Chef Wan Ungkit Sp0nser Khwin Anak 100%, Sekali Bkas Menantu Brsuara “Satu Sen Pun Tk Pkai Duit Dia”

SUSULAN pendedahan Datuk Chef Wan menerima surat saman daripada bekas menantunya Shikin Maembong, wanita berkenaan akhirnya tampil menjawab salah satu tuduhan daripada cef selebriti itu.

Tegas Shikin yang juga kakak kepada pelakon Emma Maembong itu, dakwaan kononnya perkahwinannya dengan bekas suami, Cef Riz menggunakan duit Chef Wan adalah fitnah semata-mata.

Tegas Shikin, dia dan Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuwan ketika itu menjalankan bisnes bersama dan menggunakan 100 peratus hasil pendapatan untuk majlis perkahwinan tersebut.

“Sebenarnya duit perkahwinan kami seratus peratus adalah duit sendiri. Ketika itu saya dan bekas suami buat perniagaan Elken. Kita kumpul duit sendiri dan kahwin guna duit sendiri.

“Seratus peratus duit sendiri tiada satu sen pun guna duit bapa mentua.

“Apa yang dia post adalah fitnah dan saya rasa semua kena tahu hal yang sebenar,” ujarnya menerusi Instagram Story pada Ahad.

Terdahulu, Chef Wan mendedahkan menerima notis tuntutan mahkamah daripada bekas menantunya gara-gara menegur hal berkaitan cucunya.

Chef Wan menerusi satu posting tersebut terkilan apabila usahanya sebelum ini membantu wanita itu dalam kesusahan seolah-olah tidak dihargai.

“Tak rasa malu ke semasa susah, saya juga yang uruskan bil hospital dan macam-macam lagi. Sebagai bapa mentua salah ke saya beri nasihat.

“Saya beri nasihat yang baik-baik tanpa perlu melibatkan mahkamah untuk dapat hak penjagaan anak. Ramai orang bercerai, namun masih sama-sama jaga anak.

“Kau lupa ke jasa aku susah payah kahwin kan kau berdua guna duit saya 100 peratus?” tulis Chef Wan.

Dalam pada itu, Shikin berkata, dia menjelaskan perkara itu berikutan menerima pelbagai kecaman daripada netizen yang kurang senang dengan perkara berkenaan.

“Ramai yang bertanya khabar dan juga mengecam saya. Saya ni bukan sejenis yang suka mengaibkan orang atau bercerita tentang peribadi saya di Instagram tapi keadaan memaksa saya,” ujarnya.

Untuk rekod Chef Riz, 40, mendirikan rumah tangga dengan Shikin atau Siti Nur’ Ashikin Ismail pada 5 Disember 2014 dan bercerai pada Jun 2016.

Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Arianna Natasya yang kini berusia tujuh tahun.

Nadzri sebelum itu pernah berkahwin dengan pelakon, Ana Dahlia namun bercerai pada 10 Disember 2012, selepas 11 bulan mendirikan rumah tangga.

Pada Januari lalu, Chef Riz berkahwin kali ketiga dengan wanita pilihan hatinya bernama Nurul.

Gara-gara tegur bekas menantu, Chef Wan dapat surat saman RM1 juta

TINDAKAN cef selebriti terkenal Datuk Chef Wan menegur bekas menantu, Shikin Maembong berhubung hal membabitkan cucunya mengundang padah apabila dia bakal disaman sebanyak RM1 juta.

Menurut Chef Wan atau nama sebenar Redzuawan Ismail, 64, surat tuntutan saman itu dihantar melalui peguam dilantik kakak kepada pelakon Emma Maembong itu, baru-baru ini.

“Bekas isteri anak saya, Shikin Maembong melalui peguamnya menghantar surat saman malu kononnya beberapa bulan lalu saya menegurnya dan anak saya iaitu Nadzri bergaduh tentang anak. Hak bapa atau ibu adalah sama ke atas anak itu.

“Kerana mahu membalas dendam sebab tidak berpuas hati tentang urusan nafkah anak, dia (Shikin) menggunakan cara itu (saman) dan menghalang saya berjumpa dengan Arianna (cucu),” katanya menerusi laman Instagram pada Ahad.

Bersama kapsyen tersebut, dia turut memuat naik surat notis tuntutan mahkamah yang diterima daripada peguam dilantik Shikin.

Dalam pada itu, Chef Wan meluahkan rasa terkilan kerana namanya turut terpalit dalam kemelut membabitkan rumah tangga anak-anak.

Lebih-lebih lagi apabila Chef Wan mendakwa selama ini dialah yang paling banyak membantu wanita itu ketika dalam kesusahan.

“Tak rasa malu ke semasa susah, saya juga yang uruskan bil hospital dan macam-macam lagi. Sebagai bekas bapa mertua, salah ke jika saya memberikan nasihat?

“Sebagai orang tua, saya memberikan nasihat yang baik-baik tanpa perlu melibatkan mahkamah untuk mendapatkan hak penjagaan anak. Ramai orang bercerai, namun masih sama-sama menjaga anak.

“Masing-masing dah tua. Tolonglah matang. Mahkamah ada banyak isu yang penting. Jangan ditambah lagi isu-isu bodoh nak saman bekas bapa mertua.

“Kau lupa ke jasa-jasa aku bersusah payah kahwinkan kau berdua guna duit saya 100 peratus? Anak saya dah bersetuju untuk anaknya dijaga ibu (bekas isteri) cukuplah. Jika dia (Nadzri) mahu luangkan masa bersama anaknya beberapa hari dalam sebulan, biarkan. Itu adalah anaknya,” ujarnya.

Sementara itu, Chef Wan berkata dia enggan melayan sebarang permintaan tidak masuk akal membabitkan bekas menantu dan anak-anak.

Malah, dia berpendapat nasihat yang diberikan sebelum ini adalah tindakan yang betul sebagai seorang bapa.

“Besar sangat ke kepala kau sampai lupa diri tu tak boleh ditegur dan dinasihati. Cukuplah saya tak ada masa untuk ini semua okay. Letih saya melayan kisah anak-anak ini semua.

“Dia tak malu ke… ada hati nak saman saya, nasihat yang baik-baik untuk kedua-dua pihak? Miskin sangat ke nak saman saya satu juta?

“Terdesak sangat ke? Kita semua dah bergerak ke depan. Sangat bodoh bergaduh tentang seorang anak pun. Dah lupa ke awak dah cukup memalukan saya. Kasihan la anak tu,” katanya.

Usaha mStar mendapatkan respon daripada kedua-dua pihak tidak berjaya apabila panggilan dan mesej dihantar tidak berjawab.

Untuk rekod, Nadzri atau sebenar Mohd Nadzri Redzuwan, 40, mendirikan rumah tangga dengan Shikin atau Siti Nur’ Ashikin Ismail pada 5 Disember 2014 dan bercerai pada Jun 2016.

Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Arianna Natasya yang kini berusia tujuh tahun.

Nadzri sebelum itu pernah berkahwin dengan pelakon, Ana Dahlia namun bercerai pada 10 Disember 2012, selepas 11 bulan mendirikan rumah tangga.

Pada Januari lalu, Nadzri atau lebih dikenali sebagai Chef Riz berkahwin kali ketiga dengan wanita pilihan hatinya bernama Nurul.

Sumber: mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*