“Mengidam Ke Mengada?”- Ramai Tak Puas Hati Lihat Wanita Mengidam Naik Stroller Baby

Bagi para wanita, mereka pasti melalui fasa mengidam sepanjang menjalani proses kehamilan. Selain makanan, ada juga segelintir individu memilih ‘kebendaan’ sehingga si suami berusaha untuk memenuhi permintaan mereka.

Selain mengidam makanan yang pelik-pelik, ada juga ibu mengandung yang mengidam ingin merasai pengalaman yang pelik-pelik dan lucu bila kita mendengarnya. Minggu lepas, tular wanita mengandung di negeri seberang yang mengidam untuk naik peronda polis.

Kini, tular pula hasil perkongsian seorang wanita bernama Farhana Zahra apabila mengidam untuk naik stroller bayi.

Apa yang sangat melucukan, wanita berkenaan dilihat gembira menaiki kereta sorong sambil ditolak oleh suaminya di sebuah tempat awam. Wanita tersebut menulis kapsyen berbunyi,

“Korang ada tak mengidam pelik-pelik? Haha kongsi la,” tulisnya yang dipercayai sedang dalam fasa  trimester ketiga.

Selain itu, terdapat juga satu lagi video dikongsi Farhana atau mesra dipanggil Cikna memaparkan tindakan sama sekali gus meluahkan rasa terharu terhadap suami yang tidak jemu melayan kehendaknya.

“Korang layan isteri macam pemaisuri tak ? Hah tak?? Hmm lemah… yang ada isteri dengar dan tengok sampai habis kalau nak kaya melalui isteri,” katanya lagi.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet memberi sindiran sinis kepada wanita terbabit kononnya ‘mengada-gada’ di khalayak ramai.

Pesanan: Setiap ibu hamil mempunyai keinginan yang berbeza dengan ibu hamil yang lain. Jangan mudah menuduh orang dengan kata-kata sembarangan. Jaga lidah kita, takut nanti berbalik kepada kita sendiri.

Sumber: riverdme

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*