Diperdaya BF Hingga Terlanjur Dan H4mil, Budak Sekolah Meluah Di Tiktok Buat Ramai Terkejut

Tak dinafikan, setiap manusia di muka bumi ini tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Begitu juga nasib yang menimpa seorang remaja perempuan ini apabila dipercayai telah terlanjur bersama teman lelakinya hingga menyebabkan dirinya berbadan dua. Lebih mengejutkan apabila mengetahui remaja ini hamil ketika dia masih berstatus seorang pelajar sekolah.

Budak sekolah terlanjur sampai hamil.

Kisah itu didedahkan oleh seorang pelajar tingkatan enam menerusi beberapa video yang dimuat naik di akaun TikToknya. Dakwa gadis ini, dia hanya mengetahui dirinya hamil selepas hampir tiga bulan tidak period (datang bulan). Bimbang sesuatu perkara berlaku, dia nekad untuk melakukan ujian kehamilan dan keputusannya menunjukkan double line iaitu positif hamil.

Gadis ini kemudian dipercayai menghubungi bekas teman lelakinya untuk memaklumkan tentang kehamilannya namun jawapan yang diterima sangat mengecewakan. Lelaki ini dipercayai tidak mahu bertanggungjawab dengan alasan mereka berdua masih bersekolah dan dia belum bersedia untuk pikul tanggungjawab sebagai seorang bapa.

Awak buang deh anak tu. Kalau awak nak buang, saya boleh tolong awak. Saya tak ready lagi nak jadi ayah. Perjalanan kita jauh lagi.

Lelaki berhenti sekolah, lari dari masalah.

Dakwanya lagi, dia sering tidak hadir ke sekolah kerana keadaannya tidak mengizinkan. Malah dia juga pernah dimasukkan ke wad selama seminggu.

Pergi sekolah, tiba-tiba dapat tahu papa awak dah berhenti sekolah sebab dah dapat kerja. Mungkin sebab dia nak lari dari masalah kot. Aku tetap meneruskan perjuanganku sebagai seorang pelajar yang berbadan dua tanpa suami.

Tanggal 9 Julai, gadis ini selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Dia mengakui wajah bayi itu saling tak tumpah seperti wajah bapanya.

Sementara itu, di ruangan komen, gadis ini mendakwa terlanjur bersama teman lelakinya ketika mereka berdua keluar untuk ke kedai makan. Namun sebaliknya yang terjadi apabila teman lelakinya itu dipercayai membawanya ke tempat lain dan bukannya pergi ke kedai makan seperti yang dirancang. Bercerita dengan lebih lanjut, gadis memaklumkan pada awalnya keluarganya agak sukar untuk menerima berita tersebut namun lama-kelamaan mereka cuba menerima keadaan itu.

Video:

Ajak keluar makan, tapi buat benda lain.

Sumber: TikTok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*