Suami Sebak, Bayi Dalam Kandvngan ‘Terkeluar’ Dari Perut Isterinya Ketika Kem4langan

PASIR MAS: Dua m4ut termasuk seorang ibu yang sarat mengandung sembilan bulan selepas motosikal ditunggang mereka bertembung dalam kejadian di Kampung Lumpur, di sini, jam 7 malam tadi.

Mangsa, wanita berusia 24 tahun disahkan meninggal di lokasi kejadian manakala seorang lagi penunggang lelaki berumur 18 tahun disahkan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Unit Kecemasan HPM sekitar jam 10 malam.

Saksi, yang mahu dikenali sebagai Wan berkata, kejadian berlaku terlalu pantas namun dia sempat melihat kedua-dua motosikal bertembung dan lebih menyayat hati apabila bayi dalam kandungan ‘terkeluar’ manakala remaja itu terpelanting ke bahu jalan akibat pertembungan itu.

“Wanita berkenaan menunggang motosikal sambil membonceng seorang lagi kanak-kanak dipercayai anaknya.

“Mereka cuba dibantu oleh orang ramai yang melalui jalan berkenaan sebelum menelefon ambulans dan pihak polis untuk mendapatkan bantuan,” katanya ketika ditemui di perkarangan HPM, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian itu namun siasatan terperinci masih dijalankan.

‘Sempat azan bayi sebelum dia pergi’

“Saya sempat mengazankan bayi lelaki saya sebelum dia ‘pergi’ bersama ibunya sekitar jam 12 tengah malam tadi,” kata Mohd Khairi Hasbullah, 31.

Mohd Khairi berkata, dia reda dengan kehilangan isteri tercinta, Nur Hasliza Yazaib, 25, dan anak keempat yang terbabit dalam kemalangan membabitkan pertembungan dua motosikal di Kampung Lumpur, di sini, jam 7 malam tadi.

Menurutnya, dia hanya mampu menangis sebaik dipanggil oleh doktor yang memberitahu bahawa anaknya itu tidak dapat diselamatkan selepas beberapa jam bertarung nyawa namun reda dengan ketentuan Ilahi.

“Insya-Allah bila dah selesai segala urusan di hospital, isteri dan anak saya akan dikebumikan di dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Stol.

“Sekarang ini, saya risaukan anak kedua, Nurul Iman Maisara, 6, yang membonceng bersama arwah isteri kerana turut mengalami kecderaan parah di kepala dan juga sedang mendapatkan rawatan di unit rawatan rapi (ICU).

“Saya mohon doa daripada semua agar Nurul Iman selamat dan diri ini diberi kekuatan untuk menerima takdir yang berlaku selain kuat demi dua lagi cahaya mata berusia lapan dan tiga tahun,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir ketika dihubungi, mengesahkan bayi terbabit meninggal dunia ketika menjalani rawatan di Hospital Pasir Mas (HPM).

Terdahulu, Mohd Nasaruddin mengesahkan Nur Hasliza maut di tempat kejadian manakala penunggang satu lagi motosikal Muhamad Shakim Muhamad Zaki, 18, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di HPM.

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah
kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Komen Netizen:

Bidadari syurga Aminn

Sumber: Harian Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*