“Bakat Tak Boleh Beli Dgn Duit” – Ajai Bagi ‘Hint’ Iqbal Mungkin Disingkirkan Dari Big Stage

JIKA minggu pertama Big Stage 2022 menyaksikan Ajai memberikan hanya lima markah kepada Ahmad Iqbal Zulkefli, kali ini komposer berkenaan kekal memberi isyarat bahawa usahawan berkenaan tidak layak berada di pentas Big Stage 2022.

Pada minggu kedua, Iqbal, 28, terpaksa berpuas hati apabila Ajai memberikan hanya empat markah kepadanya.

Menurut Ajai, nyanyian Iqbal kedengaran berterabur selain usahawan kontroversi itu sememangnya tidak dikurniakan bakat sebagai seorang penyanyi.

“Kamu tak berbakat dalam nyanyian. Bakat ini adalah pemberian… straight to the point. Walaupun berduit, tapi bakat tak boleh beli dengan duit. Allah yang kurniakan.

“Awak tak dilahirkan sebagai penyanyi… ada rezeki lain. Allah maha adil, dia berikan rezeki lain-lain. Mula-mula saya beri lima tapi nyanyian belakang terabur. Awak pun tahu, tempo terabur.

“Dalam nyanyian bukan tiga hari belajar terus pandai. Ada orang bertahun belajar untuk dapat ilmu. Kepentingan dekat sini, bakat dulu. Saya tak suka benda ini jadi bahan lawak. Awak perlu jaga maruah,” katanya.

Selain empat markah daripada Ajai, Iqbal yang menyanyikan lagu Ketahuan menerima markah 20 peratus daripada juri tetap Datuk Seri Siti Nurhaliza dan penyanyi Aina Abdul selaku juri undangan memberi markah 10 peratus.

Sejak diumumkan sebagai salah seorang peserta Big Stage musim keempat yang memulakan siaran pada 6 Februari lalu, Iqbal menerima kecaman ramai yang mempertikaikan kelayakkannya.
Iqbal membawa lagu Ketahuan pada konsert BS22 minggu kedua.

Lebih memalukan apabila dia menerima lima markah daripada Ajai selaku juri tetap selain Datuk Seri Siti Nurhaliza pada mulanya keliru untuk menilai persembahan Iqbal menerusi lagu Broery Marantika, Biar Bulan Bicara Sendiri.

Iqbal diberi markah paling rendah iaitu 28.8 peratus namun tiada penyingkiran pada malam tersebut.

Menerusi temu bual bersama mStar, Iqbal Zulkefli mencabar barisan juri agar menyingkirkannya pada konsert minggu kedua konsert Big Stage 2021z

Mengakui tidak mempunyai latar belakang dalam bidang muzik, Iqbal, 28, menyerahkan nasibnya kepada juri profesional untuk menentukan kedudukan dalam pertandingan nyanyian berkenaan.

Selain Iqbal, Big Stage 2022 turut disertai Tegar Septian, Elica Paujin, Lia Aziz, Soaa Marieylla, Ajoi Zainal, Tuah Adzmi, Syaq Abdillah, Megat Rahim, Daniel Chuer, Aishah Retno dan Yazmin Aziz.

“Buang je la kalau saya tak layak” – Iqbal cabar juri Big Stage

PENAT berterusan dikecam kerana menyertai Big Stage, usahawan kontroversi Ahmad Iqbal Zulkefli mencabar barisan juri agar menyingkirkannya pada konsert minggu kedua Ahad ini.

Mengakui tidak mempunyai latar belakang dalam bidang muzik, Iqbal, 28, menyerahkan nasibnya kepada juri profesional untuk menentukan kedudukan dalam pertandingan nyanyian berkenaan.

“Mungkin saya peserta paling teruk sepanjang empat musim, tapi bagi saya tak mengapalah.

“Buang je la kalau saya tak layak. Kalau saya tak layak tak mengapa, saya okey je.

“Saya adalah usahawan dan bukannya penyanyi sebenar. Jadi jangan bandingkan saya sebagai penyanyi dalam situasi ni,” katanya ketika ditemui mStar.

Sejak diumumkan sebagai peserta ke-12 Big Stage musim keempat yang memulakan siaran pada 6 Februari lalu, Iqbal menerima kecaman ramai yang mempertikaikan kelayakkannya.

Lebih memalukan apabila dia menerima lima markah daripada Ajai selaku juri tetap selain Datuk Seri Siti Nurhaliza pada mulanya keliru untuk menilai persembahan Iqbal menerusi lagu Broery Marantika, Biar Bulan Bicara Sendiri.

Iqbal diberi markah paling rendah iaitu 28.8 peratus namun tiada penyingkiran pada malam tersebut.

Sementara itu ditanya tentang pandangan ramai bahawa penyertaannya dalam Big Stage seolah-olah menutup periuk nasi penyanyi lain, Iqbal bagaimanapun menyarankan agar mereka lebih bijak mencari peluang.

Kata penyanyi lagu Hujan yang menerima lebih 2.2 juta tontonan di YouTube ini, semua pihak harus percaya soal rezeki.

“Kenapa saya terpilih? Itu adalah rezeki saya, kena terima hakikat itu.

“Bagi sesiapa yang nak sertai, pandai-pandai la marketing diri sendiri dan cari peluang selain jaga attitude untuk orang panggil (sertai Big Stage).

“Jangan pertikaikan saya, fikir untuk diri sendiri. Jangan ada sikap nak nafikan rezeki orang,” katanya.

Tambah Iqbal pada tahap ini dia berharap agar peminat industri muzik tidak salah faham dengan mendakwa dia menerima tawaran menyertai Big Stage demi mencari publisiti.

“Ini bukan tempat saya mencari publisiti, tolong jangan salah faham.

“Saya bukan masuk untuk dikecam sebab nak popular… saya bukan orang yang sebegitu,” katanya

Berhubung sama ada dia mempertimbangkan untuk menarik diri, Iqbal bagaimanapun masih berteka-teki.

“Untuk minggu kedua (Ahad ini) saya akan buat dan itu mungkin minggu terakhir saya buat persembahan.

“Walaupun mungkin saya tidak akan dikeluarkan (pada konsert minggu kedua), saya tak boleh nak pastikan sama ada nak teruskan atau berhenti,” katanya.

Selain Iqbal, Big Stage 2022 turut disertai Tegar Septian, Elica Paujin, Lia Aziz, Soaa Marieylla, Ajoi Zainal, Tuah Adzmi, Syaq Abdillah, Megat Rahim, Daniel Chuer, Aishah Retno dan Yazmin Aziz.

Sumber: mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*