“Belanja Surah Al-Mulk“- Bapa Seb4k Anak Minta Masuk Tahfiz Sebab Nak Beri Syafaat Pada Keluarga

Rasulullah SAW bersabda ‘Setiap anak yang dilahirkan itu adalah umpama kain putih (fitrah), ibu bapalah yang bertanggungjawab mewarnakan dan mencorakkannya, sama ada menjadi Islam, Yahudi, Nasrani dan Majusi’.

Ibu bapa mana yang tidak bangga melihat anaknya yang masih kecil mampu mengalunkan bacaan kitab suci Al-Quran.

Tular di media sosial, kanak-kanak berusia 9 tahun yang bernama Muhammad Aniq Wafiy Abdul Basir berjaya meraih pujian warganet dengan membaca surah Al-Mulk.

Malah, kanak-kanak itu dipercayai sudah mengikuti pengajian di Maahad Darul Furqan, Pendang, Kedah selama setahun. Dia juga dan turut memasang impian bergelar penghafal al-Quran suatu hari nanti.

Menurut bapanya, Abdul Basir Ahmad, 36, dia sebak apabila mengenangkan minat anak ketiganya itu yang bercambah secara semulajadi pada usia yang cukup muda.

“Saya mula nampak kelebihan Wafiy masa dia berumur setahun lapan bulan. Saya biasanya akan berzikir dalam kereta, ajar dia Sifat 20. Pada usia itu, dia boleh ingat walaupun sebutan tak berapa betul.

“Ketika umur empat tahun, dia mengaji di tadika Pasti (Pusat Asuhan Tunas Islam). Dia jadi wakil pertandingan azan dan bacaan surah pendek. Saya boleh nampak minatnya.

“Ketika umur tujuh tahun, Wafiy cakap pada saya dia nak masuk tahfiz. Dia nak hafal al-Quran supaya boleh bagi syafaat untuk keluarga di akhirat kelak. Saya menangls dengar dia cakap macam tu,” ujarnya.

Menurut Abdul Basir yang juga bapa kepada enam cahaya mata, Wafiy didaftarkan ke Maahad Darul Furqan pada 14 Januari tahun lepas.

Video:

Ciri-Ciri Anak Soleh

Ada dua ciri utama anak soleh. Pertama, memiliki keperibadian Islam ataupun syakshiyah Islamiyah. Kedua, melakukan birrul waaladain ataupun berbuat baik kepada ibu bapa.

Seseorang belum dapat dikatakan anak soleh sekiranya melakukan hanya satu daripada dua perkara di atas. Sekiranya hanya berbuat baik kepada ibu bapa, tetapi tidak memiliki keperibadian

Islam, itu belum dapat disebut soleh. Contohnya, ada seorang anak yang rajin dan tekun mengurus ibu bapanya, dan juga sangat menghormati ibu bapanya tetapi dia suka meninggalkan

solat ataupun sering melakukan maksiat. Jadi, dia belum dapat dipanggil anak soleh. Begitu juga sebaliknya. Seandainya seorang anak itu rajin bersolat, mengaji setiap hari, puasa sunat

pada hari Isnin dan Khamis, dan lain-lain, tetapi tidak berbakti dan berbuat baik kepada ibu bapa, malah sering menyakiti dan mengabaikan mereka, dia juga tidak dapat dipanggil anak soleh.

Jadi, anak soleh perlu memiliki dua ciri penting ini, iaitu keperibadian Islam dan juga berbakti dan berbuat baik kepada ibu bapa. Keutamaan dan cara-cara berbakti kepada ibu bapa

sudah dijelaskan dalam bab sebelum ini. Bab ini perlu menjelaskan cara-cara membentuk keperibadian Islam yang menjadi satu daripada ciri anak soleh.
Sumber  : Bihun Sup Barokah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*