“Nasib Baik Sy Tak Jalan Seorng”- Lelaki Tayang ‘Siput Sedut’, Ekori Janna Nick Sampai Ke Rumah

Pelakon dan pengacaraJanna Nick mendedahkan dia menerima banyak gangguan berbaur lucah yang dihantar menerusi DM di akaun Instagram miliknya.

Menganggap ianya lumrah hidup sebagai selebriti, Janna berkata dia bersikap lebih matang serta mempedulikan perkara itu.

“Sebagai seorang selebriti, terima gangguan serta godaan dari lelaki ini biasa, terpulang bagaimana kita hendak melaluinya.

“Jujur cakap kalau saya buka atau baca DM memang banyak benda pelik-pelik. Ada ‘siput sedut’ (alat sulit). Semua ada.

“Tapi terpulang kepada kita nak repost, nak tularkan atau sebagainya. Saya pula memilih untuk tidak mengendahkannya,” katanya.

Dalam pada itu, Janna mendedahkan dia pernah diganggu lelaki kurang siuman sehingga diekori sampai ke depan rumah.

“Saya pernah diekori seorang lelaki yang menunggu di depan rumah saya dari jam 8 malam hingga 4 pagi. Rupanya lelaki yang selama ini DM saya dengan benda pelik berulang kali.

“Nasib baik selama ini saya tidak pernah berjalan seorang diri dan biasanya berdua atau ramai,” katanya.’

Dini Schatzmann Ikhlas Jaga Janna Nick, Tak Pernah Rasa Terbeban

Sentiasa berada di sisi kekasihnya, pelakon Dini Schatzmann berkata sudah menjadi tanggungjawabnya untuk memastikan Janna Nick berada dalam keadaan selamat.

Kata Dini, sepanjang dua tahun bersama mengajar dirinya untuk memahami masalah kesihatan mental dihadapi kekasihnya itu serta sentiasa positif untuk Janna.

“Kita tak akan faham apa yang berada dalam fikiran mereka yang mengalami kesihatan mental. Awalnya saya cuba memahami apa yang berada dalam fikiran Janna.

“Lama kelamaan saya mula faham. Saya hanya perlu sentias bersamanya dan menjadi orang yang boleh diharapkan. Saya perlu jadi positif dan kuat untuk Janna. Paling penting, beri masa yang dia perlukan,” katanya.

Dalam pada itu, Dini berkata dia ikhlas melakukan apa sahaja perkara untuk Janna dan tidak pernah menganggap ianya satu beban meskipun kekasihnya itu sentiasa mengaggap dirinya hanya menyusahkan.

“Saya tahu ada kala Janna fikir dia menyusahkan saya. Namun dalam lubuk hati, Janna tahu apa yang saya buat untuknya ikhlas dan tidak menyusahkan.

“Ketika mengalami tekanan, saya cakap apa pun tidak akan masuk dalam kepalanya. Itulah waktu yang paling susah. Jika berada dalam keadaan itu, saya biarkan Janna meluahkan emosi.

“Jika Janna menangis, saya biarkan sahaja. Saya tak boleh cakap jangan menangis kerana ia tidak membantu. Bila keadaan tenang, barulah saya cuba aturkan temujanji bertemu doktor psikiatri,” katanya.

Tahun lalu, Janna mendedahkan dia mengalami masalah gangguan bipolar serta mengaku pernah dua kali cuba membunuh diri ketika di usia remaja.

Sumber: rotikaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*