“Tak Kaya Tkpa Janji Hensem”- Sharifah Sakinah Khwin Snyap2, Sekali Ini Komen Kakaknya Sharifah Shahirah

Akhirnya, pelakon Sharifah Sakinah mengumumkan yang dia sebenarnya telah bergelar isteri kepada seorang lelaki Sweden bernama Michael Hansen.

Perkhabaran tersebut dikongsikan menerusi hantaran terkini yang dikongsikan di Instagramnya semalam.

Menerusi perkongsian tersebut, Sakinah berkata, alasan dia tidak berkongsi tentang khabar gembira itu adalah kerana beberapa faktor peribadi.

“Ya, kami sudah berkahwin pada yang bertanya. Bagi mereka yang tertanya-tanya kenapa kami tak kongsikan tentang perkahwinan adalah kerana faktor isu peribadi dan juga hal berkaitan agama.

“Kami pilih untuk keep it low sebelum ini. Sekarang sudah rasmi, tak payah tanya lagi okay. Terima kasih dan sayang semuanya,” tulisnya.

Begitupun, Sakinah tidak memberitahu lebih lanjut bilakah dia mendirikan rumah tangga.
Dalam pada itu, menerusi perkongsian yang sama, Sakinah turut menyatakan rasa bangga terhadap pencapaian pusat kecergasan untuk wanita yang dibangunkan oleh mereka suami isteri sejak setahun lalu.

Ini reaksi kakak Sharifah Sakinah

Meninjau ruangan komen, ramai yang memberikan ucapan tahniah kepada Sakinah dan suami, termasuk kakaknya, penyampai radio dan pelakon Sharifah Shahirah.

“Nasib baik laki handsome.. teringat pulak iklan tak kaya takpa janji hansome.. ehh terbalik,” tulisnya dalam nada berseloroh.

Terdahulu, Gempak pernah melaporkan yang Sakinah sudah mengikat tali pertunangan pada Disember 2020 dan merancang untuk mendirikan rumah tangga pada Mei tahun lalu.

Sakinah pernah berkahwin dengan uruterbang, Aliff Adha pada 2015 namun hubungan mereka terlerai selepas disahkan bercerai pada Mei 2020.

Hasil perkahwinan, Sakinah mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Anais Adha yang kini berusia lima tahun.

Sumber : GEMPAK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*