Satu Dunia Berduka, Budak Jatvh Dalam Perigi Sedalam 30 Meter. Ini Keadaan Terkini Rayan

Seorang budak lelaki berumur 5 tahun terperangkap di dalam sebuah perigi sempit yang sedalam 30 hingga 35 meter (100 kaki) sejak Selasa lalu telah mendapat perhatian seluruh dunia.

Dengan umur yang masih kecil serta tidak berdaya untuk menyelamatkan diri sendiri, kini tapak kejadian dipenuhi dengan orang ramai yang menunggu kanak-kanak itu dikeluarkan oleh penyelamat.

Difahamkan, misi menyelamatkan budak lelaki terbabit agak sukar kerana orang dewasa tidak muat untuk memasuki lubang sekecil 45cm tersebut.

Bukan itu saja yang membuatkan misi menyelamatkan kanak-kanak yang dikenali sebagai Rayan itu sukar, campuran jenis tanah berpasir dan batu juga dikhuatiri akan mengundang kejadian gelongsor tanah yang akan membuatkan budak lelaki itu tertanam hidup-hidup.

Selepas hampir 40 jam terperangkap, mujur saja bekalan oksigen dan makanan berjaya disampaikan sementara misi menyelamat sudah berada di peringkat akhir dan melihat dari rakaman video, Rayan kelihatan lemah, sukar bernafas serta mula menggigil kesejukan.

Sejak lima hari yang lalu, media sosial dibanjiri dengan tanda pagar #SaveRayan dan kebanyakkan masyarakat tak kira bangsa serta agama, mendoakan agar ada khabar berita baik kelak.

Kurang sejam lagi Rayan dapat dikeluarkan

Misi menyelamat budak lelaki yang jatuh dan terperangkap di dalam lubang perigi sempit sedalam 32 meter di Maghribi akan disempurnakan dalam tempoh kurang sejam lagi.Laporan terkini di lokasi kejadian menyatakan pasukan penyelamat sedang melakukan penggalian berhati-hati bagi membawa keluar kanak-kanak berusia lima tahun itu.

Pasukan penyelamat sebelum ini menyatakan empat meter sudah digali secara manual dan hanya tingal 180 sentimeter (sm) sahaja lagi untuk mencapai Rayan.

Operasi menyelamat Rayan dilancarkan sejak Selasa lalu namun terpaksa dilakukan secara berhati-hati susulan kebimbangan risiko runtuhan dalam lubang.

Difahamkan, helikopter sudah berada di lokasi kejadian di perkampungan Ighrane untuk membawa Rayan ke hospital. – Agensi

PASUKAN penyelamat berusaha tanpa henti bagi menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang terjatuh ke dalam perigi sedalam 30 meter di sebuah perkampungan Maghribi, sejak tiga hari lalu.

Operasi menyelamatkan kanak-kanak bernama Rayan itu mencapai tahap kritikal pada Jumaat.

Seluruh rakyat Maghribi dan penduduk di Afrika Utara cemas menyaksikan siaran langsung operasi menyelamat itu.

Rayan terperangkap dalam perigi berhampiran rumahnya di kampung kecil Ighrane, kira-kira 125 batu dari bandar Chefchaouen, sejak petang Selasa.

Pasukan penyelamat membawa masuk jentolak untuk menggali tanah yang membolehkan mereka memasuki ke dalam untuk menyelamatkan kanak-kanak itu.

Bagaimanapun, mereka bimbang sama ada bahagian perigi atau struktur tersebut akan runtuh sebelum mereka tiba ke lokasi.

Menurut agensi berita Maghreb Arabe Presse, proses penggalian kini di peringkat akhir.

Operasi itu dihentikan buat sementara pada Jumaat malam waktu tempatan, tetapi pasukan penyelamat menyambung semula proses tersebut selepas dianggap selamat untuk meneruskannya.

Kejar masa selamatkan kanak-kanak jatuh perigi

Usaha menyelamat seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang terjatuh ke dalam sebuah perigi ketika sedang bermain di utara pekan Tamrout, 100 kilometer dari Chefchaouen kini berada di peringkat akhir.

Pasukan penyelamat semakin hampir untuk mengeluarkan Rayan yang terperangkap di dalam perigi selama lebih empat hari dalam operasi yang membahayakan dibimbangi berlaku runtuhan tanah.

Rayan menunjukkan tanda masih bernyawa melalui kamera yang dimasukkan ke dalam perigi itu.

Kanak-kanak lelaki itu terjatuh ke dalam perigi sepanjang 32 meter di bandar Bab Berred sejak Selasa lalu menyebabkan usaha menyelamat giat dijalankan dengan menggali lubang di sepanjang laluan sempit dan terowong melintasi beberapa meter tanah untuk mengeluarkannya.

Sebelum ini, bapa kepada mangsa iaitu Khalid Agoram membuat laporan mengenai kehilangan anaknya sebelum dikenal pasti terperangkap di dalam lubang.

Misi operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang diketuai oleh Jabatan Perlindungan Awam Maghribi giat dilakukan dan bakal ditamatkan pada bila-bila masa.

Keadaan kanak-kanak ini dilaporkan berada dalam keadaan sedar berikutan pihak berkuasa meletakkan kamera bagi melihat keadaanya dan dia dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Jurucakap kerajaan, Mustapha Baitas berkata, pasukan penyelamat mengorek lubang selari dengan perigi berkenaan untuk membina terowong bagi mengeluarkan mangsa.

Mengulas lebih lanjut, pasukan penyelamat turut menyalurkan bekalan oksigen dan makanan ke dalam tempat kanak-kanak itu terjatuh dan pihak perubatan bersiap sedia untuk memberikan rawatan kepada mangsa. Setakat ini, perigi itu sudah digali sedalam 24 meter oleh pihak berkuasa dan mereka masih memerlukan enam meter bagi mengeluarkan mangsa.

Menerusi semakan di media sosial, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib yang menimpa kanak-kanak ini dan turut menitipkan doa supaya urusan pencarian dapat dilakukan dengan secepat mungkin.

Di Twitter, tanda pagar #SaveRayan menjadi trending yang rata-rata bersimpati dengan nasib kanak-kanak itu.

Sumber: mstar dan kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*