Axia Doktor Hilang Kawalan Sebelum Menjunam Ke Pesisir Pantai Sehingga Dipukul Ombak

KUALA NERUS – Seorang doktor wanita berdepan detik cemas ketika Perodua Axia yang dipandunya terjatuh dari tebing setinggi lima meter sebelum terjunam ke pesisir Pantai Mengabang Telipot, hari ini.

Difahamkan kejadian berlaku kira-kira jam 4 pagi tadi. Walau bagaimanapun, mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut rakan mangsa, 38 berkata, kenderaan mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas ketika di selekoh sebelum terjatuh dari tebing laluan tersebut.

“Mangsa jarang memandu seorang diri kerana sering dihantar suaminya ke klinik, tempat bekerja.  Saya mengetahui tentang kemalangan itu pada pukul 4.50 pagi selepas diminta suami mangsa ke lokasi kejadian bagi melihat keadaan wanita berkenaan”, jelasnya.

Rakan mangsa terkejut apabila mendapati kereta mangsa terjunam selain turut dipukul ombak.

Video:

NASIHAT PEGUAM: TIPS CARA URUS KEMALANGAN JALAN RAYA MENGIKUT UNDANG2

Nasihat pakar perundangan adalah yang utama JANGAN PANIK, sebaliknya segera buat laporan polis.

Memetik laporan portal media tempatan, Peguam, Prakash Babu Balakrishnan berkata, mereka yang terlibat juga perlu berada di lokasi kejadian sekiranya belum mencapai kata sepakat dan menunggu kedatangan pegawai penyiasat yang akan menentukan tindakan seterusnya.

Prakash Babu juga menasihati mereka yang terlibat agar tetap membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam sekalipun hanya melibatkan kemalangan kecil dan telah mencapai kesepakatan.

“Kegagalan membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan merupakan satu kesalahan menurut Seksyen 52(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) jika tidak ada alasan yang kukuh,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pegawai penyiasat akan mengenal pasti pesalah dan mengeluarkan saman trafik kepada pihak yang berkenaan.

“Pengelasan dan hukuman juga akan diputuskan oleh pegawai penyiasat dan lazimnya dibuat menurut Akta 333, namun tidak terhad kepada akta itu sahaja,” katanya.
Cara uruskan kemalangan jalan raya dengan cara yang betul adalah seperti :

Perlu membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam sekalipun hanya melibatkan kemalangan kecil dan telah mencapai kesepakatan.

Berhati-hati dengan operator trak tunda bebas yang lazimnya menjadi pihak pertama tiba di lokasi kejadian, selain membuat pengesahan dengan syarikat insurans.

Bagi kes melibatkan kecederaan dan kematian, adalah dinasihatkan pihak yang berkenaan atau waris tidak menandatangani sebarang dokumen yang dikemukakan oleh mana-mana ejen ketika di hospital atau lokasi kejadian tanpa merujuk kepada peguam terlebih dahulu, jika ada peguam.

Jika kemalangan membabitkan dua atau lebih kenderaan tanpa kecederaan, kes dikategorikan sebagai kerosakan harta akibat pelanggaran.

Tidak kira berapa banyak kenderaan yang terlibat, pihak yang berkenaan harus terlebih dahulu mengalihkan kenderaan ke sebelah kiri jalan demi keselamatan selain mengelakkan kesesakan, sekiranya kenderaan masih boleh dipandu.

Pemandu seterusnya keluar dari kenderaan dan memeriksa kerosakan serta merekodkan perincian kemalangan merangkumi keadaan kenderaan, nombor pendaftaran serta butiran pihak yang lagi satu.

Hal itu adalah bertujuan bagi memastikan mereka ada bukti mencukupi untuk tindakan seterusnya.

Rule of thumb dan peringatan: jika anda langgar belakang kenderaan lain, dalam kebanyakan situasi, anda tetap salah ya.

Semoga bermanfaat!

Sumber: riverbed

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*