[Video] Tangisan Talita Di Kubur Siti Sarah Buat Ramai Sebak, Tak Dapat Tahan Air Mata Rindu Ibu

Bintang seni, Siti Sarah Raissuddin, 37, menghembuskan nafas terakhirnya tepat pukul 5.13 pagi tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Siti Sarah yang juga isteri kepada pelawak, Shuib meninggal dunia selepas beberapa bertarung nyawa melawan jangkitan Cvid-19.

RINDU yang tiada penghujung. Meskipun lebih lima bulan Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pergi meninggalkan kita, kehilangannya masih dirasai terutama bagi Shuib dan anak-anaknya.

Terbaharu, video Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 38, memujuk anak perempuannya iaitu Dzahira Talita Zahara, 9, ketika menziarahi pusara Siti Sarah mengundang sebak ramai.

Rata-rata turut bersedih dan bersimpati melihat kanak-kanak itu menangis dan mengesat air mata sambil dipeluk Shuib.

“Sebaknya tengok dia, moga terus kuat ya sayang. Dekta (panggilan untuk Talita) anak solehah, anak baik… Dekta kuat.

“Rindu yang tiada penghujung. Moga adik tabah ya… sentiasa doakan untuk ibu di sana.

“Sakitnya rindu pada insan yang telah pergi. Semoga Allah sentiasa merahmati kalian anak-anak,” tulis beberapa netizen.

Sementara itu di Instastory, Shuib turut berkongsi rakaman perbualan dengan anak ketiganya, Ariq Matin yang berusia tujuh tahun.

“Nanti kalau daddy dah mati, Matin pergi kubur daddy hari-hari ke?” tanya Shuib.

Pertanyaan spontan itu dijawab Matin dengan mengatakan yang dia akan sentiasa teringat-ingat jika bapanya itu sudah tiada nanti.

“Matin akan teringat, akan rindu daddy,” jawab Matin.

Siti Sarah meninggal dunia pada usia 37 tahun di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Kuala Lumpur pada 9 Ogos tahun lalu akibat Covid 19.

Allahyarham menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu yang diberi nama Ayash Affan.

Selain Ayash, Allahyarham meninggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9 dan Ariq Matin, 7.

Shuib jalani pemeriksaan mental setiap minggu, bimbang kesihatan terjejas rindukan Allahyarham Siti Sarah

pelawak Shuib Sepahtu mengakui masih sukar untuk meneruskan kehidupan sebagai bapa tunggal.

Bagaimanapun Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad bersyukur melihat keadaan emosi anak-anaknya masih terkawal.

“Saya akui kesukaran yang saya hadapi sepanjang bergelar bapa tunggal ini adalah emosi. Saya rasa itu yang paling susah untuk saya.

“Saya tengok anak-anak saya, Alhamdulillah emosi mereka terkawal tapi saya berbeza sebab saya buat hampir semua benda dengan Sarah.

“Jadi bila dia tiada, saya tak rasa hilang separuh, sebaliknya hilang hampir semua. Maksudnya, dari segi kerjaya dan juga perniagaan sebab kami selalu kongsi banyak perkara.

“kalau ada masalah dalam bisnes atau peribadi, saya rujuk pada dia dan begitu juga dengan dia. Jadi bila dia tiada, saya tak tahu mahu rujuk pada siapa,” katanya kepada mStar.

Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin, 9 Ogos lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Kuala Lumpur akibat Covid 19.

Allahyarham menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu yang diberi nama Ayash Affan.

Selain Ayash, Allahyarham meninggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6.

Dalam pada itu, Shuib berkata dia akan menziarahi kubur isterinya setiap Isnin dan Jumaat, untuk berkongsi perasaannya.

Dedah Shuib yang masih lagi mengambil tempoh berehat, dia sudah lima bulan tidak masuk ke pejabatnya dan dua bulan tidak bekerja.

“Sampai sekarang, bila saya ada masalah, saya tak cakap dengan orang, walaupun dengan mak atau mentua saya, saya hanya boleh pergi ke kubur dan berkongsi dengannya.

“Disebabkan itu, setiap minggu saya akan berjumpa doktor peribadi yang menjaga Sarah dulu, untuk memeriksa kesihatan saya.

“Lebih kurang pakar psikiatri, ia juga bagi memastikan kesihatan mental saya. Sebab kesihatan mental ini berkait rapat juga dengan emosi dan badan kita.

“Tapi saya bersyukur saya ada keluarga yang sangat baik, yang membantu menjaga anak-anak saya,” ujarnya.

Untuk rekod, Shuib dan arwah Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011.

Sumber: mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*