“Semoga Allah Memberkati Kita Semua,”- Akhirnya Zizan Razak Umum Berhenti Forex

Walaupun usia sudah menginjak ke 38 tahun, pelakon dan pelawak Zizan Razak tidak pernah menyalahkan takdir dan ketentuan tuhan.

Zizan atau nama sebenarnya Muhd Razizan Abdul Razak seringkali menemui kegagalan dalam hubungan percintaan. Hampir semua wanita yang pernah dikaitkan dengannya sudah berumah tangga,

namun Zizan Razak tidak pernah berputus asa sebaliknya menganggap jodoh belum tiba.

Terbaru, menerusi postingnya dalam akaun Instagram, dia mengumumkan telah mengambil keputusan untuk tidak melibatkan diri lagi dalam bidang pelaburan Forex atas sebab yang tidak didedahkan kepada umum.

Anak jati Terengganu itu juga turut meminta peminatnya agar sama-sama mendoakannya.

Sebelum ini, pelakon filem Polis Evo itu sering berkongsi posting berhubung trend tukaran matawang asing berkenaan sekali gus berminat untuk mencari tenaga pengajar supaya dapat

mempelajari teknik dengan lebih berkesan.

Meninjau ke ruangan komen, ramai pengikut menyambut baik keputusan Zizan apabila memilih bagi mendapatkan sumber rezeki yang halal. Malah ada warganet yang mengatakan “Harap tetap

haram walaupun ramai orang yang buat,”

Ramai anak muda yang menjadikan pelaburan mata wang asing sebagai aset kekayaan mereka. Namun, pelaburan tukaran mata wang asing yang dikenali sebagai forex disahkan haram

kerana ia mengandungi unsur-unsur riba.

Dr Ahmad Suffian Che Abdullah iaitu Pensyarah Kanan Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya menjelaskan, proses tukaran mata wang asing dalam bahasa Arab

yang disebut sebagai bay al-sarf dan Nabi Muhammad SAW memberi panduan berkenaan kaedah menukar duit agar tidak menjadi haram.

Tambahan, jika hendak menukar mata wang yang berbeza, serahan mesti segera berlaku, namun jika ada penangguhan, ia akan pergi kepada hukum riba. Melihat kepada kitab fiqh,

para ulama meletakkan tukaran mata wang asing hampir kepada tajuk riba.

Sumber: https://www.riverbed.me/

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*