[Video] Perbuatan Biad4p, Budak Tendang Ibu Akibat Tidak Diberi Wang Beli Permainan Video

Perbuatan biadap seorang anak kecil menendang ibu kandungnya ketika menyidai pakaian dipercayai akibat tidak diberi wang untuk tambah nilai permainan video.

BELUM reda isu seorang lelaki menetak ibu tiri selain seorang bapa ditumbuk oleh anak tiri pada minggu ini, media sosial kini dikejutkan pula dengan aksi biadab seorang anak menendang seorang wanita dipercayai ibu kandungnya.

Video tular berdurasi 18 saat itu memaparkan, seorang kanak-kanak lelaki memegang objek dipercayai prang, menendang punggung dan memukul ibunya beberapa kali ketika wanita itu sedang menyidai pakaian.

Aksi itu berterusan sehingga ibunya siap menyidai dan kanak-kanak tersebut menendang punggung ibunya sekali lagi sehingga wanita itu masuk ke dalam kediaman mereka.

Tidak dapat dipastikan punca, masa dan lokasi sebenar kejadian, namun difahamkan ia berlaku di negara jiran, Thailand berdasarkan bahasa yang digunakan kanak-kanak tersebut.

Menurut Nezzar Skog, kejadian itu berpunca apabila permintaan kanak-kanak tersebut untuk mendapatkan wang tidak dituruti bagi membeli tambah nilai (top up) permainan video dan judi atas talian.

“Ini kes mak bapa manjakan anak lah ni. Apa anak minta, mak bapa bagi. Sampai anak sanggup kakikan mak bapa,” kata pengguna Facebook, Pak Ngah Bard.

Terdahulu, seorang lelaki bertindak menetak ibu tirinya menggunakan prang sehingga terputus leher, dalam kejadian di Kampung Batu, Machang, Jerek, dekat Gua Musang, Kelantan pada Rabu.

Suspek direman tujuh hari bermula Khamis hingga Rabu depan.

Siasatan awal mendapati, suspek merupakan seorang penagih dadah dan mengalami masalah mental.

Sehari sebelum itu, seorang bapa mengalami bengkak di telinga kiri akibat ditumbuk anak tiri dalam kejadian di Kampung Ruat, Yan, Kedah kira-kira pukul 8.30 pagi.

Selain itu, mangsa berusia 72 tahun turut mendakwa ditumbuk di kepala dan ditendang di dada serta muka oleh anak tiri berusia 29 tahun itu, dipercayai akibat tidak diberikan wang untuk mendapatkan bekalan dadah.

Komen netizen:

Ketika kejadian, mangsa bersama isteri berada dalam rumah sebelum didatangi suspek dan mengamuk.

Maklumat diperolehi pihak polis mengesahkan suspek seorang pesakit mental dan merupakan pemegang kad Orang Kelainan Upaya (OKU).

Nasihat bersama..

Dosa terhadap ibu bapa dibalas Allah di dunia… Jangan dicemuh ketika usia tua mereka

BERBAKTI kepada orang tua sudah menjadi satu tuntutan dalam Islam. Ini kerana sebagai menghargai pengorbanan mereka yang tidak putus-putus untuk membesarkan anak-anak

dengan sebaik mungkin dan menjadikan kita seorang manusia yang berguna.

Perintah berbakti kepada ibu bapa dirakamkan oleh Allah didalam Surah Al-Isra’ ayat 23 yang maksudnya;

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.  Jika salah seorang daripada

kedua-dua mereka sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka janganlah sesekali kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak

mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.

Dewasa ini kita sering kali dikejutkan dengan berita-berita yang menyayat hati bagaimana seorang anak yang sanggup membunuh ibu bapa dek kerana harta. Ada yang sanggup mendera

ibu bapa mereka dan ada juga yang suka memaki hamun orang tuanya.

Sabda baginda Rasulullah:  Kehinaan, kehinaan, kehinaan. Baginda ditanya: Siapa (yang engkau maksudkan) wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab: Siapa sahaja yang mempunyai

orang tuanya ketika sudah lanjut usia, salah satu atau keduanya namun tidak (menjadikannya sebab) masuk syurga. – [HR Muslim 2551].

Kunci utama bagi seseorang untuk masuk syurga adalah dengan mentaati ibu bapanya dan berbakti kepada mereka selagi mana mereka tidak menyuruh melakukan kemaksiatan dan kemurkaan kepada Allah.

Berbakti kepada kepada ibu bapa boleh dibahagikan kepada dua keadaan:

Berbakti kepada ibu bapa sewaktu hidup boleh disebut dalam beberapa perkara antaranya ialah:

Bercakap dengan nada yang lemah lembut kepada mereka tanpa menggores hati mereka dengan perkataan-perkataan yang kasar. Ini berdasarkan firman Allah seperti yang disebutkan tadi didalam Surah Al-Isra’ ayat 23.

Membantu dan meringankan beban mereka dengan memberi wang pembelanjaan sekadar termampu.

Sentiasa mengambil tahu keadaan mereka terutama daripada sudut kesihatan.

Sering menelefon mereka jika  kita berada jauh daripada ibu bapa agar mereka mengetahui bahawa kita sentiasa mengambil berat terhadapnya.

Sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka agar sentiasa dirahmati dan diredai Allah.

Menjaga mereka ketika mereka sakit.

Menyantuni mereka ketika usia mereka sudah lanjut.

Sumber: majoriti.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*