“Akibat Selalu Berkeliaran”- Kucing Pulang Bersama Nota Ugutan Buat Pemiliknya Bingung Dan Takvt

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih.

Seekor kucing dilaporkan menerima nota ugutan yang diselitkan di lehernya selepas kucing tersebut dipercayai ‘menyebarkan kutu’ serta mencuri makanan di rumah orang yang menyelitkan nota tersebut.

Nota ugutan yang mengancam untuk menculiknya itu mula disedari tuannya selepas kucingnya pulang ke rumah.

Gandalf, seekor kucing kacukan Bengal putih dan Russian blue, berusia 4 tahun, telah keluar dan berkeliaran di Bridgend, Wales, dalam masa sejam sahaja sebelum nota ugutan itu ditemui ditampal pada bulu dan kolarnya dengan pita pelekat.

Takut untuk biarkan ia keluar rumah.

Tuannya, Chris, kini takut untuk membiarkannya keluar dari rumah dan bingung dengan ugutan yang ditulis di nota itu. Ugutan tersebut menyatakan bahawa kucing berkenaan telah menganggu individu yang mengirimkan nota itu dan dia mengancam akan ‘membawa kucing terbabit jauh ke suatu tempat’, lapor Wales Online.

Ugutan tersebut telah ditulis pada tiga kertas memo kecil dengan huruf besar, penuh dengan kesalahan ejaan dan secara ironinya ia diletakkan pada kolar yang melarang untuk memberi kucing itu makan.

Ugut bawa kucing itu pergi lebih jauh
“Tolong pastikan kucing anda kekal berada di rumah. Kucing anda hampir setiap hari datang ke rumah saya, curi makanan dari meja saya, cakar sofa saya, menyebarkan kutu di rumah saya.

“Saya tidak boleh membiarkan tingkap rumah saya ditinggalkan terbuka. Saya dah tak tahan. Sekiranya saya nampak kucing anda lagi di rumah saya, saya berjanji akan membawanya ke suatu tempat yang jauh dari sini.

“Kucing anda juga menginap di rumah saya dan tidur di dapur. Lebih baik anda beri makan kepada kucing anda,” tulis nota tersebut.

Chris menyatakan bahawa dia dan pasangannya terkejut apabila melihat amaran yang diberikan kepada Gandalf itu kerana baginya Gandalf adalah seekor kucing yang sangat ramah.

“Dia adalah seekor kucing yang tak suka duduk diam, dia suka keluar dan merayau sama seperti kucing-kucing lain. Penduduk setempat kenal dia, dia sangat ramah dan sangat suka mendekati orang.

“Kami memakaikan kolar ‘jangan beri makan’ kepadanya kerana kami melihatnya semakin gemuk seakan ada orang lain yang memberi makan kepadanya.

“Walaupun dia kerap melawat rumah orang, kami tidak pernah menerima aduan tentangnya sebelum ini. Dia banyak menghabiskan masa di rumah kami,” ujar Chris.

Bingung baca kandungan nota tersebut


Chris menyatakan bahawa dia berasa bingung membaca beberapa tuntutan yang terdapat di dalam nota itu kerana Gandalf sangat disayangi oleh pasangan tersebut dan dijaga dengan baik.

“Kami sangat menyayanginya dan kami selalu memastikan bahawa dia sentiasa dalam keadaan baik. Saya sangat pasti bahawa dia tidak mempunyai kutu dan waktu makannya juga turut dijaga. Dia mempunyai karakter yang baik dan saya serta teman wanita saya tidak pernah mempunyai masalah dengannya mencakar perabot kami,” katanya.

“Dia juga telah menjalani rawatan kutu secara bulanan dan kami baru saja memeriksanya setelah nota ini ditemui pada kolarnya.”

Reaksi warganet.

Jon Tgyren – “Chris menyatakan bahawa dia dan pasangannya terkejut apabila melihat amaran yang diberikan kepada Gandalf itu kerana baginya Gandalf adalah seekor kucing yang sangat ramah.” (ayat back up macam mak ayah back up anak bila jumpa guru disiplin).

Nurfadilah Dila – Tapi bagus juga dia buat nota macam tu dan bagi amaran. Kita yang ada kucing kadang terlepas pandang mungkin kucing kita menimbulkan perasaan kurang senang dikalangan jiran2 tanpa sedar. Tak semua orang pun suka pada kucing. Kita nak kejar pahala jaga kucing jangan pula terpalit dosa singgung hati jiran. Apa pun surat tu lebih baik dari dia dera atau bunuh kucing tu. Mungkin cara tu terbaik menegur.

Nur Amira – Ramah sgt kucing dia smp p berak kencing, curri mkn umah org. Kurung la kucing tu. Nk pelihara jgn susahkan org. At least klu busuk pun umah tuan kucing je y busuk. Jgn susahkan jiran tetangga. Mgaku pencinta kucing,tp klu kucing berak depan umah jiran, xdernyer tuan kucing dtg tlg bersihkan. Kita jugak y kena bersihkan.

Arasy Mal – Orang bela dia nak membela tapi abaikan aspek penjagaan kucing dan ‘hati jiran’..sebaik dpt nota je,kalau sesetengah kes(kes hati jiran TERCIDUK) ada org sanggup bagi makanan beracun ke miaw tu.

Jaja Kasim – Aku kalau sakit hati sangat aku hantar je kucing2 yang bertuan tapi tuannye lepas tangan tu kemana2 aku rasa patut,lepas tu mula menggagau memanggil2 kucingnye… maaf dah terlambat…memang kej4m kan aku pun ada kucing tapi kucing aku makan minum ber4k ditempat sepatutnya.

Faiezah Fieza -Ni gaya mak bapak tak nak mengaku anak buat salah malah dia back up lagi anaknya baik sangat.Kat luar rumah selalunya anak2 akan keluar perangai sebenar, kat rumah dia baik2 aje.

Luziaf Yahya – Org putih sendiri tulis note English berterabur. Jadi jgnlah kec4m kalau org kita tulis English tak berapa tepat grammar nya.

Anne Phang – Tak salah bela kucing.. Nak bela berapa banyak pun tak apa.. Tapi jagalah kucing2 itu elok2..jangan bagi lepas merata lepas tu masuk rumah jiran curri makanan.. Kalau jiran yang jenis sayangkan kucing tak apa.. Mereka boleh bersabar.

Tapi kalau dapat jiran yang tak suka kucing lagi jenis yang panas baran mmg hilang jejak lah kucing2 itu.. Macam kucing jiran saya.. Dia bela kucing beberapa ekor.. Selalu saja masuk rumah saya curri makanan.. Tapi saya tetap bersabar malah saya selalu bagi makanan dgn kucing2 itu.. Masalah nya.. Habis makan mereka ber4k depan rumah pula.. Kalau jenis orang yang tak bersabar habis lah kucing2 tu.

Sumber: Mirror via siakapkeli.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*