Selamba Bawa Anak Dan Anjlng Peliharaan, Sekali Ntizen Mula Tanya Status Agama Rihana Oksana

Muat naik terkini bekas ratu cantik Rusia, Rihana Oksana Petra mengundang tanda tanya orang ramai tentang status agama ibu tunggal tersebut.

Persoalan tersebut timbul gara-gara Rihana memuatnaik foto bersiar-siar bersama anak lelakinya, Tengku Ismail Leon Petra  sambil membawa anj1ng.

Akui Sangat Menyukai Anjing

Dalam perkongsiannya itu, Rihana mengakui sangat menyukai anjing dan menyatakan hasrat ingin memelihara haiwan tersebut. Namun hasrat tersebut te

“Saya sangat sukakan anjing! Dan hujung minggu, saya dan Leon bertuah berjalan di taman Hyde bersama Mila (anjing) Si rambut merah yang menawan penuh dengan kasih sayang dan manja!

Saya terus terfikir mengenai Mikki, tinggal bersama kami ketika di Moscow. Tapi malangnya, kami terpaksa tinggalkannya di Rusia.

Leon alami hidung berair setiap masa dan doktor syaki mungkin alahan pada bulu anjing. Oleh itu, saya beri Mikki tinggal bersama kawan saya tapi saya tenang kerana saya tahu dia baik-baik saja.

Dia disayangi dan dilindungi di sana. Dan lagi pun, saya sering menerima gambar Mikki berehat di atas tilam

“Saya suka nak ada anjing, tapi… Tapi pertama sekali, saya risau Leo akan alami alahan lagi. Dan keduanya, saya risau dengan jadual saya di London, saya tak ada masa untuk anjing nanti.

Oleh itu, sementara kami tidak mempunyai anjing, kami gembira belai anjing milik orang lain. Jadi, kalau anda ada anjing, panggil kami untuk berjalan – Leon sangat sukakan haiwan, dan dari kecil saya ajar dia untuk layan mereka dengan kasih sayang.” tulisnya

Foto – Instagram @rihanapetra

Netizen Persoal Pegangan Agama

Melihat foto-foto yang dikongsikan Rihana itu secara tidak langsung menimbulkan tanda tanya ramai pengikutnya. Rata-rata daripada mereka bertanya tentang status pegangan agama bekas ratu cantik tersebut dan turut berasa kasihan pada Leon.

“Kesian.. Dah murt4d ke, masih Islam? Budak tu tak d0sa kena hidup begini”

“Bila tengok gambar ni, kesiannya si anak”

“Betul.. Semoga akidah ibu dan anak terjaga, Allahu”

“Semoga Leon baik-baik saja”

“Semoga ada perlindungan buatmu..” Komen mereka

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Murai my

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*