Padah Kur4ng Ajar, Lelaki Kena ‘Tomoi’ Dengan Petinju Muay Thai Wanita

Sebuah video tular di media sosial Thailand memaparkan pergaduhan seorang petinju wanita yang berang disimbah bir oleh seorang lelaki kerana enggan minum dengannya, lapor akhbar Bangkok post.

Pergaduhan di tepi jalan itu dirakam oleh kamera dan video tersebut dikongsikan secara meluas di media sosial semalam.

Pareploy Saeaia, 24, menyiarkan video itu di laman Facebooknya dan menulis bahawa dia sedang makan malam di daerah Huai Kwang, Bangkok ketika kejadian berlaku.

Seorang lelaki bertindak menghampirinya dan meminta untuk melagakan gelas tetapi wanita itu menolak.

Kira-kira lima minit kemudian, lelaki itu datang lalu menyimbah bir ke seluruh badan Pareploy semasa dia sedang makan lalu pergaduhan bermula di tepi jalan.

“Jika ini berlaku kepada wanita lain, mereka mungkin memilih untuk tidak bertindak balas. Lelaki itu memilih orang yang salah kerana saya seorang petinju,’’ tulis Pareploy.

Aduan telah difailkan terhadap lelaki terbabit kepada polis Huai Kwang, tambahnya.

Menerusi video yang tular itu, Pareploy dilihat menumbuk dan menendang lelaki itu serta menyumpahnya. Walaupun lelaki itu tidak melawan, dia tidak meminta maaf atas perbuatannya.

Semalam, kedua-duanya menyelesaikan kes itu di balai polis dengan permohonan maaf dan membayar denda sebanyak 1,000 baht (RM127.19) setiap seorang.

Menurut laporan media, Pareploy menjadi petinju profesional muay Thai sejak usia muda.  Wanita itu turut memenangi beberapa pingat di peringkat kebangsaan sejak 2013.

Dia kini bekerja sebagai jurulatih tinju. Disebabkan kejadian tersebut, lelaki itu dipecat daripada bekerja di sebuah hotel. – Agensi

Sumber: kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*