan adalah bagi kesalahan yang didakwa berlaku di Tenom, Sabah antara bulan Mac sehingga Jun tahun lalu terhadap seorang wanita.

“Orang ramai diharap tidak membuat sebarang spekulasi dan provokasi bagi memastikan prosiding perbicaraan berjalan lancar,” kata beliau.

Awal dari itu, Ebit yang berada di Sabah bagi menjalankan kerja amal tiba di Mahkamah Litar Tenom pada pukul 9.00 pagi tadi dengan menaiki kenderaan Toyota Vellfire, dengan ditemani sekumpulan individu lain.

Sumber. Murai

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*