“Allah Tutup Aib Kami”- Saya Hampir Ditangkap Basah Di H0tel, 23 Tahun Khwin Tiada Bukti Nikah

BAGI individu yang sudah bekerja, hari cuti merupakan masa yang akan dimanfaatkan untuk berehat atau pergi bercuti.

Begitu juga dengan pasangan ini, Faridah Salleh, 42, dan suami, Mohamad Alias, 50, yang tidak terlepas mengambil peluang pergi bercuti ke Muar dan singgah di Kluang, Johor yang mana pada ketika itu juga kebetulan masing-masing mempunyai urusan berkaitan kerja.

Menurut Faridah yang lebih mesra disapa Eida, baru-baru ini dia dan suami mengambil keputusan menempah sebuah bilik hotel untuk bermalam memandangkan dia mahu berjumpa sahabatnya yang tiba dari Kuala Lumpur dan akan berjumpa di Kluang.

“Cuti sempena Tahun Baru Cina baru ni saya nak bawa anak-anak pergi berehat makan angin dekat Kluang walaupun ada urusan kerja juga di sana, tapi mereka tak nak ikut, jadi saya dan suami saja pergi berdua.

“Saya singgah berjalan di Muar dulu kemudian baru pergi ke Kluang. Disebabkan lama dah tak jumpa kawan lama di Kluang dan sudah lewat malam, kami berehat di hotel memandangkan esok nak tunggu sahabat dari Kuala Lumpur datang nak kongsi ilmu perniagaan,” jelasnya.

Menurut pendidik yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Bukit Mahkota, Johor ini, seperti dirancang pada jam 9 malam dia pergi bertemu sahabat baiknya yang sudah tiba di Kluang manakala suaminya juga keluar berjumpa kawan lama satu kem tentera sebelum berpencen.

Jelas wanita yang menetap di Kota Tinggi ini, disebabkan sesi perkongsian ilmu bersama kawannya habis awal, dia memutuskan untuk pulang ke hotel terlebih dahulu.

Bagaimanapun timbul detik cemas apabila pada jam 12.45 pagi pintu bilik hotel diketuk tetapi bukan suaminya yang pulang kerana suara dari luar bilik kedengaran berbeza.

“Kami tak keluar sekali. Suami saya pergi jumpa kawan dia masa dia kenal dekat kem tentera dulu dan saya pergi jumpa kawan saya. Bila kerja dah settle, saya balik dulu sebelum suami.

“Tiba-tiba pintu bilik saya diketuk. Ingatkan suami balik tapi dengar suara lain jadi saya agak takut masa tu. Saya pergi kat pintu dan tanya banyak kali. Katanya dari pejabat agama dan polis.

“Dengar perkataan pejabat agama saya terus menggigil. Saya minta izin sebentar sebab nak pakai tudung dan minta pegawai perempuan supaya ada dekat situ baru saya akan buka pintu. Bukan apa, bimbang bukan dari pejabat agama bila saya buka pintu nanti,” ujarnya.

Imbas Eyda, dia bernasib baik pada ketika itu suaminya belum pulang kerana masih di luar bertemu dengan kawan lama.

Tambahnya lagi, sekiranya pada waktu serbuan itu mereka masih berdua duaan di dalam bilik, sudah pasti mereka ‘ditangkap khalwat’ dan dibawa ke pejabat agama kerana gagal menunjukkan dokumen sah atau kad nikah mereka.

Menurut wanita yang mendirikan rumahtangga pada 30 Julai 1999 ini, kebimbangannya pada ketika itu adalah kerana dia tidak memiliki kad yang dapat mengesahkan atau membuktikan mereka sudah berkahwin.

“Mujur ada pegawai wanita yang masuk jadi lega sikit. Mereka periksa bilik air, ambil IC dan keterangan saya. Petugas tu beritahu saya mereka hanya jalankan tugas pemeriksaan sebab nak banteras maksiat.

“Mereka tanya kenapa saya check-in dekat sini jadi saya jelaskan yang saya ada urusan kerja dan berjumpa kawan sekolah lama sebab saya pernah mengajar di sekolah Kluang.

“Mereka ada nampak baju lelaki jadi saya jelaskan saya dengan suami tapi suami keluar tak ada masa tu. Nasib baik memang suami tak ada masa tu. Kalau tak, penat juga nak buktikan kami suami isteri yang sah dengan tak ada kad kahwin ni,” kata Eyda.

Bercerita lanjut, Eyda yang menetap di Felda Bukit Tinggi Aping Timur ini berkata dia tidak berang dengan tindakan pejabat agama malah memuji jabatan tersebut kerana sanggup menjalankan tugas pada waktu cuti umum.

“Saya kagum dengan pejabat agama dan barisan polis yang sanggup bekerja walaupun masa cuti. Sudahlah larut malam tapi demi agama mereka tetap jalankan tugas.

“Saya dan suami langsung tak ada kad kahwin atau nikah. Masa tahun kami kahwin, kad tu kena melalui permohonan. Jadi benda yang kami anggap remeh dan tak penting tu kami tangguhkan,” jelas wanita ini.

Menurut Eyda yang sudah 23 tahun berkahwin ini, dia bersyukur dan menganggap bahawa Allah masih menutup aib dia dan suami.

Namun menerusi perkongsiannya di Facebook, dia akui bahawa ini merupakan satu kesilapan kerana melengah-lengahkan urusan penting begitu.

“Saya anggap Allah nak tutup aib kami berdua. Dia dorongkan supaya suami balik lewat ke hotel. Kalau tak mesti dah makin meleret kes sampai ke pejabat agama. Sampai sekarang saya masih pakai sijil kahwin besar saiz A3 tu dan masih belum buat kad akuan sudah bernikah.

“Jadi saya nasihatkan kepada semua dan diri saya supaya sila buat kad kahwin kalau masih belum ada kerana ia sangat penting rupanya. Sama macam sesuatu kita rasa tak berguna atau tak penting dalam hidup, kadangkala perkara itulah benda yang besar dan sangat penting,” ujarnya.

Sumber: mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*